Saturday, July 30, 2011

PSM6 dibebas--- tiada isu? cipta isu

Alahai-- sebenarnya tiada isu, tetapi cipta isu, beginilah jadinya kalau kita dalam keadaan panik.

Kini, mereka yang ditahan melalui EO berserta penyokongnya merasa "kuat" kerana walaupun ditahan melalui EO, dimana membolehkan seseorang ditahan selama 60 hari tanpa bicara dan boleh dilanjut sehingga 2 tahun, akhirnya dibebaskan selepas 28 hari mendekam di lokap Jinjang.

Sebenarnya PSM itu tiada kekuatanpun, pembebasan mereka mungkin ada kaitan dengan mogok lapar MP Sungai Siput-Dr Jeyakumar bermula pada jumaat. Mogok lapar itu mungkin mengakibatkan wakil rakyat itu maut, kerana beliau mengalami berbagai komplokasi penyakit yang dideritanya. Pihak polis mungkin tidak mahu mencipta sejarah, kerana kalau MP itu mati dalam tahanan ianya akan mencatat sejarah.

Berikut adalah catitan blog GAP : parti sosialis malaysia sebenarnya mempunyai kaitan dengan parti rakyat malaysia. parti rakyat malaysia pula adalah serpihan daripada parti sosialis rakyat malaysia.

sebut nama dr syed husin, dr nasir (adun kota damansara),arutchelvan,hasan karim,arwah rustam a sani,latipah koyak,johnson chong,faizal sanusi,dr sanusi semuanya berlegar kepada perjuangan sosialis yang sama.

parti sosialis rakyat malaysia berpecah dua apabila syed husin ali mendesak agar digugurkan nama sosialis pada nama parti mereka.

desakan ini ditentang oleh dr nasir dan arutchelvan, yang tetap kepingin untuk mengangkat nama sosialis untuk diasimilasikan dengan jenama parti mereka.

hasil pergeseran ini, maka berpecah dualah parti sosialis rakyat malaysia.

dr syed husin ali dijemput masuk menyertai parti keadilan nasional yang kemudiannya ditukarkan nama kepada parti keadilan rakyat.

namun serpihan pemimpin parti rakyat malaysia ini tidak mendapat layanan yang setimpal daripada azmin ali.

kongres pkr di ipoh dan seremban telah meletakkan sejarah akan hancurnya barisan pimpinan parti rakyat malaysia di dalam kelompok pimpinan tertinggi pkr.

dr syed husin ali dibalas tuba.

serpihan pimpinan parti rakyat malaysia sudah lebur dalam saf pkr.

hari ini gerakan dan nostalgia lama idelogi sosialis cuba dihidupkan kembali.

mereka sebenarnya sudah lama mati. fakta nya mudah, jika benarlah parti sosialis malaysia ini kuat, tidak mungkin dr nasir (adun kota damansara) dan dr jeyakumar (tahan eo6) bertanding di atas tiket pkr dan dap pada pru 2008.

2008 pakatan menang kerana undi protes daripada rakyat.

telahan ini dibuktikan dengan fakta. pakatan letak calon posman,tukang jual vcd,tukang jual insuran semuanya boleh menang ...menang kerana protes rakyat dan bukannya atas faktor kekuatan parti yang diwakili.

pas selepas pru 2008 telah berubah penampilan dan wajah politiknya.

melayu mana yang pernah menyangka bahawa pas berani untuk menggadaikan kalimah ALLAH demi memenuhi tuntutan dan kemarukan undi bukan islam.

silap terbesar pas adalah dia galak dalam menggadaikan hak dan maruah islam dan melayu ditangan gabungan pembangkang.

bila mat sabu mengiktiraf perjuangan kiri komunis sewaktu muktamar yang lepas, orang bukan islam sudah tersenyum riang. dia cuba melupakan fakta akan kekejaman komunis sepanjang gerakan gerila mereka melanyak ribuan umat melayu.

musuh bangkit bila ada munafik bersama mereka.

semalam tahanan eo6 telah dibebaskan. asal gambaran mereka ini hanyalah umpama kecilnya zarah kuman, namun telah dibesarkan namanya hasil daripada lacuran politik yang telah pas lakukan.

apa jasa parti sosialis malaysia dalam pembentukan sejarah negara bangsa ?

pernahkan kamu dengar nama mereka sejak 20 tahun yang lalu ?

sekarang gerakan sosialis akan terus mekar berkembang hasil persetubuhan dan perzinaan politik pas.

maklumat kajian penduduk di malaysia semalam telah mencatatkan sesuatu. jumlah penduduk malaysia melepasi angka 28 juta manakala 67% daripadanya adalah kaum melayu.

aku yakin kaum melayu tidak akan melupakan sejarah persundalan politik paling jijik pernah pas lakukan dalam sejarah politik bangsa.

eloklah moto pas ditukar daripada membangun bersama islam kepada membangun bersama sosialis.

tahniah pas.

Read more...

Wednesday, July 20, 2011

Laman Web Anugerah Ibrahim Ali- telah dipadam

Butiran Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM telah dikeluarkan selepas dua hari menjadi tajuk perbualan pelbagai pihak yang mempertikaikannya.

NONESemakan pada tengahari tadi mendapati laman itu tidak lagi wujud berikutan bidasan orang ramai ke atas UiTM kerana didakwa mengesahkan anugerah berkenaan.

Laman web itu sebelum ini memuatkan butiran terperinci anugerah kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dengan menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri.

Impak juga mengumumkan tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober.

NONEBagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini menafikan bahawa pihak universiti telah meluluskan anugerah itu dan berkata pihak Impak “terlepas pandang” isu itu selepas disiarkan di laman webnya.

Dalam kenyataan di Facebook, Sahol Hamid berkata UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarahnya.

“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.

“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” katanya.

Read more...

Friday, July 15, 2011

Gelang dan Cincin Berlian: Rosmah perlu tampil beri penjelasan

Tarikh dan masa register, approved dan released

Tarikh yang dipaparkan pada gambar di atas bersamaan dengan najib pergi amerika dengan rosmoh april 2011 ini keratan berita :

SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.
Lihat pula printscreen di bawah;

Alamat Jacob & Co di New York
Justeru itu, pihak SPRM harus segera menyiasat dengan menggunakan segala bukti-bukti yang telah diserahkan oleh gerakan anak muda SAMM semalam di Pulau Pinang. Bukti alibi pemergian Rosmah ke Amerika juga sepatutnya diambil kira.

Rakyat juga harus menilai dengan baik akan segala pendedahan yang telah dibuat, terutamanya dengan pendedahan printscreen sistem kastam, gambar Rosmah bersama gelang emas putih buatan Jacob & Co dan juga bukti yang alibi yang menunjukkan Rosmah ke New York pada minggu urusniaga kemasukkan cincin berlian itu di Kastam KLIA iaitu pada tarikh 16 April 2011.

Rosmah juga harus tampil segera menafikan siri-siri pendedahan ini kerana ia tidak mudah dipadamkan sepertimana padamnya perkataan FLOM dalam laman rasmi JPM suatu ketika dahulu.

Read more...

Thursday, July 14, 2011

Bersih itu alat Pembangkang tawan kepimpinan negara

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan, bahawa sejak berakhirnya Himpunan Bersih yang gagal, Pembangkang masih menjadikan Himpunan itu sebagai maskot setiap tindakan mereka.

Pas Selangor misalnya, mahu meneruskan agenda Bersih untuk memelihara memontem sehingga pilihanraya. Selain itu, Pas juga berkempen agar warna kuning sebagai tema sambutan Hariraya tahun ini.

Selain itu, Lim Kit Siang akan menggunakan pakaian serba kuning pada setiap Sabtu, sehinggalah PRU-13 akan datang.

Ambiga sebenarnya hanya digunakan untuk mencapai matalamat pembangkang merampas kuasa melalui tindakan demonstrasi; malangnya usaha mereka itu telah digagalkan oleh pihak keselamatan.

Apapun yang diperkataan oleh Ambiga selepas kegagalan mereka, bahawa himpunan itu tiada niat menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat, sebaliknya hanya menuntut 8 tuntutan yang mereka seneraikan, antaranya menggunakan dakwat kekal, masa kempen sekurang-kurangnya 21 hari, pembersihan daftar pemilih, memaksa media aliran perdana memberi ruang kepada pembangkang dan menghapuskan politik kotor.

Sebenarnya niat asal Bersih, agar berlaku Tahrir Square seperti di Mesir, namun niat itu terbantut disebaban kecekapan anggota keselematan.

Negara ini, mempunyai 27 juta rakyat, lebih 10 juta layak menggundi; sedangkan yang berhimpun di ibu negara pada hari itu, katakanlah 100,000, jumlah ini kurang 10% daripada jumlah pemilih. Signifikan kah desakan itu? sedangan 90% rakyat berpandangan sebaliknya.

Tindakan pihak keselematan membendung himpunan itu perlu diberi pengharagaan, walaupun ada kejadian kekerasan. kekerasan berlaku, kerana anggota keselamatan adalah manusia biasa yang punya emosi dan perasaan. Tiada manusia yang siuman melakukan kekerasan pada sesama manusia, melainkan seseorang itu kehilangan pertimbangan kerana provokasi yang luarbiasa.

Read more...

Wednesday, July 13, 2011

Apabila Ambiga berpolitik

Ambiga Sreenevasan menegaskan pentadbiran Najib bahawa Putrajaya yang sepatutnya dipersalahkan atas respons luar dugaan rakyat ke atas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Sabtu lalu.

Dalam temu bual dengan Wall Street Journal yang diterbitkan oleh laman web akhbar itu semalam, Pengerusi Bersih 2.0 itu menolak tanggapan bahawa perhimpunan penghujung minggu lalu mirip kebangkitan rakyat di negara-negara Arab sebab pihaknya tidak berhasrat untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) meskipun kepimpinan perikatan itu mendakwa sedemikian.

Kata beliau (gambar), sebuah kerajaan yang banyak mengerasi berhadapan dengan sikap menjijikkan membabitkan rakyat jelata.

“Dan, saya fikir itu sebabnya kami ada bilangan (penyerataan yang besar) dan momentum kami lalukan.

“Secara jujur, jika kami dibenar meneruskan dan mengadakan (perhimpunan sebagaimana dirancang), kami sudah pasti bilangan ini tidak sebesar itu,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini sambil menambah, pada awalnya beliau meragui sama ada akan memperoleh sokongan yang sebesar itu.

Ia laporan kritikal yang terbaru selepas tulisan yang sama dibawa oleh Jakarta Post dan Straits Times masing-masing dari Indonesia dan Singapura.

Penganjur mendakwa bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah disertai sekitar 50,000 orang tetapi ia dinafikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengatakan bahawa ia hanya menghimpunkan 6,000 orang.

Wall Street Journal, akhbar bisnes antarabangsa berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mencetuskan persekitaran “takut dan menekan”, yang akhirnya mengakibatkan penentangan terhadap perdana menteri itu yang mengambil alih jawatannya April 2009.

Ambiga juga berkata, Bersih 2.0 hanya menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bukannya perubahan kerajaan yang memerintah sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah dan di beberapa negara dunia Arab.

“Kesemua apa yang kami lakukan hanyalah meminta satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

“Respons tidak seimbang kerajaan yang mencetuskan momentum ini.

“Tetapi kami masih sebuah negara yang mencintakan keamanan. Kami masih mahukan kerajaan yang adil,” kata beliau.

Ambiga seterusnya berkata, “bagi saya, bukan menjadi niat kami dan masih bukan niat kami untuk menjatuhkan kerajaan ini.”

“Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan ini untuk memperbaiki sistem pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau juga mengkritik respons kerajaan ke atas perhimpunan Sabtu lalu yang menyaksikan polis menggunakan air berasid dan gas pemedih mata, sekali gus lebih 1,600 orang ditahan termasuk pemimpin-pemimpin parti politik.

Katanya, Putrajaya tidak memahami situasi yang wujud dengan tepat dan betul.

“Mereka datang balik pada hari Isnin dan menyerang Bersih lagi. Anda menyerang orang ramai. Golongan pengundi yang anda serang,” katanya lagi.

Read more...

Tuesday, July 12, 2011

Demonstrasi jalanan salah satu ciri demokarsi PBB: Frank La Rue

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah “mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.”

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan walaupun bercorak ganas, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue (gambar), Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

Meskipun polis telah mengatakan bahawa pihaknya sudah membebskan kesemua 1,700 tahanan pada hari yang sama Sabtu lalu, PBB berkata tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj belum lagi dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

La Rue berkata tindakan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai gerakan haram tanpa bukti kukuh juga satu lagi halangan tidak munasabah ke atas hak sivil dan politik.

Bersih mendakwa telah dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 orang di ibu negara tetapi dinafikan oleh pihak polis.

Read more...

Himpunan Bersih Bukan Himpunan Parti Politik Tetapi Himpunan Pemimpin Parti Pembangkang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkeras menafikan bahawa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu bukan anjuran parti politik.

Namun, kata beliau perhimpunan yang disertainya itu terdiri daripada badan bukan kerajaan Islam dan bukan Islam serta cerdik pandai dari seluruh negara.

"Perhimpunan itu disertai oleh cerdik pandai dari seluruh negara, bukannya anjuran parti politik, yang melihat banyak perkara tidak kena pada kerajaan yang memerintah hari ini," katanya semasa berucap kepada penyokongnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu malam Isnin.

Abdul Hadi berkata semasa ditahan beliau dilayan dengan baik oleh anggota polis.-BERNAMA

Read more...

Monday, July 11, 2011

Mat Sabu KEBAL

WALAUPUN Mat Sabu kononya dirempuh Landrover Polis, namun tidak membawa apa-apa kesan terhadap Timbalan Presdien Pas itu. Mat Sabu hanya cedera ringan pada bahagian lututnya, akibat terjatuh.

Read more...

Cemburu Yang Melampau-Suri rumah Ugut Bunuh Diri

Ugut bunuh diri lihat suami curang: Akibat mengalami tekanan perasaan selepas terlihat suaminya keluar dengan wanita lain, seorang isteri muda cuba membunuh diri dengan mengacukan pisau ke lehernya dan mengugut untuk terjun dari Jambatan Kedua Muar, semalam. Tindakan nekad wanita berusia 30 tahun itu berjaya dihalang kira-kira 15 minit kemudian apabila dia mula tenang dan membatalkan niatnya selepas dipujuk suami yang dipanggil ke tempat kejadian. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga pasangan itu.

Read more...

Sunday, July 10, 2011

Sejak 1967-Nik Aziz menang Pilihanraya kerana SPR tidak bersih

Sekembalinya dari Makkah inilah kenyataan MB Kelantan itu. "Sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini".

“Saya nak ceritakan di sini, semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang, saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya.

Read more...

Anwar gagal guna MAGIC ketuai Himpunan Bersih

Anwar kecundang pra matang. Anwar menggunakan trowong laluan BAS daripada Hotel Hilton memyeberang ke KL Central, kononnya mahu mengetuai perarakan bermula daripada KL Central ke Stadium Merdeka.

Hanya dengan pemedih mata, semua MAGIC Anwar luntur. Anwar terpaksa berlakon, konon cedera di kepala, padahal, dalam foto yang berjaya dirakam, tiada apa-apa yang berlaku kepada Ketua Umum PKR itu.

Read more...

Wajah-wajah gagal

Read more...

Saturday, July 9, 2011

Tiada Pertembungan antara Polis dan Bersih di KLCC

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Read more...

Azmin Ali Mengaku sudah menghampiri Stadium Merdeka

Read more...

SMS Palsu: Kononnya Parlimen akan dibubar pada Isnin

KUALA LUMPUR: Bernama pada Sabtu menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka."

"Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Sabtu.

"Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen pada Isnin ini supaya mengabaikannya sama sekali," katanya.

Yong berkata Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu. - BERNAMA

Read more...

Friday, July 8, 2011

Perhimpunan luar KL OK: Hisham

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur esok.

"Kelulusan boleh diperoleh segera," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata, polis bertindak adil dalam membuat keputusan dan juga menolak permohonan daripada Pemuda Umno dan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di Kuala Lumpur esok tidak diluluskan.


"Bagaimanapun pihak penganjur masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 24 jam dari waktu permohonan ditolak (hari ini) kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh secara bertulis," katanya.- Bernama

Read more...

Thursday, July 7, 2011

91 individu dilarang memasuki KL termasuk Ambiga, Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini.

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.

Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.

Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.

Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.

Read more...

Kurang 48 Jam -Apa akan jadi dengan Kuala Lumpur?

Bersih dengan degilnya akan terus berhimpun yang dijadualkan antara pukul 2-4 petang, di Stadium Negara.

Walaupun, permit untuk berhimpun tersebut belum diluluskan, namun pihak penganjur tetap akan meneruskannya.

Setakat ini, suara PERKASA, belum kedengaran, apa kah juga akan berhimpun di lokasi sama, sepertimana perancangan awal?

BERSIH bertekad, dengan satu niat-Kuala Lumpur mesti huru hara.

Read more...

Ambiga berdegil-Tetap nak Stadium Merdeka juga

Kumpulan Orang-orang Degil.
AKIBAT mendapat angin: Pertama dibenarkan berjumpa SPB Agong, dan kedua dibenarkan berhimpun, walaupun Kumpulan Mereka diharamkan.

Kali ini, Ambiga dan kawan2 berdegil tetap menggunakan Stadium Merdeka, walaupun Kabinet dan pengurusan Stadium tersebut menolak penggunaan stadium itu untuk tujuan himpunan haram.

Kerajaan dan Pihak tertentu, sanggup tunduk kepada 14 orang konco-konco Ambiga, berbanding lebih 2,000 laporan polis, yang mahu himpunan tersebut dihentikan.

Jika NIAT Ambiga, hanya mahu menyerahkan Memorandum kepada Agong, kenapa tidak dilakukan pada Selasa lalu, semasa diperkenankan untuk menghadap. Kenapa perlu berdemonstrasi dulu?

Benarlah Bersih diperalat oleh Pembangkang dan anasir subresif untuk mengwujudkan huru hara dalam negara.

Read more...

Wednesday, July 6, 2011

Sarbani disergab Agen??

INQUEST - Fauziah: Abnormal interruptions & conflict change to setup of CCTV affected recording, causing it to stop for 22hrs 37mins & 1s.

Berasaskan keterangan saksi di atas dan keterangan salah seorang saksi pada Isnin, bahawa Sarbani cuba keluar daripada tingkap; ada asas bahawa semasa dalam bilik Pegawai SPRM- ada orang ketiga yang mahu mencederakan atau ingin membunuhnya, atas sebab itu, mangsa cuba menyelematkan diri dengan cuba keluar daripada tingkap.

Pihak inkues, perlu melihat teori ini, sebagai asas sisatan. Secara lojik, tidak mungkin seseorang yang secara sukarela datang ke pejabat SPRM, lalu membunuh dirinya.

Keterangan daripada isteri mangsa, bahawa mangsa dianaya oleh agen dengan tuduhan, bahawa baucer RM100, adalah cara mangsa mendapat habuan.

Berasaskan keterangan isteri mangsa, ada kemungkinan mangsa membongkar sindiket yang berakitan dengan baucer tersebut, sehingga ada pihak yang merasa terhancam.

Read more...

Tuesday, July 5, 2011

Mahkamah Shah Alam-Pembunuhan Sosilawati-Pemandunya bersubahat dengan OKT

Kalau bukan bersubahat? kenapa timbul ugutan? seperti transkrip panggilan HP Sosilawati “Wei, aku tak percaya Kamal masuk bilik aku...,pergi kat bilik air, kau check (periksa) ada kamera tersorok tak?” itu antara kata-kata terakhir Datuk Sosilawati Lawiya menerusi perbualan telefon dengan rakannya, Habishah Bahari, kurang sejam sebelum jutawan kosmetik dan tiga individu lain dibunuh di Banting, dekat sini, tahun lalu.

Sosilawati dikatakan menghubungi Habishah dan memberitahu dia mengesyaki Kamal atau Kamaruddin Shamsuddin yang berkhidmat sebagai pemandu peribadinya berbuat demikian menerusi perbualan telefon pada 7.30 malam pada 30 Ogos tahun lalu sebelum panggilan itu terputus.

Ketika itu, Habishah berbuka puasa.

Ini antara keterangan yang akan dikemukakan pihak pendakwaan ketika membacakan ucapan pembukaan dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47, Kamaruddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang bermula di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, berkata pihaknya juga mengemukakan keterangan Habishah bahawa Sosilawati ke Banting antara 9 September dan 30 Ogos tahun lalu untuk menukar dua cek berhubung urusan jual beli tanah di Batu Feringghi, Pulau Pinang dengan peguam bernama Pathma. Kandungan penuh SMS dan butiran panggilan yang terjadi sebelum semua mangsa dilaporkan hilang sehingga mereka didakwa dibunuh di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu akan terungkai sepanjang prosiding yang ditetapkan selama tiga bulan ini.

Terdahulu katanya, pihak pendakwaan akan menampilkan 76 saksi yang akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan tertuduh melakukan kesalahan bunuh pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan termasuk anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.

Menurutnya, Sosilawati ada menghubungi Erni Dekritawati Yuliana pada malam kejadian, tetapi panggilan itu tidak dijawab anaknya kerana tidak perasan.

“Pada jam 8.40 malam, Sosilawati menghubungi Erni Dekritawati Yuliana, tetapi dia tidak perasan dan Erni Dekritawati juga menerima mesej ‘Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang...hubungi Bisah. Dia (Kamal) ambil gambar mak.’

“Erni Dekritawati Yuliana juga akan memberi keterangan berhubung urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dan menukar tarikh cek bagi mempercepatkan tarikh,” katanya.

Selain itu katanya, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan isteri Noorhisham, Suzana Radin Pangit bahawa dia menerima panggilan telefon daripada suami menyatakan tidak akan pulang selama tiga hari kerana mahu menolong masalah Sosilawati yang diugut Kamaruddin berhubung ‘gambar’.

Beliau berkata, Suzana menerima panggilan itu pada jam 8.15 malam, 30 Ogos tahun lalu selepas Noorhisham mengikut Sosilawati ke Banting bersama dengan Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

Ishak berkata, isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan juga akan memberi keterangan suaminya memaklumkan tidak dapat pulang selama tiga hari menerusi panggilan telefon pada jam 7.45 malam pada hari sama.

“Apabila ditanya mengapa tak balik, suaminya memberitahu orang kanan Sosilawati bernama Kamal mengugut hendak sebarkan gambar Sosilawati iaitu gambar tak elok. Suaminya juga memberitahu Sosilawati menangis dan dia beritahu hendak tolong Sosilawati,” katanya.

Read more...

Monday, July 4, 2011

Pembunuhan Sadis Datin Sosilawati: Pendakwa akan buktikan OKT adalah pembunuh

Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad pada kayu kriket dan DNA peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di Shah Alam hari ini.

Saksi juga akan memberikan keterangan mengenai penemuan sebilah pisau berkarat hulu besi, gelung dawai, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, dua buah telefon bimbit jenama Blackberry, seutas jam tangan dan sebatang anak kunci tertulis BMW, katanya.

Selain itu, Ishak berkata dua pekerja ladang, U.Suresh dan T.Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R.Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T.Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.

Suresh dan Sarawanan sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

"Saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa Sosilawati ada urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan tertuduh pertama (Pathmanabhan), urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang diuruskan oleh tertuduh pertama dan tertuduh pertama yang uruskan pembelian tanah dari Southern Symphony kepada Ample Quality di mana sebanyak RM2.9 juta telah dibayar sebagai 10 peratus harga belian tanah tersebut iaitu RM29 juta," kata Ishak.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ishak yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihaknya juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi di tempat kejadian yang melihat api marak dari rumah mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi yang mengesahkan jam tangan jenis Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, jam tangan Seiko milik Kamaruddin serta penerimaan jam tangan 'Longines' daripada Suresh.

Ishak berkata keterangan bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamed adalah berkisar mengenai urusan jual beli tanah di Pulau Pinang di mana beliau ada menghubungi Pathmanabhan bertanyakan sama ada Sosilawati ada berjumpa dengannya pada 30 Ogos 2010 dan Pathmanabhan menjawab bahawa Sosilawati ada menghubunginya pada hari tersebut untuk berjumpa tetapi tertuduh pertama itu tidak kelapangan serta meminta Sosilawati berjumpanya pada 2 Sept 2010.

Beliau berkata anak perempuan Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya di Balai Polis Dang Wangi pada 31 Ogos 2010 dan pada 2 Sept 2010, Erni sekali lagi membuat laporan polis setelah mengesyaki Sosilawati telah diugut, diculik dan dikurung oleh individu berkaitan.

Ishak berkata pada 3 Sept 2010, isteri Ahmad Kamil bernama Sabrina Adnan membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur, manakala isteri Noorhisham bernama Suzana Radin Pangit membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Dang Wangi pada hari yang sama.

"Kakak kepada Kamaruddin, Zaidah Shamsuddin juga telah membuat laporan polis di balai polis Kuantan, Pahang, mengenai kehilangan adiknya pada 6 Sept 2010," katanya.

Seterusnya, Ishak berkata, seorang jurujual akan memberi keterangan untuk mengesahkan bahawa Sosilawati dan seorang lelaki Melayu yang dipanggil Kamal oleh Sosilawati ada datang ke gerainya pada 30 Ogos 2010 untuk membeli kerepek serta kuih raya bernilai lebih RM200 dan mereka dilihat beredar pada pukul 5.20 petang dengan menaiki kereta BMW X5 berwarna hitam.

Mahkamah juga dimaklumkan, pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 76 saksi pada perbicaraan kes ini.

Selain Ishak, pihak pendakwaan turut diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya iiatu Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili peguam Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong.

Sementara itu, seramai empat jurugambar polis memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama di mana sebanyak 618 keping gambar yang diambil di beberapa lokasi berbeza termasuk tempat kejadian dan Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, yang dikatakan menjadi tempat melupuskan mayat mangsa dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit.

Mereka ialah Detektif Koperal Mokhtar Hussain dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Lans Koperal Abdul Aziz Ahmad dan Detektif Sarjan Mhd Rasdi Mhd Safien kedua-duanya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dam Detektif Koperal K.Velamal dari Bahagian Bantuan Teknik,

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Perbicaraan bersambung esok.- Bernama

Read more...

Sunday, July 3, 2011

Siapa Lim Kit Siang ? Nak minta batal Pengharaman BERSIT

Pembangkang gagal merosakkan imej negara, kerana Himpunan Bersih Sabtu depan bakal batal, kerana BERSIH sendiri sebagai pengajur adalah NGO HARAM.

Akibat pengharaman BERSIH, maka misi pembangkang mengharu birukan negara dengan sendirinya bakal gagal.

Tahniah kepada pihak Polis kerana bertindak.

Siapa Lim Kit Siang nak minta batalkan pengharaman Bersih? Sepatutnya wakil rakyat Ipoh Timur ini ditahan di bawah EO.

Read more...

Saturday, July 2, 2011

Apa akan jadi jika 8 Julai berlaku tunjuk perasaan di Jambatan Pulau Pinang?

Tentunya hubungan antara Pulau itu dengan tanah besar akan terputus melalui darat. Agak-agaknya berberapa kenderaan yang akan tersangut? Berapa ramai rakyat yang terganggu? Berapa kerugian rakyat Pulau Pinang, kerana semua urusan terbengkalai?

Bayangkan juga jika berlaku tunjuk perasaan di ibu negara pada 9 Julai, berapa kerugian kepada rakyat dan negara?

Kerugian secara langsung adalah perniagaan hari itu akan terjejas teruk. Kelancaran lalu lintas akan terganggu, akbiatnya tukang teksi kehilangan pendapatan.

Kerugian lainnya, nama negara akan tercalar. Kerana kelihatan tidak aman, maka pendapatan daripada pelancong akan terjejas, kerana pelanong tidak datang.

Akibat tujuk perasaan di Mesir misalnya, hingga kini negara itu mengalami kemerosotan dari segi kedatangan penlancong. Keadaan yang akan belaku pada negara, jika tunjuk perasaan pada 9 julai menimbulkan hura hara.

Walaupun Polis berusaha agar tunjuk perasaan pada 9 julai tidak berlaku, namun pengajur Bersih, dengan degilnya tetap akan meneruskan tindakan mereka.

Sayogianya, pihak Polis telah lama mencekup para pengajur itu, nama2 seperti Ambiga, Maria Chin Abdullah, sepatutnya sudah lama diamankan. Membiarkan mereka bebas, lebih banyak mendatangkan kemudaratan. Amankan sahaja mereka itu di Kamunting.

Read more...

Friday, July 1, 2011

RHB intai kuasai CIMB

RHB Capital Bhd pula kini meletakkan sasaran untuk menguasai CIMB Holdings Bhd untuk mewujudkan rangkaian bank terbesar di rantau Asia — perkembangan terbaru selepas perundingan mengambil alih entiti perbankan itu digugurkan minggu lalu.

Akhbar Straits Times dari Singapura melaporkan RHB Capital, yang awalnya menjadi sasaran Malayan Banking Berhad dan CIMB sehingga pertengahan bulan lalu, merancang untuk menggerakkan bidaan itu, yang jika menjadi kenyataan akan mewujudkan sebuah institusi kewangan dengan nilai pasaran RM86 bilion.

Menurut sumber, pemegang saham utama RHB iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Aabar Investments bersedia untuk menyediakan dana bagi urusan tersebut.

KWSP mempunyai aset keseluruhan sekitar RM440 bilion.

“Ia akan menjadi bidaan tunai. Pemegang saham utama CIMB Khazanah Nasional Berhad boleh melangkah dengan hampir RM20 bilion jika mereka menerima tawaran itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

“Mereka menawarkan 2.5 kali daripada nilai buku,” katanya lagi.RHB

Read more...

Luna Maya-ingin berehat daripada berlakon

Menurut Kompas.com Pelakon dan penyanyi jelita Indonesia yang dikaitkan dengan video seks bersama Airil Peterpan-Luna Maya ingin berehat daripada kegiatan hiburan.

Luna ingin mengisi kehidupan dengan aktiviti yang berfaedah-walaupun artis tersebut tidak menjelaskan maksud aktiviti berfaedah tersebut.

Read more...

PRU-13 semakin hampir!!. Najib membayangkan lawatan ke Sabah Semalam adalah terakhir

PRU-13 semakin hampir. Pada lawatan DS Najib ke Sabah yang bermula 29-30 Jun, adalah lawatan terakhir sebelum mengumumkan pembubaran parlimen.

Apakah pilihanraya akan diadakan semasa bulan puasa? Jika PRU-13 diadakan pada bulan itu, maka ramalan Anwar Ibrahim adalah tepat. Atau apakah DS Najib memilih bulan November? Kerana kegemaran PM itu pada angka 11?

Yang pasti PRU-13 diambang pintu.

Apa kah akibat Himpunan Bersih2.0 BN akan tumbang? kerana akbiat himpunan yang sama pada Nov 2007, maka pada PRU-12 yang diadakan pada Mac, 2008, BN kehilangan 4 negeri dan gagal kalah teruk di Kelantan.

Pada PRU-12 itu, bukan sahaja BN kehilangan Selangor dan Pulau Pinang, tetapi kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Perlu kah PRU-13 diadakan dengan segera? sedangkan mandat Kerajaan Bn adalah sehingga April 2013.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP