Friday, August 14, 2009

Sindrom memberi Salah tak beri salah

Keputusan Pru-12 telah mengwujudkan sindrom kepada UBN terutama para pemimpin Umno, memberi salah tak beri salah. Parti komponen BN terutama MCA, MIC dan gerakan,mula lantang kerana melihat keputusan PRU-12, bahawa kekuatan Umno hampir tergugat.

Ekoran suara lantang tersebut, pemimpin Umno agak gelabah, sehingga membuat tindakan-tindakan yang codong kepada kaum cina dan India.

GLC terutama yang ada kaitan dengan pemilikan ekuiti yang ditadbir urus oleh PNB misalnya, buat pertama kali mengkhususkan bahagian untuk kaum india. DEB misalnya tidak diteruskan walaupun, tujuan pengwujudan dasar ini tidak mencapai sasaran.

Meliberalisasi 27 sektor yang ada kaitan dengan kaum bumiputera dan melayu misalnya dilaksanakan, kerana semata-mata untuk menarik hati kaum cina dan india.

Orang cina dan india telah lantang terutama mengenai dasar yang sebelumnya telah disepakti, misalnya soal agama islam dan kedudukan raja-raja melayu.

Persoalan sebenar mengenai perkara ini adalah, kenapa pemimpin melayu terutama yang ada dalam Umno terlalu takut dengan keadaan ini. Bukan kah Umno dan parti-parti bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak masih lagi merupakan tunggak utama. Kalau lah seluruh kawasan-kawasan melayu dan bumiputera digabung, tanpa bantuan kaum cina dan india pun, pemerintahan negara ini tetap dipegang oleh melayu atau bumiputera.

Melihat kedudukan kawasan-kawasan parlimen di seluruh negara, masih terdapat 138 kawasan yang diwakili kaum melayu/bumiputera dalam genggaman umno dan parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak.

Pimpinan melayu/bumiputera sekarang kena ingat,jangan terjadi menyusukan kera di hutan sedangkan anak di pangkuan dibiarkan kelaparan. Tumpuhkan perhatian yang tidak berbelah bagi kepada 138 kawasan ini, lupakan kawasan-kawasan bandar, kerana kawasan-kawasan bandar ini disalutkan emas intan berlianpun tidak akan menyokong umno dan parti bumiputera.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP