Benarkah Umno makin Rimas?
Gelagat Umno kini seolah-olah makin rimas. Terlalu banyak kaedah berupa teori diutarakan. Bermula dengan 3 budaya yang konon hendak diamalkan. Ditambah dengan tokok tambah mengenai kenyataan Jeff Ooi Ahli parlimen Jelutong Pulau Pinang. Dalam isu Jeff Ooi ini seolah-olah JIM itu adalah Ngo di bawah Umno, kerana Jeff Ooi menuduh JIM adalah persatuan ekstrimis, sedangkan JIM itu tidak mewakili islam itu sendiri.
.
Sokongan kepada GMI baru-baru ini, ternampak sangat, bahawa semua usaha yang dilaungkan agar rakyat jangan ikut demo GMI, tetapi Kuala Lumpur hampir lumpuh pada 1 Ogos yang lalu. Menteri wilayah persekutuan, memberi estimasi, bahawa kerugian mencecah 200 juta ringgit.
.
Apa kah trend PRU-12 dan PRK-PRK yang lalu dan memontemnya akan berterusan bahawa rakyat inginkan perubahan, yakni menggantikan kerajaan UBN kepada kerajaan Pakatan?. Apa kah semua tindakan UBN melalui DS Najib dengan slogan baru 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan akan rakyat hargai? Dalam tempoh 2 tahun, apa kah slogan ini memberi kesan yang ketera, sehingga rakyat akan terpesona semula kepada UBN?
.
Slogan tidak akan dapat mengatasi persepsi. Persepsi bahawa kerajaan UBN adalah kerajaan pilih kasih, hanya mengutamakan jaringan dan jalinan masih lagi sangat ketera. Projek-projek yang diumumkan melalui suntikan mengatasi kelembaban ekonomi, hingga kini tidak terasapun tirisan atau titisan kepada akar umbi, terutama kawasan-kawasan marjinal.
.
DS Najib dan TS Muhiyiddin berbuih mulut mereka dalam mengumumkan tindakan-tindakan yang perlu diambil, perlu dijalankan, perlu dilaksanakan, namun para pelakasana begitu lembab, masih berada pada budaya lama, masih terikat dengan karenah-karenah birokarsi yang sekarang di tambah dengan berbagai peraturan untuk menampakan ketelusan. Dengan bertambahnya karenah-karenah birokarsi, pelaksanaan bukan dapat dipercepat, malah jalinan itu semakin panjang dan rumit.
.
Agensi-agnesi di bawah kementerian penerangan dan komunikasi bla-bla, yakni JASA, para pegawainya seperti raja,mereka minta dihormat seperti VVIP, apa tah lagi para pegawai kerajaan yang berstatus pension, dimana mereka tahu, parti mana sahaja yang memerintah, jawatan dan kedudukan mereka tetap terjamin.
.
Ambil contoh sahaja para pegawai yang berada di bawah kementerian pelajaran atau EPU, mereka ini terlalu sukar didekati, apa tah lagi mendekati rakyat jelata? Jika kerajaan sekarang ini jatuh, ini bermakna seluruh sistem yang ada merupakan penyumbang kepada kejatuhan tersebut.
.
Apapun orang politik buat, jika kakitangan kerajaan tidak mengimbanginya, pasti kerajaan itu akan timpang. Berjayakah DS Najib dan TS Muhiyiddin menghidu fenomena ini sebelum meminta perkenaan DYMM Yang Diperatuan Agong untuk membubarkan parlimen bagi memberi ruang kepada PRU-13? Sama-sama kita tunggu
0 comments:
Post a Comment