PM kata: 3 Budaya untuk menjamin kelangsungan kuasa
Semasa berucap di mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pekan yang bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah semalam, DS Najib menggariskan 3 budaya untuk mempertahankan kuasa pemerintah. 3 budaya tersebut adalah: MENDENGAR SUARA RAKYAT, BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT.
DS Najib meningatkan bahawa segala-galanya tidak kekal abadi melainkan anggota parti paham bahwa untuk menentukan kelangsungan kuasa bererti semua lapisan anggota parti mesti berkerja, berkhidmat dan mampu menyelesaikan masalah rakyat.
Garis panduan DS Najib ini patut dijaidkan pautan oleh semua ahli parti umumnya dan pemimpin parti khasnya. Mula sekarang, setiap ahli parti mesti bertanya pada diri sendiri, apakah 3 perkara yang digariskan telah tertanam dalam asas perjuangan setiap ahli parti? Kalau belum,seharusnya bermulalah, seolah tiada esok bagi mu.
Garis panduan yang diutarakan oleh PM ini, telah kena pada masanya,kerana pada masa ini, sangat terasa, bahawa ahli parti terutama para pemimpin seolah telah kehilangan arah. Suntikan ilmu baru ini diharapkan,ahli parti dan para pemimpin dapat bermuhasabah diri demi matalamat yang telah digariskan oleh presiden parti itu.
0 comments:
Post a Comment