sekiranya 16 September jadi?: Tentunya banyak kawasan terpaksa mengadakan piliahanraya kecil
Jika ikut kata Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang mendesak agar ADUn Lunas Mohd Radzhi melepaskan jawatan sebagai ADUN Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.
Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan. "Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya. "Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.
Sekiranya 16 September yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim bahawa pada hari itu akan ramai wakil rakyat BN akan ikut serta Pakatan untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Apa yang akan terjadi? Jika sekiranya rancangan Anwar itu betul-betul terjadi, apa kah istilah yang digunakan kepada wakil rakyat yang menyebarang tersebut?
Pernyataan Gobala ini adalah bercanggah dengan pendirian pemimpin Defacto Pakatan tersebut.

0 comments:
Post a Comment