AIr Asia AK 6308 Kuching-Kota Kinabalu ETD 21:50 Hours: Penumpang Marah
Seorang rakyat Sabah yang kebetulan penumpang Air Asia bersama keluarganya membuat panggilan pada jam 23:13 sebentar tadi memberitahu bahawa penerebangan ke Kota Kinabalu yang sepatutnya berlepas pada jam 9.50 malam melalui nombor penerbangan AK6308 belum juga berlepas.
Penumpang tersebut bernama Haji Mausar Haji Dambah sungguh kesal dengan layanan penerbangan tambang murah ini kerana tiada ada apa-apa sebab dinyatakan atau diumumkan kepada para penumpang atas sebab apakah penerbangan tersebut tertunda.
Bagi Haji Mausar, bukan kali ini sahaja mengalami kelambatan berlepas, tetapi telah berkali-kali tanpa sebab yang dinyatakan oleh pihak pengurusan penerbangan tambang murah tersebut.
0 comments:
Post a Comment