Friday, January 22, 2010

Khalid Samad MP Shah Alam in Limbo: Dititah Menghadap Sultan Selangor




Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dititah menghadap Sultan Selangor pada masa ini. Isu kenapa kah Khalid yang digelar "penyokong Kuat" penggunaan Kalimah Allah ini oleh penganut kristian dipanggil menghadap tidak diketahui.

Namun Khalid dikhabarkan berkata kemungkinan titah menghadap itu ada kaitan dengan surat mohon perkenan menghadap Tuanku untuk merapak sembah pembangunan Shah Alam yang diwakilinya.

Khalid dikatakan menderhaka kepada Sultan ekoran keenggannya mengikut arahan MAIS dan JAIS yang telah mendapat perkenan Tuanku Sultan agar Kalimah Allah hanya digunakan oleh penganut islam dan bukan penganut agama lain.

Adalah menjadi kesalahan bagi mereka yang melanggarkan penggunaan kalimah Allah dan boleh didenda sehingga 3,000 ringiit.

Khalid juga dilaporkan kepada pihak polis oleh 16 NGO ekoran sokongannya kepada penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama kristian.

Pada 31 Disember 2009 yang lalu Hakim Datuk Lau Bee Lan membenarkan rayuan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya edsi Bahasa Melayu untuk penganut agama kristian. Namun keputusan itu tertanggu ekoran rayuan KDN.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP