Thursday, April 29, 2010

Tiada Kes Rasuah Pembelian Kapal Selam Malaysia

Malaysia hari ini mendakwa tidak ada kes berhubung pembelian kapal selam Malaysia daripada Perancis yang bernilai lebih 1.1 bilion dolar.

AFP yang memetik seorang jurucakap daripada Jabatan Perdana Menteri berkata “adalah hak mereka untuk menyiasat tetapi tidak ada kes.”

Semalam, Joseph Breham (kiri), seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam itu tiba di Kuala Lumpur.

Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Pihak pembangkang menyambut baik siasatan itu yang disifatkan mereka cuma satu daripada banyak lagi kontrak pertahanan yang didakwa dicemari rasuah.

Perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Pegawai perundangan Perancis juga mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian dua kapal selam Scorpence pada Mac lalu yang dibina yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales).

Kes berkenaan dibuka semula atas permintaan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram yang mendakwa DCN membayar komiyen 114 juta euro (150 juta dolars) kepada sebuah firma yang dikenali sebagai Perimekar.

Perimekar dikaitkan dengan seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dibebaskan atas dakwaan membunuh kekasihnya, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah Mongolia pada tahun 2006 yang juga dibabitkan dengan kes itu.

Read more...

Tuesday, April 27, 2010

Perkasa Pribumi Negara Jadi Kambing hitam MCA: Kaum Cina Tolak BN di Hulu Selangor

MCA melalui Presidennya Dr Chua Soi Lek meletakan semua kesalahan kepada Perkasa Pribumi Negara pimpinan Ibrahim Ali ke atas penolakan kaum cina kepada BN pada pilihanraya Hulu Selangor yang baru sahaja berlabuh.

Chua membidas desakan Ibrahim Ali agar pihak kerajaan menilai semula bantuan pembangunan kepada kaum cina, ekoran desakan kaum itu mempertikai hak-hak melayu dan bumiputra.

Perkasa adalah badan NGO yang berpaksi kepada kaum melayu dan bumiputra.

Desakan Perkasa adalah lojik kerana ekoran penolakan sebahagian besar kaum cina kepada BN, walaupun peruntukan kepada kaum itu tidak pernah diabaikan oleh kerajaan, namun kaum itu tidak juga menyokong kerajaan.

Keputusan PRU-12, di mana terbukti bahawa kebanyakan pemimpin kaum cina dalam BN telah tewas, jatuhnya kerajaan Gerakan di pulau Pinang dan jatuhnya kerajaan Umno di Selangor, kerana kaum cina menolak BN.

Melalui keputusan PRK Hulu Selangor, dimana kaum cina masih menolak BN, walaupun masalah kaum itu di Hulu Selangor diselesaikan oleh BN, maka MCA meletakan penolakan kaum itu kepada Perkasa.

Read more...

Monday, April 26, 2010

Keputusan Hulu Selangor: Iktibar Kepada Pemimpin BN.. Cina Masih Sokong DAP

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar."

Katanya, ini disebabkan pemilihan kali ini berlangsung di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang.

Kejayaan itu juga, tambahnya, bermakna pengundi telah menolak cara politik pembangkang dengan "menabur fitnah dan pembohongan."

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan rasmi Hulu Selangor diumumkan malam ini, perdana menteri berkata, pencapaian BN juga tidak seharusnya dibandingkan dengan keputusan Mac 2008.

"Jangan bandingkan keputusan 2008, tapi dengan waktu penaman calon, dan bila penghabisan pembuangan undi, saya percaya ada perubahan. Belum sepenuhnya tapi ada perubahan.

"Dengan kemenangan ini bererti kita akan bekerja bersungguh-sunguh untuk memenuhi amanah rakyat," katanya di pusat penjumlahan undi di dewan serbaguna Hulu Selangor.

Menurutnya lagi, kemenangan P Kamalanathan membawa erti yang besar kepada BN.

"...kerana kalau kita lihat keputusan 2008, dan keputusan pada kali ini bererti sudah ada peralihan sokongan kepada BN.

"BN menghampiri 2,000 undi dan ini merupakan satu 'shift' yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang. Kalau dulu Selangor dikuasai BN," tambahnya.

Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Perdana menteri berkata, BN akan membuat satu senarai induk bagi kesemua janji yang dibuat oleh pemimpin BN, termasuk Kamalanathan sendiri.

"Saya percaya kalau kita dapat penuhi semua janji kita, dan dapat selesaikan semua masalah rakyat, dalam pilihan raya akan datang , majoriti kita akan bertambah," tegasnya.

Ditanya mengenai faktor sokongan masyarakat Cina yang tidak memihak kepada BN kali ini, beliau berkata, ia perlu kajian secara mendalam.

"Kita akan buat analisis. Kita tak mahu buat kesimpulan cepat, kena kaji mendalam," katanya.

Read more...

Friday, April 23, 2010

PRK HS: Sasaran Pakatan adalah Pengundi Cina: Lim Kit Siang


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini berkata kaji selidik dalaman menunjukkan bahawa calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim masih ketinggalan di belakang Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Katanya, P Kamalanathan masih mendahului kerana sokongan pengundi Melayu dan India.

Justeru, Zahid memerlukan sekurang-kurangnya 85 peratus undi masyarakat Cina jika ingin memenangi kerusi berkenaan.

Bercakap pada sidang media di Kuala Kubu Baharu, pagi ini, Lim berkata PKR berjaya mendapat 63 peratus undi Cina pada pilihan raya umum 2008.

“Saya menggesa bukan sahaja pekerja parti tetapi juga penyokong Pakatan bagi membantu mendapatkan undi itu," kata Lim.

Sasaran itu dikatakan sebagai antara yang tertinggi diletakkan oleh DAP selepas kejayaan menyakinkan lebih 80 peratus pengundi Cina di Bukit Gantang untuk menyokong calon PAS pada pilihan raya kecil April 2009 lalu.

Pertandingan dilaporkan semakin sengit dengan kehadiran berulang kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Lim juga merayu kepada 8,000 ahli MCA di Hulu Selangor untuk 'berkorban diri mereka untuk kebaikan bersama' sambil memetik pepatah Cina berdasarkan lapan perkara.

Read more...

Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor: BN Sukar Tembus Pengundi Cina

Tinjauan rambang hanya dalam 4,000 pengundi cina besar kemungkinan memangkah BN berbanding jumlah pengundi kaum itu yang mencecah 17,000.

Hari berkempen telah memasuki hari ke-4, namun jentera BN terlalu sukar menembusi pengundi cina terutamanya di 13 kampung baru cina.

Persepsi masa kini PKR melebihi BN apabila ia berkaitan undi Cina, ia tidak menghalang parti komponen BN daripada menganjurkan "ceramah" pada setiap malam selain lawatan mesra sungguhpun mereka akan menghadapi kritikan.

Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum tibanya hari mengundi pada Ahad ini, BN menggiatkan kempennya di kawasan pengundi Cina, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melawat sesetengah daripada 13 kampung baru Cina itu di Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang Kali, Ulu Yam, Kalumpang dan Kerling.

"Ia bukan mudah bagi kita. Setiap kali kita masuk kampung baru, kita kena marah. Dengan itu, kita terpaksa mengemaskini strategi kita dengan mendapatkan lebih ramai pemimpin daripada bahagian MCA seluruh negara untuk membantu kita, kata seorang pemimpin akar umbi.

Selain mengadakan majlis makan malam dan lawatan mesra, mereka ada taktik baru dengan pengundi Cina melalui apa yang mereka namakan "Sembang Petang" dengan kumpulan kecil kira-kira 15 hingga 20 pengundi di kampung baru Cina.

Timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemimpin kebangsaan serta tempatan akan menemui mereka untuk memberikan taklimat mengenai dasar kerajaan dan juga perlunya mempercepatkan pelaksanaan polisi yang adil oleh Najib.

Calon BN, P. Kamalanathan, ketua penerangan MIC akan ditentang oleh calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor itu.

"Dalam masa dua atau tiga hari akan datang, kita bukan hanya pergi dari rumah ke rumah tetapi juga memperkenalkan Sembang Petang, menjemput penduduk kampung menyertai kita untuk menerangkan dasar kerajaan termasuk konsep 1Malaysia."

"Kita belum terima banyak sokongan daripada masyarakat Cina, tetapi 1Malaysia dan dasar lain yang diperkenalkan PM, kita telah berubah untuk lebih rapat dengan rakyat. Ada gelombang kecil daripada masyarakat cina yang menyokong PM dan kita harap gelombang kecil ini akan menjadi besar pada pilihan raya kecil ini," kata beliau.

MCA juga mula mengerahkan semua 22 pemimpin bahagiannya di Selangor untuk diletakkan di semua 13 kampung baru itu, termasuk mengambil sesetengah pemimpin veteran seperti bekas naib presiden MCA dan pemimpin veteran Datuk Yap Pian Hon untuk memberikan penerangan.

"Kita akan bekerja keras untuk mendapatkan lebih ramai pengundi Cina mengundi BN. Sebab itu kita meminta semua datang membantu kita," kata setiausaha agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga pengarah pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Pada hakikatnya, MCA Selangor mengadakan mesyuarat jawatankuasa perhubungan negerinya di sini hari ini untuk memutamadkan persediaan peringkat akhir kempen pilihan raya, yang sangat kritikal dalam beberapa hari sebelum tempoh berkempen berakhir.

Pengerusi perhubungan MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai berkata mereka telah menggerakkan lebih 1,500 anggotanya di semua kawasan yang diberikan kepadanya untuk dikendalikan.

"Catatan terakhir menunjukkan bahawa kira-kira 35 peratus kaum Cina di kawasan pilihan raya itu mengundi BN. Kita kini cuba mencapai bilangan yang lebih tinggi. Salah satu strategi utama ialah mengkaji anggota kita di sini...kita juga difahamkan semua pemimpin bahagian dapatkan anggota mereka yang ada saudara di sini bagi meyakinkan mereka untuk mengundi BN."

Read more...

Tuesday, April 20, 2010

Zulkefli Noordin Tak Payah Lah Turun Bantu BN Di Hulu Selangor

Walaupun Anggota Parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin menafikan laporan sebuah portal berita yang mengatakan beliau akan turun berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Jumaat ini.

Kehadiaran Zulkefli Noordin di Hulu Selangor,kalau iapun tidak akan bermanafaat kepada BN. Rakyat telah tahu siapa Zul. Zul adalah pakar main wayang dan sandiwara. Jika, Zul turun membantu BN, ianya hanya memberi impak negatif kepada P Kamalanathan, kerana pendirian Zulkefli yang bercorak ekstrim.

Portal berita Malaysian Insider hari ini melaporkan bahawa beberapa anggota Parlimen Bebas iaitu Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli akan berkempen untuk BN pada Jumaat ini.

Zulkifli yang mengutuk laporan itu juga mendesak portal berita tersebut menarik balik laporan berkenaan dan memohon maaf kepada beliau, serta menyiarkan permohonan maaf dan penarikan balik laporan palsu tersebut di dalam portal mereka sebagai berita utama.

"Saya juga menuntut pihak Malaysian Insider menghentikan segala laporan palsu tersebut dengan serta-merta dan tidak mengulanginya lagi," katanya.

Read more...

Friday, April 16, 2010

MP Kota Belud Pertahan APCO Worldwide

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan BN seperti melutut kepada Amerika Syarikat apabila tidak tetap menyatakan pendirian berhubung isu penggunaan senjata nuklear.

Tegasnya juga, tidak salah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat, namun bukan menjadi 'pak turut' kepada negara itu sehingga tidak berani menentang kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap umat Islam.

"Saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?

"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?

"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?

"Ini bezanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat," tegas beliau.

Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat semalam sebagai membidas kenyataan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mendakwa beliau sangat berpengaruh di Amerika Syarikat disebabkan peranan media.

"Oleh kerana nama saya disebut, satu kira ini satu penghormatan kerana disebut oleh Pasir Salak dan juga Kota Belud, dia berhempas pulas nak pertahankan Apco dan Israel. Dia dengan Rembau sekarang jadi jurucakap Apco. Paling malu bagi umat Islam, apabila orang Melayu Muslim bangun untuk mempertahankan Apco dan kepentingan Israel.

"Saya tak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika. Pendirian saya konsisten, kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak pernah berbohong kalau saya mengadakan pertemuan berkala dengan bekas Naib Presiden (Amerika) Al Gore sampai sekarang.

"Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat . Ini kenyataan Pasir Salak, jangan pertikai untuk saya keluar bukti kerana bukti telah dikeluar. Kota Belud tidak berani bangun untuk pertahankan ini," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010 untuk Kementerian Luar melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.

Read more...

Lobby Anwar Gagal Bendung Pertemuan Najib-Barak Obama: Najib Adalah Pemenang

Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini menghasilkan beberapa "pemenang" dan seorang daripada mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana diberi penghormatan berbincang secara persendirian dengan Presiden Barack Obama, demikian seorang penulis akhbar berpengaruh The Washington Post.

Sehari selepas sidang kemuncak itu berakhir, Al Kamen telah menulis dalam ruangan In The Loop mengenai beberapa pemimpin terpilih daripada kalangan 36 orang ketua kerajaan dari 46 negara yang dijemput oleh Obama ke sidang kemuncak itu dan yang mendapat keistimewaan mengadakan pertemuan dua hala dengan beliau.

''Pemenang pada sidang kemuncak minggu ini mudah dikenal pasti. Mereka adalah pemimpin yang mengadakan perbincangan empat mata dengan Obama, satu bukti mengenai prestij dan kedudukan mereka ini," kata Kamen.

Menurut beliau, Presiden China Hu Jintao yang mengadakan pertemuan 90 minit dengan Obama mendahului senarai itu, diikuti Raja Abdullah dari Jordan, Najib, Presiden Viktor Yanukovich dari Ukraine, Presiden Serzh Sargsian dari Armenia, pemangku Presiden Nigeria Goodluck Jonathan dan Menteri Luar Mesir Ahmed Aboul Gheit.

Kamen berkata, Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama membuat permohonan tetapi tidak berpeluang berbincang dengan Obama.

Obama mengadakan beberapa pertemuan dua hala, bermula dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dan berakhir dengan Canselor Jerman Angela Merkel, satu-satu pemimpin dari Kesatuan Eropah yang berbuat demikian.

Pertemuan Najib dengan Obama, yang pertama antara kedua-duanya pada Isnin, berlangsung selama 40 minit sebelum bermulanya sidang kemuncak itu di Pusat Konvensyen Walter E.Washington.

Pada Rabu, ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan Obama itu, Perdana Menteri berkata bahawa untuk mendapatkan sedikit masa bersama Presiden Amerika Syarikat itu semasa satu sidang kemuncak yang dihadiri 47 pemimpin membawa erti yang besar.

"Ia bermakna kita dilihat sebagai penting dan Malaysia dilihat sebagai penting," katanya.

Sambil menjangkakan bahawa hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat akan menjadi lebih produktif dan menarik, Najib berharap Malaysia akan terus dibawa berunding oleh pentadbiran Obama.

Dalam ucapannya pula, Perdana Menteri berkata, kerjasama Amerika Syarikat dengan negara-negara Asia Tenggara telah membantu rantau itu membanteras keganasan termasuk oleh rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiah yang dikaitkan dengan Al Qaeda.

"Malahan kerjasama Malaysia dan Amerika Syarikat dalam soal ini semakin meningkat. Saya amat berharap kerjasama ini akan berterusan," katanya. - BERNAMA

Read more...

Wednesday, April 14, 2010

Isu-isu Panas Dalam Negara

Kematian Teoh Beng Hock yang pada satu ketika hangat tahun lalu ekoran dijumpainya mayat mendiang di luar Tinglkat 5 Plaza Masalam Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas sahaja memberi keterangan sebagai saksi utama SPRM yang ada kaitan dengan penyelewengan dana DUN Seri Kembangan Selangor tiba-tiba muncul semula.

Inkues yang ditubuhkan untuk mengetahui punca kemaian Beng Hock akan bersambung pada 20 April ini.

Inkues kematian Beng Hock penuh dengan drama, kerana postmortem terpaksa dijalankan dua kali, kerana pakar pathologi yang dilantik khas oleh keluarga Beng Hock, pakar daripada Thailand dr Pornthip mendakawa bahawa Beng Hock 80% mati dibunuh melalui kaedah cekikan, sebelum dilempar keluar daripada tingkap Tingkat 14 plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor beribu pejabat.

Pakar dari Thailand itu baru-baru ini membayangkan tidak dapat hadir di mahkamah inkues di depan koronor Azmil Mutapaha Abas, kerana kononnya mendapat tekanan daripada kerajaan Malaysia.

Ekoran dakwaan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri mencabar pakar Thailand itu untuk mendedahkan nama individu yang memberi tekanan itu. Malah Nazri mengatakan bahawa pakar Thailand itu adalah PEMBOHONG BESAR dan dakwaannya itu tidak berasas sama sekali.

Menteri dalam negeri Hishammudin dan peguam Negara Ghani Patail terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran Pornthip di Malaysia bukan lah isu, kerana keselamtannya semasa berada dalam negara ini senantiasa terjamin. Ekoran jaminan itu, dr Pornthip telah menyatakan akan memberi keterangan pada 20 April ini apabila inkues kematian Beng Hock di sambung semula.

Isu-isu lain yang beredar dalam negara adalah isu dakwaan Anwar Ibrahim bahawa konsep 1Malaysia adalah sama dengan konsep One-Israel, kerana kononnya konsep itu lahir atas nasihat syarikat juruperunding luar Apco Worldwide. Dakwaan Anwar ini mengundang berbagai pihak terutama pimpinan negara dan wakil-wakil rakyat barisan nasional.

Ekoran dakwaan Anwar ini,malah satu usul dibawa di dewan rakyat untuk menghadapkan Anwar ke Jawatankuasa parlimen. Usul itu akan dibaca pada 22 April ini.

Belum lagi isu Apco selesai, Anwar menambah satu isu lagi, Anwar mendakwa bahawa PDRM malaysia disusupi persisik Israel melalui perlantikan pakar sistem telekomunikasi yang didaftar di Singapura dan beribu pejabat di Tel Aviev Israel, Asiasoft PLC.

Tujuan sebenar Anwar menimbulkan isu Apco dan Asiasoft adalah untuk menutup pendedahan Zaharin Hashim wakil rakyat bebas daripada Bayan Baru Pulau Pinang yang berkaitan dengan penipuan gerakan 16 September untuk merampas kerajaan sah Malaysia.

Pendedahan Zulkefli Noordin wakil rakyat bebas daripada Kulim- Bandar Bharu, kedah dimana ada pucuk pimpinan PKR yang mengarahkannya mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan wanita mongolia Altanyua Shaaribu.

Selain itu, isu sodomy II Anwar yang akan disambung pada 10 Mei depan juga menghantui penasihat umum PKR itu, kerana itu, Anwar terpaksa menimbulkan berbagai isu baru agar kes sodomy II hilang daripada pandangan rakyat.

Kematian Dr Zainal Abidin Ahmad wakil rakyat P-94 Ulu Selangor pada 25 Mac lalu, juga menganggu konsentarsi Anwar dalam usaha menepis sodomy II.

Para PRK Ulu Selangor, PKR menyandarkan nasibnya kepada calon daripada Kelantan, Zaid Ibrahim untuk mempertahankan kawasan itu.

Read more...

Wednesday, April 7, 2010

Masterskill (M) Sdn Bhd Kolej Yang Melatih Jururawat Disaman Pelajarnya RM 5 Juta Kerana Dirogol

KOTA BAHARU, 7 April — Seorang pelajar perempuan sebuah kolej perubatan swasta hari ini memfailkan saman sebanyak RM5 juta terhadap pengurusan kolejnya itu kerana dakwaan berlaku cuai dalam menjaga keselamatan pelajar sehingga dirinya dirogol.

Peguam plaintif Mohd Zubairi Salleh dan Mohd Rafizi Abdullah memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif menamakan Masterskill (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di alamat G-8, Jalan Kemacahaya 11, Taman Kemacahaya, Batu 9, Cheras, Selangor yang mempunyai kampus cawangannya di sini beralamat di Seksyen 19, Jalan Hamzah sebagai defendan.

Mengikut pernyataan tuntutannya, semasa kejadian plaintif merupakan seorang penuntut tahun pertama Diploma Kejururawatan dan penghuni asrama yang disediakan kolej itu.

Pada 9 Feb lalu kira-kira pukul 8.15 pagi, sewaktu plaintif berada dalam asrama kolej defendan di Tanjung Mas, di sini, plaintif bersama lima rakan sebilik telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dengan cara dipercayai memasuki asrama dan menceroboh masuk bilik mereka.

Lelaki tersebut kemudiannya bertanyakan kepada mereka siapa yang bernama “Serena” di dalam bilik tersebut namun setelah dimaklumkan bahawa tiada perempuan yang bernama “Serena” di kalangan mereka, lelaki itu terus meninggalkan bilik plaintif.

Setelah melihat lelaki itu keluar, plaintif kemudiannya keluar menuju ke bilik air untuk mandi tetapi secara tiba-tiba lelaki tadi menolak pintu bilik air tersebut dan terus meluru masuk ke bilik air itu.

Plaintif cuba untuk menyelamatkan diri tetapi penceroboh itu bertindak mengeluarkan pisau dan mengacu ke arah plaintif menyebabkan plaintif tidak mampu untuk melawan dan kemudiannya berlaku kejadian rogol tersebut dan lelaki itu kemudiannya melarikan diri.

Sehubungan itu plaintif mendakwa kejadian itu berlaku akibat kecuaian langsung defendan atau ejennya yang didapati cuai dalam menjaga keselamatan plaintif sehingga seorang penceroboh boleh memasuki asrama defendan.

Kejadian rogol itu menyebabkan plaintif kehilangan masa depan dan maruah diri kerana sebelum kejadian itu keluarga plaintif telah meletakkan kepercayaan penuh ke atas defendan untuk menjaga keselamatan diri plaintif di asrama dengan andaian bahawa asrama defendan selamat daripada semua aspek keselamatan.

Akibat daripada tindakan kecuaian defendan itu, plaintif sehingga kini masih lagi terkejut dan malu serta mendapati dirinya terus menerus mengalami keaiban, kesusahan dan tekanan hidup.

Kegagalan defendan melaksanakan kewajipan berhati-hati ke atas plaintif, kehidupan plaintif menjadi kelam kabut akibat tafsiran serong rakan-rakan, masyarakat dan sahabat handai.

Kesemua musibah yang menimpa mengakibatkan tekanan perasaan dan trauma yang berpanjangan ke atas diri plaintif.

Biarpun notis tuntutan bertarikh 10 Mac lalu telah dibuat dan dikemukakan plaintif terhadap defendan, namun sehingga kini defendan masih gagal atau cuai untuk menjelaskan tuntutan tersebut.

Atas faktor itu, plaintif menuntut defendan membayar ganti rugi teladan sebanyak RM3 juta, ganti rugi bagi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta, ganti rugi am, kos tindakan dan faedah pada kadar yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah dalam kes itu. — Bernama

Read more...

Monday, April 5, 2010

1Malaysia Difitnah Kerana Pembangkang Sedar Kebaikannya: PM

KUALA LUMPUR 4 April - Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali diciplak daripada konsep One Israel seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar.

"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata demikian dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Bernama TV malam ini sempena ulang tahun pertama beliau memegang jawatan itu.

Wawancara khas bertajuk Setahun di Aras 5: Temu bual Khas Bersama Perdana Menteri dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Zulkefli Salleh dan Pengarang Ekonomi, Mikhail Raj Abdullah.

Mengulas lanjut, Najib berkata, idea gagasan 1Malaysia itu adalah cetusan percambahan fikiran beliau bersama beberapa kumpulan pemikir yang bertujuan mewujudkan wadah baru untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

"Saya bincang dengan beberapa teman saya sebab saya kata amat penting bagi kita untuk membuat suatu usaha baru ke arah perpaduan nasional ini sebagai penyatuan.

"Jadi saya selalu menjemput pelbagai kumpulan untuk mengadakan percambahan fikiran dan apabila saya menggariskan perkara ini, bila kita lakukan brainstorming, percambahan fikiran, timbullah idea gagasan 1Malaysia ini," katanya.

Jelas Perdana Menteri, kemuncak kepada penghayatan gagasan 1Malaysia adalah apabila ia membawa keuntungan strategik kepada rakyat dan negara.

Menurutnya, gagasan 1Malaysia meletakkan kepentingan rakyat di atas segala kepentingan lain dan mengutamakan keberkesanan serta keberhasilan sesuatu program yang dirancang.

Najib berkata, kefahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka.

"Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengakui masih terdapat beberapa halangan kepada kejayaan 1Malaysia yang dicetuskan oleh kumpulan yang memikirkan kepentingan kelompok atau kaum masing-masing tanpa usaha ke arah penyatuan.

"Kita sebagai seorang individu mungkin ada juga perasaan prejudis, rasis dan sebagainya seperti ada peristiwa gereja dibakar dan kepala khinzir dicampak dalam pekarangan masjid dan sebagainya.

"Maknanya ada juga kefahaman yang ekstrem dalam masyarakat kita. Sebab ada kefahaman ekstrem itulah, bererti bahawa kita perlu kepada Gagasan 1Malaysia," katanya.

Read more...

Thursday, April 1, 2010

Saya Melayu Juga Rakyat Malaysia: Muhyiddin

Konsep 1Malaysia bukan menghilangkan kesukuan. Cina adalah cina. Melayu adalah melayu. India adalah india. Iranun adalah iranun.Iban adalah iban. Bajau adalah baju. Dusun adalah dusun demikian juga Kadazan adalah kadazan dan seterus dan seterusnya.

Pembangkang cuba memutar belitkan bahawa konsep 1Malaysia adalah mecinakan india, memelayukan iban, mengindiakan melayu.Konsep 1Malaysia adalah kesamarataan dalam mempertahankan kemeredakaan negara, kesamarataan dalam merebut peluang, kesamarataan dalam dunia pendidikan.

Konsep 1Malaysia tidak sama sekali menghapus kesukuan, agama, adat istiadat dan budaya. melalui 1Malaysia, kebudayaan semua kaum dipertahankan sebagai warna warni rakyat majemuk, di mana selama 50 tahun menjadi ciri khas negara ini.

Usaha pembangkang terutama Lim kit Siang mencabar Timbalan Perdana Menteri untuk mengatakan bahawa mana diutamakan untuk menunjukkan keterangan pribadinya, sudah tentu Muhiyiddin akan mengatakan bahawa dia adalah keturunan melayu dan kemudian warganegara Malaysia. Apa kah lim Kit Siang boleh mengaku bahawa dia keturunan melayu? sudah tentu tidak bukan.

Cabaran Lim Kit Siang adalah bersifat provikasi dan menghina Muhiyiddin, kerana memperlekeh kaum Muhyiddin.

Malaysia adalah negara berbilang kaum. Tidak mungkin kaum-kaum negara ini berasimilasi antara satu sama lain, kerana latar belakang budaya yang berbeza. Yang menyatukan negara ini, adalah pengiktirafan kepada semua kaum serta budayanya. Setiap kaum bebas mengamalkan budaya serta bahasanya, itu lah tunjang utama negara ini.

Sejak meredeka pada tahun 1957, asas utama negara ini adalah tolak ansur antara kaum. Saling hormati menghormati antara kaum, dan dalam perlembagaan, telah tertulis melalui artikel 153, bahawa kaum melayu dan bumiputra adalah penduduk asal negara ini. Dalam artikel itu juga telah diperjelas bahawa semua kaum selain kaum melayu dan bumiputra perlu memahami bahawa negara ini adalah tanah melayu.

Sekirannya apa yang tertuang dalam artikel 153 perlembagaan itu dihayati, maka keharmonian negara tidak akan tergugat. Sayang selama 50 tahun keharmonian negara begitu padu, namun kerana dendam seorang Melayu yang bernama Anwar ibrahim, kerana gagal menjadi Perdana menteri, semua keharmonian itu terjejas. Jika dahulu, tiada manusia di Malaysia yang mempersoalkan hal melayu dan kaum buniputra, namun kini, pendirian Timbalan Perdana Menteripun dipersoal, apa tah lagi rakyat biasa.

Sekiranya pihak kerajaan yang memerintah sekarang, tidak dapat mempertahankan status kaum melayu dan bumiputra, kemungkin status Melayu, akan hilang sepertimana hilangnya Hang Tuah di Bumi Melaka.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP