Wednesday, April 14, 2010

Isu-isu Panas Dalam Negara

Kematian Teoh Beng Hock yang pada satu ketika hangat tahun lalu ekoran dijumpainya mayat mendiang di luar Tinglkat 5 Plaza Masalam Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas sahaja memberi keterangan sebagai saksi utama SPRM yang ada kaitan dengan penyelewengan dana DUN Seri Kembangan Selangor tiba-tiba muncul semula.

Inkues yang ditubuhkan untuk mengetahui punca kemaian Beng Hock akan bersambung pada 20 April ini.

Inkues kematian Beng Hock penuh dengan drama, kerana postmortem terpaksa dijalankan dua kali, kerana pakar pathologi yang dilantik khas oleh keluarga Beng Hock, pakar daripada Thailand dr Pornthip mendakawa bahawa Beng Hock 80% mati dibunuh melalui kaedah cekikan, sebelum dilempar keluar daripada tingkap Tingkat 14 plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor beribu pejabat.

Pakar dari Thailand itu baru-baru ini membayangkan tidak dapat hadir di mahkamah inkues di depan koronor Azmil Mutapaha Abas, kerana kononnya mendapat tekanan daripada kerajaan Malaysia.

Ekoran dakwaan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri mencabar pakar Thailand itu untuk mendedahkan nama individu yang memberi tekanan itu. Malah Nazri mengatakan bahawa pakar Thailand itu adalah PEMBOHONG BESAR dan dakwaannya itu tidak berasas sama sekali.

Menteri dalam negeri Hishammudin dan peguam Negara Ghani Patail terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran Pornthip di Malaysia bukan lah isu, kerana keselamtannya semasa berada dalam negara ini senantiasa terjamin. Ekoran jaminan itu, dr Pornthip telah menyatakan akan memberi keterangan pada 20 April ini apabila inkues kematian Beng Hock di sambung semula.

Isu-isu lain yang beredar dalam negara adalah isu dakwaan Anwar Ibrahim bahawa konsep 1Malaysia adalah sama dengan konsep One-Israel, kerana kononnya konsep itu lahir atas nasihat syarikat juruperunding luar Apco Worldwide. Dakwaan Anwar ini mengundang berbagai pihak terutama pimpinan negara dan wakil-wakil rakyat barisan nasional.

Ekoran dakwaan Anwar ini,malah satu usul dibawa di dewan rakyat untuk menghadapkan Anwar ke Jawatankuasa parlimen. Usul itu akan dibaca pada 22 April ini.

Belum lagi isu Apco selesai, Anwar menambah satu isu lagi, Anwar mendakwa bahawa PDRM malaysia disusupi persisik Israel melalui perlantikan pakar sistem telekomunikasi yang didaftar di Singapura dan beribu pejabat di Tel Aviev Israel, Asiasoft PLC.

Tujuan sebenar Anwar menimbulkan isu Apco dan Asiasoft adalah untuk menutup pendedahan Zaharin Hashim wakil rakyat bebas daripada Bayan Baru Pulau Pinang yang berkaitan dengan penipuan gerakan 16 September untuk merampas kerajaan sah Malaysia.

Pendedahan Zulkefli Noordin wakil rakyat bebas daripada Kulim- Bandar Bharu, kedah dimana ada pucuk pimpinan PKR yang mengarahkannya mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan wanita mongolia Altanyua Shaaribu.

Selain itu, isu sodomy II Anwar yang akan disambung pada 10 Mei depan juga menghantui penasihat umum PKR itu, kerana itu, Anwar terpaksa menimbulkan berbagai isu baru agar kes sodomy II hilang daripada pandangan rakyat.

Kematian Dr Zainal Abidin Ahmad wakil rakyat P-94 Ulu Selangor pada 25 Mac lalu, juga menganggu konsentarsi Anwar dalam usaha menepis sodomy II.

Para PRK Ulu Selangor, PKR menyandarkan nasibnya kepada calon daripada Kelantan, Zaid Ibrahim untuk mempertahankan kawasan itu.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP