Kematian Budak 15 Tahun Aminulrasyid: Pembangkang Menggambarkan Polis Tidak Mampu menjaga ketenteraman awam lagi

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.
Kenyataan itu menyaksikan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan menuntut Azhar menarik semula kenyataannya itu.Azhar enggan berbuat demikian.
Justeru, usul mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kelakukannya itu diluluskan di DUN hari ini.
Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan dan cuba mengapi-apikan niat jahat di kalangan pelbagai kaum di negeri itu.
0 comments:
Post a Comment