Saturday, May 22, 2010

Mana Ulamak Umno? Pemimpin PKR Cari Soal Lesen Judi Sepakbola

Umno-Barisan Nasional mahu menerapkan amalan serta aktiviti judi sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia tanpa menghiraukan kesan ke atas umat Islam dan rakyat negara ini.

Ahli Majlis Pimpinan KEAILAN Pusat, Dr Badrulamin Bahron yang ditemui pada program pidato untuk rakyat di Dewan kampung Belimbing Kuala Selangor menegaskan kejahilan Umno dalam soal agama semakin terserlah sekarang.

"Saya melihat kejahilan Umno dalam soal agama sudah semakin terserlah sekarang daripada hal kes qazaf hingga sekarang pasal kelulusan lesen judi pula, mana ustaz dalam Umno yang selama ini bersuara lantang pasal isu Allah tetapi bila bab lesen judi yang diluluskan oleh ketua mereka tidak ada seorang pun yang bersuara.

"Kita memandang serius kelulusan lesen tersebut kerana ini akan menyebabkan masalah sosial negara ini terus meningkat selain yang paling utama ia bertentangan dengan hukum agama yang mengharamkan judi.

"Umno telah menghalalkan yang haram, ini sudah jelas Allah mengharamkan judi dikalangan umatNya apatah lagi meluluskan lesen tersebut. Kalau begini sikap pemimpin yang tidak kenal halal dan haram, negara ini tidak akan mendapat keberkatan untuk selama-lamanya," tegasnya.

Beliau juga mahukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera kerana rakyat akan terus bangkit untuk menentang sesuatu yang haram tetapi di halalkan Umno.

"Saya mendesak Najib untuk membatalkan terus kelulusan yang telah diberikan itu dengan segera, perasaan seluruh umat Islam dan juga kaum lain perlu dijaga sepenuhnya bukannya menjaga kroni untuk kepentingan sendiri.

"Najib kena ingat rakyat akan terus bangkit untuk mendesak kerajaan batalkan lesen judu tersebut, rakyat tidak mahu negara ini berada dalam keadaan yang tidak mendapat keberkatan.

"Saya juga kesal kerana yang bersuara membantah kelulusan tersebut hanya dari Pakatan Rakyat dan juga rakyat tetapi dari pihak Barisan Nasional mahupun Umno termasuk ustaz mereka tidak bersuara langsung. Najib kena ingat sikap berdiam yang beliau lakukan sekarang akan membuat rakyat menghukum mereka pada pilihan raya nanti," kata beliau ketika ditemui pada majlis penerangan di Dewan Kg Belimbing, Kuala Selangor Khamis lalu.

1 comments:

asemalpg May 22, 2010 at 4:43 PM  

Kerajaan persekutuan hanya mengeluarkan lesen judi sahaja tetapi kerajaan negeri lah yang mengeluarkan lesen untuk tempat-tempat judi. Jika kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran untuk tempat-tempat judi maka walaupun lesen judi dikeluarkan orang ramai tetap tak boleh berjudi sebab tak ada tempat. Jadinya kerajaan PR mestilah menghapuskan semua tempat-tempat perjudian dinegeri yang diperintah oleh mereka barulah apa yang diaorang protes tu relevan jika tidak tak ada gunanya.

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP