Monday, May 10, 2010

MP Kapar Main Sandiwara: The Second Zulkefli Noordin

Tempoh 72 jam yang diberikan MP Kapar kepada Khalid Ibrahim sudah hampir luput, namun tiada tanda-tanda bahawa MP Kapar itu serius mengenai dakwaannya.

72 Jam lalu TV3 sempat menyiarkan rakaman perbualan melalui telepon wakil rakyat itu dan memberikan tempoh 72 jam kepada Khalid untuk menghapuskan rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang menurutnya dilakukan oleh para pegawai atas syarikat kerajaan Selangor itu.

Semenetara itu Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'mengunjungi' ahli parlimen Kapar S Manikavasagam ekoran dakwaannya berhubung penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Dalam kunjungan kira-kira 45 minit pada jam 10.30 pagi tadi di pejabatnya di pekan Kapar, SPRM meminta Manikavasagam memberikan kerjasama dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada mereka.

Manikavasagam ketika dihubungi mengesahkan kunjungan tersebut.

Beliau bagaimanapun mengakui enggan memberikan sebarang kerjasama kepada suruhanjaya itu kerana "tidak percaya kepada SPRM"

Adalah dirasakan MP Kapar ini hanya bermain sandiwara, sama dengan Zulkefli Noordin sebelum dipecat daripada PKR

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP