Friday, February 26, 2010

Stimuli Ekonomi RM 67 Billion, hanya Mampu Memberi 4.5% Kadar Pertumbuhan Negara

Ada yang kata untuk sementara Rakyat Malaysia boleh lah menarik nafas lega dengan ekonomi negara berkembang 4.5 peratus pada suku terakhir tahun lepas selepas mengalami penguncupan selama tiga suku tahunan sebelumnya.

Pertumbuhan sebesar 4.5% ini adalah hasil daripada stimuli ekonomi negara yang berjumlah RM67 billion di mana 113,000 projek telah dan sedang dilaksanakan telahpun membuahkan hasil. Jumlah perbelanjaan negara yang begini besar memberikan pertumbuhan positif di semua sektor ekonomi,kecuali perlombongan.

Tanda-tanda perkembangan positif ini terlihat pada sektor pembinaan, di mana sektor ini berkembang 9.2% dibanding 7.9% tahun sebelumnya.

Pasaran saham menyaksikan peningkatan minat dengan pertambahan jumlah dagangan dan indeks berlegar pada paras 1,270 mata.

Angka yang dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan eksport kembali meningkat selain syarikat asing meninjau penyenaraian di bursa saham.

Pujian harus diberikan kepada kerajaan yang melancarkan dua pakej yang agak pantas sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan buruk ekonomi global yang terjejas daripada masalah kredit Amerika Syarikat.

Secara puratanya, kerajaan menyuntik kira-kira RM1 bilion sebulan ke pasaran sejak Januari 2009.

Faktor-faktor lain ialah peningkatan sentimen dan keyakinan ekonomi.

Awal bulan ini, kilang peleburan aluminium usaha sama Malaysia-China di Sarawak diwujudkan melibatkan pelaburan sebanyak AS$1 bilion, yang jelas mencerminkan keyakinan kuasa besar ekonomi Asia itu sehingga melabur sejumlah yang besar di Malaysia.

Dana portfolio institusi Arab Saudi juga menjalin pakatan dengan pihak di Malaysia untuk melabur dalam ekonomi negara dan negara ketiga, yang memberi petunjuk positif kepada persekitaran pelaburan di Malaysia.

Adalah diharapkan, ini akan menandakan petunjuk seterusnya dalam landasan negara ke arah pemulihan ekonomi yang pantas dan mampan.

Pakej rangsangan negara merangkumi pelbagai ekonomi dan kumpulan sasaran, termasuk pekerja, pengguna, pelabur, perniagaan kecil dan sederhana, pengeksport serta graduan menganggur.

Pendekatan kerajaan itu juga dibentuk untuk mmberi faedah kepada penduduk luar bandar, yang sekali lagi membuktikan bahawa selain menumpukan kepada usaha mengembangkan ekonomi, kerajaan juga tidak melupakan kebajikan rakyat.

Ini kerana, rakyat merupakan sumber bernilai dalam usaha negara untuk keluar daripada kemelesetan dan bergerak ke hadapan tanpa berdepan dengan terlalu banyak masalah.

Bagi tahun ini, pertumbuhan diunjur lebih daripada lima peratus, lebih tinggi berbanding empat peratus yang diunjurkan sebelum ini, ini hasil langkah proaktif yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lawatan Perdana Menteri ke ekonomi utama seperti China, India dan Timur Tengah bagi menarik pelaburan yang amat diperlukan mula menunjukkan hasil setelah pelabur dari negara-negara ini kini memasuki ekonomi tempatan.

Bagaimanapun, setakat mana pemulihan Malaysia juga bergantung kepada keadaan ekonomi serantau dan dunia memandangkan ekonomi luar akan menentukan permintaan bagi eksport negara dan tambahan pula Malaysia merupakan negara yang berorientasikan eksport.

Namun begitu, negara dalam kedudukan yang baik untuk mencapai pertumbuhan purata enam peratus setahun dan mencapai status negara maju menjelang 2020.

Tetapi kini, cabaran sebenar bermula iaitu untuk mengekal dan merangsang pertumbuhan.

Model Ekonomi Baru (MEB) yang dinanti-nantikan dijangka memberi jawapan kepada pendekatan berani yang akan membolehkan Malaysia melonjak menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual melancarkan MEB pada akhir Mac ini.

Adalah diharapkan, ia mempunyai penyelesaian kepada isu yang tiada pengakhirannya, iaitu subsidi dan bagaimana rancangan kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet, yang dijangka susut kepada 5.6 peratus tahun ini daripada 7.4 peratus tahun lepas.

Model ekonomi itu akan mengandungi idea untuk meningkatkan standard ekonomi negara dan membawa Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara pendapatan tinggi.

Satu teras model berkenaan ialah bagaimana meningkatkan produktiviti pekerja dengan usaha mereka melalui inovasi dan kreativiti.

Tetapi selain daripada rangka tindakan ialah kepantasan pelaksanaan MEB yang akan memastikan ekonomi negara bukan hanya kekal pada landasan pertumbuhan tetapi juga dapat mengharungi sebarang badai yang mendatang.

Kebingkasan ekonomi domestik serta sektor kewangan dan korporat yang sihat ditambah dengan MEB akan memastikan Malaysia bersedia untuk meraih peluang apabila ekonomi dunia kembali pulih.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP