Wednesday, February 10, 2010

Kisah Anwar Dan Saiful

Mohd Saiful Bukhari bin Azlan menurut laporan polisnya menyatakan dia telah beberapa kali diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara paksa. Menurut Saiful kejadian terakhir telah berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, Kuala Lumpur.
Anwar IbrahimSusulan daripada laporan polis tersebut Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan media menafikan dakwaan Saiful Bukhari itu. Beliau turut menyatakan bahawa tindakan ini juga ada kaitan dengan bukti yang beliau perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan beliau pada tahun 1998-99.
Anwar Ibrahim kemudian telah mengeluarkan satu lagi kenyataan media dari Kedutaan Turki yang mengesahkan beliau berada di situ. Beliau berada di kedutaan Turki kerana bimbang tentang keselamatan dirinya. Ini berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati beliau tentang terdapat beberapa orang tertentu yang merancang untuk mencederakan beliau, keluarga serta penyokong beliau.

Siapakah Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ini?
Mohd Saiful Bukhari adalah anak kelahiran Johor yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 25 pada 6 Julai ini. Beliau dibesarkan dan bersekolah di Damansara. Beliau adalah bekas penuntut jurusan kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi tetapi tidak menamatkan pengajiannya.
Saiful BukhariMohd Saiful ini disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang. Semasa di UNITEN beliau telah terpilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan memegang jawatan Timbalan Presiden bagi sesi 2006/2007.
Mohd Saiful mula dilihat di kem Parti Keadilan Rakyat semasa bermulanya kempen Pilihan Raya Umum ke 12 pada bulan Mac lalu. Beliau dipercayai dapat mendekati pejabat Anwar Ibrahim melalui rakan sekolah menengah, Rahimi Osman yang memang sudah sedia bertugas di pejabat berkenaan.
Pelbagai cerita dan maklumat mengenai Mohd Saiful ini boleh didapati di internet. Di antaranya di blog Najwan (blog ini sekarang hanya dibuka kepada pembaca jemputan sahaja, walaupun begitu dalam masa yang terhad ini cerita dari blog ini boleh dibaca di Awas! Ada Musang Berbulu Ayam, Awas! Ada Musang Berbulu Ayam(2), Awas! Ada Musang Berbulu Ayam(3) ), Ainis di Saiful Bukhari dan Konspirasi Peringkat Tertinggi?
Mohd Saiful Bukhari telah bertunang pada bulan Mei lalu dan gambar tunang beliau boleh dilihat di blog Rocky’ Bru dengan tajuk Coffee Boy, engaged and in blue. Tunang Saiful, Janna Syariza yang mempunyai blog A Step In My Pink Mary Janes menyatakan memberi sokongan penuh kepada Saiful. Beberapa gambar Saiful boleh juga dilihat di blog Sultanmuzaffar.
Benarkah Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari?
Gambar Mohd Saiful BukhariKebanyakan orang percaya bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah melakukannya tetapi tidak kurang juga mereka yang mempercayainya. Di samping itu ada juga yang menganggap semua ini adalah perancangan Anwar Ibrahim sendiri seperti yang disebut di blog Aizuddindanian bertajuk Anwar is playing you a fool.
Sementara itu mungkin dengan membaca dan melihat apa yang telah dikumpul di blog DarnMalaysia bertajuk Did Anwar Perform Sodomy? Some Video Confessions boleh membantu untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku sekarang.
Bagaimana pula jika semua ini bukannya berpunca daripada Najib maupun Anwar? Ada sekumpulan orang lain yang telah merangka dengan teliti demi kepentingan mereka. Satu penulisan di FutureFastForward dengan tajuk Abdullah Badawi, The Political Chameleon And The Anwar Saga – What Everyone Should Know About The Real Badawi! boleh membuat kita semua berfikir semula tentang apa yang sedang berlaku sekarang.
Ini diperkuatkan lagi dengan teori bahawa usaha memalukan Anwar dah lama di rancang oleh beberapa pihak tertentu.
Dalam perkembangan terbaru Raja Petra di blog beliau Malaysia Today mendakwa terdapat seorang doktor yang telah memeriksa Saiful dan mendapati Saiful tidak pernah diliwat. Doktor ini telah diarah untuk memalsukan laporan dengan menyatakan Saiful pernah diliwat. Cerita lanjut tentang perkara ini boleh dibaca di How, yet again, they are trying to fabricate evidence against Anwar.
Di samping itu Raja Petra juga telah menulis dalam blog beliau bahawa Saiful memang ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tentang isu liwat. Beliau berkata mempunyai saksi dengan rakaman video berkenaan perkara ini, cerita penuhnya boleh dibaca di An evening with an ‘accomplice’.
Walau apapun kebenaran pasti akan terbukti.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP