Wednesday, February 3, 2010

Gara-gara Rapat 1Malaysia Datuk Nasir Safar Terpaksa Letak Jawatan

Terlajak perahu boleh diundur terlajak cakap buruk padanya. Demikianlah bidalan yang menjadi tsunami kepada Datuk Nasir Safar pegawai khas kepada perdana menteri.

Gara-gara semangatnya untuk menjayakan konsep 1Malaysia, dalam ceramah panjang lebarnya melalui seminar RAPAT 1MALAYSIA di Melaka bumi Hang Tuah tersebut, Nasir terpaksa meletakkan jawatan.

Seorang veteran seperti Nasir saya yakin dia tidak bercakap seperti yang digembar gemburkan kini. Saya berpendapat walaupun saya tidak mendengar ceramah tersebut, saya yakin dan percaya bahawa Nasir hanya menguraikan fakta-fakta sejarah.Sejarah kenapa negara ini dihuni oleh rakyat majmuk.

Perlu diingat sebelum kedatangan kaum-kaum cina dan india serta bangsa lain di negara ini, negara ini hanya dihuni oleh kaum melayu dan bumiputra serta orang asli. Samalah dengan negara Amerika, sebelum pendatang datang, negara itu hanya dihuni oleh red indians. Demikian juga Australia, sebelum banduan-banduan Great Britin dikirim ke negara kanggoro itu, penghuninya hanya kaum aborigen.

Salah kah Nasir jika menguraikan bagaimana negara ini di wujudkan pada tahun 1957 kerana kesepekatan kaum tanpa mengambil kira asal unsul mereka. Salah kah Nasir menguraikan fakta bagi mereka yang buta sejarah, bahawa kemajmukan kaum di negara ini kerana kaum cina dan india serta kaum bukan bumiputra lain di datangkan oleh pihak penjajah?

Fakta sejarah adalah fakta sejarah. Tiada siapapun yang boleh memesongkan fakta sejarah.

Janganlah kerana konsep 1Malaysia,maka fakta sejarah negara dihapuskan. Sepatutnya fakta sejarah itu menjadi panduan bagi semua kaum. Atas kerjasama semua kaum baik yang asal mahupun bukan asal menjadikan negara kita itu maju dan makmur.

Atas sebab itulah jika pihak politik mempolitik kan suku kaum, maka begini lah jadinya. Kalau ada satu kaum mahu memperkatakan soal-soal fakta sejarah,maka kaum lain tersinggung.

Fakta sejarah adalah paksi seluruhnya. Tanpa fakta sejarah maka negara akan terumbang ambing tanpa tujuan.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP