Tuesday, February 9, 2010

Zambry Kekal MB Perak

Hakim mahkamah persekutuan yang bersidang hari ini mengekal YAB Datuk Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah dengan keputusan sebulat suara.

Yang Ariff Ariffin Zakaria membacakan keputusan tersebut dimana sebelumnya kes ini didengar di hadapan 5 hakim.

Dengan keputusan ini maka uar-uar Nizar selama ini bahawa keputusan akan berpihak kepadanya semuanya adalah muslihat untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.

Dengan keputusan ini maka usaha Pakatan untuk untuk membubarkan DUN Perak hanya angan-angan yang tidak mungkin jadi kenyataan.

Pakatan akan menanti rebah. Malam isnin lalu Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu melalui temuaramah dengan TV3 ada membayangkan bahawa dalam masa 2-3 minggu ramai pemimpin dan ahli PKR akan keluar daripada parti itu, kerana telah muak dengan karenah para pemimpin parti yang diperkudakan oleh DAP.

Pakatan juga mengalami tamparan hebat apabila pemimpin umum mereka Anwar Ibrahim sedang bergelut dengan Sodomy II.

3 comments:

Unknown February 9, 2010 at 12:03 PM  

Allah tetap memehak kepada yang benar

razak February 9, 2010 at 1:41 PM  

tahniah rakyat perak di bawah pentadbiran bertamaddun bukan halimunan.....tamat lah parlimen bawahpokok pkr aljuburi.

ISAC February 9, 2010 at 8:21 PM  

Sekarang masa bekerja untuk DS Dr. Zambry dan barisan Exconya.

Utamakan rakyaat bukan berpolitik X sudah2 mcm Pakatan....


Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP