Monday, February 15, 2010

Nizar Main "Psywar"

Nizar mendakwa walaupun Zambry tetap sah sebagai MB Perak, namun kedudukan MB Zambry tidak stabil kerana sangat tergantung 3 ADUN Katak.

BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi di dun Perak manakala tiga lagi diduduki oleh tiga wakil 'bebas' berkenaan.

Nizar terpaksa main "psywar" melalui penyerangan kepada 3 ADUN Katak mantan ADUN Pakatan yang menyebabkan kerajaan Nizar tersungkur pada 6 Februari 2009.

Nizar terpaksa menyerang 3 ADUN tersebut agar Zambry menaruh kecurigaan kepada mereka.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mohammad Nizar sebagai berkata Pakatan Rakyat sedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

Nizar dilaporkan berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam semalam juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di Ipoh malam semalam.

Beliau juga berkata: "Kami merayu ADUN pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat."

Mohammad Nizar berkata walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP