Thursday, December 3, 2009

Pendedahan Blog unspinners.blogspot.com: Selangor Bankraf Kerana Air Percuma

Kami The Unspinners telah dedahkan kerajaan Selangor dalam keadaan kewangan terdesak hingga Khalid telah menipu kedudukan sebenar kewangan negeri dengan taktik penipu korporat yang dipanggil roundtrip. Perbelanjaan negeri terbabas hingga perbelanjaan sudah defisit dan 'termakan' rizab negeri.

Dipercayai ide dan bantuan rangkaian dari aktivis komunis-kongsi gelap Ronnie Liu untuk meningkatkan pendatan cukai hiburan bagi menampung masaalah ini.

Itu yang timbul rancangan untuk meningkatkan pendapatan negeri melalui projek zon hiburan 'keluarga' yang tutup sampai pukul 4 pagi (?).

Bujet negeri menjadi sesak kerana janji Manifesto PRU 2008 untuk memberi air percuma untuk sejumlah tertentu. Kerajaan negeri baru sedar Manifesto mereka tidak praktikal dan "Program Air Percuma Untuk Rakyat" kini memakan diri. Rakyat berpendapatn rendah bukan mendapat manafaat dari program ini.

Kerajaan negeri tidak ada bujet untuk program ini yang kos subsidi berjumlah RM134 juta setahun. Tetapi oleh kerana kerajaan tidak dapat ambilalih kembali konsesi air dari SYABAS dalam masa Mac 2009, Kumpulan Darul Ehsan Berhad dipaksa menampung kos ini.

KDEB tidak ada peruntukan dan terpaksa meminjam dari kerajaan negeri. Kewangan negeri menjadi kucar kacir kerana peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta untuk dipinjamkan kepada KDEB.

Sebenarnya air ini tidak memberikan kebaikan kepada keluarga pendapatan rendah seperti yang diwarwarkan. Keluarga sedemikan banyak diam di rumah-rumah pangsa dan masih menggunakan "bulk meter". Golongan berpendapatan rendah tidak merasa subsidi air percuma sebanyak 10 meter padu yang hanya untuk meter individu.

Rakyat kena bohong dengan propaganda air percuma. Yang untung sebenarnya orang berduit dan bukan yang berpendapatan rendah.

1 comments:

hanizam December 3, 2009 at 1:59 PM  

pendedahan yang bagus bro....

paling aku sokong, kenyataan penduduk yang duduk di rumah Flat @ pangsa memang tak dapat rasa air percuma...contoh di Rumah Pangsa Kos Rendah di Damansara Perdana, dari mula rumah tu siap sampai sekarang ni, meter air tetap diuruskan oleh syarikat maintenance..dah le mahal...

kalau ikut meter padu air yang dicas kepada pengguna (rumah sewa aku,contohnya) dengan bacaan meter syabas, sepatutnya dah dapat rasa tarif percuma tu...tapi dek kerana syarikat maintenance yang jaga, purata hampir rm 20 sebulan...bising gak penyewa rumah aku tu, pakai sikit, tapi bayar mahal...aku tahu sebab bil maintenance akan sampai pada aku setiap bulan kat opis aku..

pasal tu syarikat maintenance bagitau aku, banyak penghuni tak bayar bil maintenance sebabnay tarif air mahal...bagi aku, air percuma @ tidak, sama je...akan datang, kalau bil maintenance tertunggak, pemilik rumah gak yang susah...terutama kalau nak dapat status "strata"...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP