Wednesday, November 4, 2009

Nizar News: Najib Beri Jaminan Pesalah PKFZ Tidak Akan Dilindungi

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan menyembunyikan apa-apa fakta dalam siasatan ke atas skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Malah katanya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dipertanggungjawabkan mempengerusi satu mesyuarat jawatankuasa khas semalam untuk mengkaji semua cadangan dan syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Najib berkata demikian sebagai mengulas laporan yang diterbitkan oleh PAC hari ini berhubung siasatannya ke atas skandal PKFZ.

“Tidak ada satu pun dapatan daripada hasil siasatan PAC yang akan kita sembunyikan. Segala-galanya akan kita pertimbangkan mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia,” kata Najib hari ini.

Di dalam laporannya, PAC telah mencadangkan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka OC Phang atas kesalahan pecah amanah.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP