Thursday, November 19, 2009

Nizar :Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan ADUN (DAP) Sri Tanjung Miliki Sijil Anak Negeri

KOTA KINABALU, 19 Nov (Bernama) -- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sekong Datuk Samsudin Yahya bahawa Adun Sri Tanjung Jimmy Wong memiliki Sijil Anak Negeri yang diperoleh secara meragukan.

Menterinya Datuk Hajiji Mohd Noor berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian dan keanggotaannya terdiri daripada agensi yang berkaitan.

"Kementerian saya menganggap pemilikan Sijil Anak Negeri ini sebagai satu perkara atau isu yang serius dan perlu ditangani dan disiasat dengan segera," katanya dalam ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Khamis.

Hajiji berkata kementerian itu juga akan menyiasat tuduhan yang dibangkitkan Adun Sekong bahawa "pagar chain link dan stor konkrit" telah didirikan di kawasan lapang Taman Kafar, Jalan Sin On, Tawau oleh Adun Sri Tanjung.

"Saya mengingatkan dewan yang mulia ini bahawa pencerobohan terhadap kawasan lapang adalah salah dari segi undang-undang. Sekiranya pagar dan stor tersebut telah didirikan di kawasan lapang, maka ia hendaklah dirobohkan," katanya.

Mengenai perumahan, Hajiji berkata sejumlah RM26.4 juta disediakan untuk membina perumahan mampu milik dan program penyewaan rumah untuk golongan yang berpendapatan rendah tahun depan.

-- BERNAMA

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP