Friday, November 13, 2009

Nizar News:Nik Aziz Batal Tunai Haji Kerana Tajaan Dipertikai

KOTA BAHARU, 13 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini Jumaat.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.

3 comments:

ISAC November 13, 2009 at 4:26 PM  

Salam,

Cian pulak kat Tok Guru.

Sebab tu bloh kawan X bagi liputan pasal isu ini

mn November 13, 2009 at 5:17 PM  

Nii kau orang yang sibuk cibuk sangat ni...dah pi haji ka belom...kah kah kah kah

Yang Madey bayar RM1juta untuk bertemu Presiden Bush tu apa cerita.

RM65,000 tu duit individu...nak buat kebaikkan 'haji'. RM1juta tu duit rakyat sekadar nak jumpa Bush?. Mana lebih celaka??

ISAC November 13, 2009 at 6:28 PM  

Salam Sukj,

Islam suruh menjauhi benda2 yang boleh membawa kepada fitnah.

Kawan X salahkan Tok Guru...Tapi yang betul kita kata betul, yang salah tetap salah....

Mamat yang menaja tu, kalau X dapat projek, agak2 dia nak "taja" Tok Guru ke?

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP