Wednesday, November 18, 2009

Nizar News: JASA Basmi Fitnah Guna NGO. NGO Yang Mana??

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan memanfaatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjelaskan pelbagai isu semasa secara tepat supaya masyarakat tidak membuat takfisran yang salah mengenai dasar negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Fuad Hassan berkata bagi melicinkan urusan itu, JASA akan membekalkan segala maklumat mengenai perkembangan terkini kepada NGO untuk disalurkan kepada kumpulan sasaran mereka.

"Kita tidak mahu ada yang terpengaruh dengan fitnah dan tanggapan negatif yang ibawa pihak tertentu.

Orang yang tak ada maklumat tepat akan terpengaruh dengan fitnah," katanya semasa melancarkan sekretariat NGO JASA Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai perlu mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai apa jua isu yang berlaku dalam negara supaya mereka tidak menjadi penyumbang kepada penyebaran fitnah.

JASA turut memberi penjelasan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya ia tidak dipandang negatif dan menganggapnya sebagai konsep yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.

Katanya, pertubuhan-pertubuhan kaum juga perlu memahami konsep sebenar 1Malaysia supaya mereka dapat menyalurkan maklumat yang jelas mengenai konsep yang bertujuan mewujudkan suasana perpaduan kaum yang lebih sempurna.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP