Sunday, November 1, 2009

Nizar News: Hassan Ali Jadi Kambing Hitam Khalid Ibrahim dan Roonie Liu!!

Mesyuarat khas PAS yang telah diadakan semalam terpaksa mengambil 3 keputusan yang dikatakan hanya sepihak.

Pertama:
PAS untuk sementara tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha untuk memantap dan memperkukuh Pakatan Rakyat

Kedua:
Jawatankuasa disiplin parti yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa akan menyiasat PAS Selangor atas semua tuduhan-tuduhan yang membabitkan permasalan PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Ketiga:Satu seminar politik akan
diadakan bagi menggantikan EGM seperti yang disarankan oleh TG Nik Aziz. Ia akan disertai oleh semua perwakilan dari seluruh negara yang dijangka akan diadakan pada 7 November depan. Ia bertujuan bagi mengeratkan hubungan ahli sesama pemimpin PAS serta mendidik semua ahli ke arah memperkukuh Pakatan Rakyat.

Daripada 3 resolusi yang telah dicapai, resolusi yang kedua. Mengapa?? Sebab kebanyakan masalah yang timbul ialah kerana kerja provokasi Roonie Liu terhadap agama islam, yang membuatkan Hassan Ali meminta agar Roonie Liu digugurkan sebagi exco. Hassan Ali bertindak sebagai atas kapasitinya sebagai exco yang mengawal selia agam Islam. Tindkan Roonie melalui isu BEER menyebabkan Hassan Ali naik angin. Namun tindak Hassan Ali ini tidak mendapat pembelaan daripada Nik Aziz, kecuali daripada Hadi Awang.

Persoalannya adalah mengapa baru sekarang keputusan diambil untuk menyiasat semua dakwaan serta pertuduhan ke atas PAS Selangor khususnya Hassan Ali. Yalah… setelah TG Nik Aziz bersuara baru nak bertindak? Apakah pucuk pimpinan PAS tidak peka akan luahan hati akar umbi serta keluhan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat terhadap tindak tanduk PJ PAS Selangor.

Terang lagi bersuluh, apa yang dilakukan oleh Hassan Ali sangat bersesuai dengan perjuangan Pas yang ingin meneggakan syiar Islam. Tindak tanduk Dap dan Khalid Ibrahim yang ada unsur membelakangkan Islam menyebabkan Hassan Ali terus bersuara, apa kah melalui akhbar atau majlis-majlis rasmi kerajaan.

Aha… tau pun yang Satu Malaysia dah tahu masalah yang ditimbulkan Roonie Liu dan Khalid Ibrahim terhadap Hassan Ali. Jadi mengapa tindakan diambil kepada Hassan Ali dan kawan-kawan? Bukankah Jawatankuasa Disiplin PAS ini sudah lama wujud. Kenapa setelah dijolok secara kuat oleh TG Nik Aziz baru nak bertindak?

Ini menunjukkan pucuk pimpinan PAS tidak pandai mengurus masalah sehingga masalah tersebut telah memberi kesan dan persepsi negatif pada imej PAS dan prestasi Pakatan Rakyat terjejas teruk. Rakyat terutama pengikut dan penyokong PAS mempunyai persepsi bahawa apa yang Hassan Ali buat, mendapat restu daripada pucuk pimpinan PAS Pusat. Kata orang Melayu… diam itu tanda setuju.

Umum…, khasnya yang non-muslim, melihat semua ini dengan perasaan jelek dan mula rasa curiga terhadap keikhlasan PAS yang mendokong slogan PAS For All. Apakah PAS masih istiqamah dengan semangat setiakawan dan kerjasama untuk berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan regim UBN. Atau…, itu hanya tinggal omong-omong kosong?

PAS Selangor telah menyusahkan kerajaan Pakatan Rakyat, yang dianggotainya, di negeri sendiri dan PAS Pusat pula, dilihat tidak pandai mengurus dan menangani masalah, hasil kerja tangan orang mereka. Itulah ironiknya, bagaimana PJ PAS Selangor yang menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat boleh bertindak untuk kebaikan Parti dikatakan pemimpin bermasalah oleh Nik Aziz. Nik Aziz seharusnya telah berundur.. kerana keranahnya banyak menimbulkan masalah terhadap gandingan kepimpinan Hadi Awang-Ustaz Nasaharuddin.

Melalui muktamar Pas yang lalu, secara jelas akar umbi Pas mahukan gandingan Hadi-Nasha, dengan menolak pemimpin yang berada dalam kem Nik Aziz.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP