Monday, August 31, 2009

DUN Seputih Kedah diputuskan Esok: Kosong atau Tidak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil. "Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi. Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008. Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah. "Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif (foto) dari BN digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUN tanpa kebenaran Speaker.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan. Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Read more...

sekiranya 16 September jadi?: Tentunya banyak kawasan terpaksa mengadakan piliahanraya kecil

Jika ikut kata Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang mendesak agar ADUn Lunas Mohd Radzhi melepaskan jawatan sebagai ADUN Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.

Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan. "Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya. "Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.

Sekiranya 16 September yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim bahawa pada hari itu akan ramai wakil rakyat BN akan ikut serta Pakatan untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Apa yang akan terjadi? Jika sekiranya rancangan Anwar itu betul-betul terjadi, apa kah istilah yang digunakan kepada wakil rakyat yang menyebarang tersebut?

Pernyataan Gobala ini adalah bercanggah dengan pendirian pemimpin Defacto Pakatan tersebut.


Read more...

Isu Kuil Di Selangor bukan isu agama tapi isu projek

Rakyat kena ingat wakil rakyat banyak pengikut. Kerana itu mereka perlu duit. Cara dapat duit melalui projek lah. Kalau ikut cara Ean Yong Hin Wah dan Ronnie Liu, nanti sprm masuk siasat.

Sekarang mahkamah koroner sibuk dengan inkues kematian Teoh Beng Hock, konon kerana projek dan tuntutan palsu.

Pemindahan kuil yang dibantah, kerana kuil yang dibina berukuruan besar dan dilengkapi dengan prasarana seperti jalan,lampu dan sebagainya, sedangkan kononnya penduduk yang beragama hindu di kawasan tersebut, hanya dalam 40 an orang.

Tujuan sebenar kuil ini bukan bertujuan agama, akan tetapi mencari kawasan yang lebih luas agar bangunan kuil yang dapat dibina lebih besar, ertinya semakin besar bangunan, maka kosnya semakin besar, pun keuntungan semakin besar.

Inilah sebenarnya tujuan pemindahan kuil ini ke seksyen 23 Shah Alam. Kalau tak percaya tanyalah kerajaan Selangor khasnya yang memperjuangkan pembinaan kuli tersebut.

Read more...

Sunday, August 30, 2009

Sidang Dun Perak 2 September: Adun BN Hadir ke?

Kemungkinan ADUN BN tak hadir persidang DUN Perak yang dijadualkan pada 3 September. M Ganesan Speaker yang di lantik BN telah mengeluarkan arahan bahawa surat pekeliling yang ditandatangani Sivakumar tersebut tidak sah.

Melalui perkembangan ini, apa kah sidang DUN akan benar-benar bersidang pada tarikh tersebut. Kalau pun bersidang, hanya ADUN Pakatan sahaja kah yang hadir? Jika demikian sah kah persidangan tersebut, kerana korum 2/3 tidak mencukupi.

Jika benar sidang DUN ini akan diadakan, diadakan di mana? apakah SUK Perak benar ADUN Pakatan menggunakan dewan persidangan digunakan? Jika SUK Perak tidak memberi kebenaran, kemungkianan sidang bawa POKOK KE-2 akan wujud ke?

Sama-sama kita tunggu.

Read more...

Kes Liwat Anwar: Saiful menunggu bulan jatuh ke bumi

Penanguhan demi penanguhan perbicaraan liwat Anwar terhadap Saiful tidak akan kunjung selesai. Saiful akan terus menunggu dan menunggu sehingga bulan jatuh ke bumi.

Anwar mempuyai keistimewaan luarbiasa, kerana mahakamah berada di telunjuknya. Jika Anwar hendakkan penanguhan,pasti akan ditanggukan. 3 September mendengar untuk menghalang barisan pendakawaan mendakwa Anwar, jika ianya diluluskan, maka pihak peguam negara terpaksa mencari barsian pendakwaan yang baru.

Yang menjadi muskil dalam pembicaraan gelombang ke-2 kes liwat Anwar ini, barisan pembelanya telah siap sedia, sekecil manapun loop hole akan dimanafaatkan, agar pembicaraan ini terus tertangguh, kalau boleh hinggalah menjelang PRU-13.

Adalah diperkirakan bahawa perbicaraan kes liwat Anwar ini akan terus berlarutan, sehingga ada kemungkinan ianya digugurkan begitu sahaja. Kemungkinan pengguguran tetap ada, jika AG dan IGP sekarang telah bersara, dan akan tergantikan dengan AG dan IGP yang pro Anwar. Jika itu berlaku, Saiful akan gigit jari, dan akan terus terkenang sumpah laknatnya.

Read more...

Saturday, August 29, 2009

Mampukah Anwar Melakukan liwat??

Terlalu banyak berita mengenai kelakuan meliwat yang dipertuduhkan kepada mantan TPM itu, sehingga tarikh-tarikh dan tempat-tempat tak perlu dipaparkan lagi. Pembaca dah muak dengan berita memuatkan Anwar melakukan liwat.

Mampu kah Anwar melakukan liwat? umur menjelang 60 an biasanya kekuatan atau nafsunya dah terlalu berkurangan. Kekuatan sang senjata pun dah tak seperti umur bawa 50 an. Liwat jubur memerlukan senjata sejati dan kuat serta keras, kalau tidak, tidak mungkin mampu melaksanakan misi yang sukar,sempit dan mudah mengepit.

Senjata yang lemah, kecut, tapi masih boleh memancut, hanya digeser-geser pada tepi-tepi lubang tu, kemudian memancut, walaupun penetrasi belum ada, kerana klimaks keburu sampai. Secara DNA mungkin dapat dikesan, namun mencari penetrasi, sukar untuk merungkainya. Kerana itu, kes liwat Anwar terhadap saiful yang ditangguh beberapa kali, tidak akan dapat membuktikan Anwar meliwat, kerana tanda-tanda di liwat memang tiada, hanya kerja geser-geser sahaja. Moralnya adalah mencuri sebutir telur hukumannya adalah sama dengan mencuri seekor lembu, kerana sama-sama disebut mencuri.

Read more...

Hukuman Rotan kepada Kartika Sari Dewi Shukarno perangkap mahkamah syariah kepada Najib

Telah terbukti bahawa kerajaan tidak mempunyai kepakaran melaksanakan hukuman syariah. Hukuman sebatan kepada model sambilan oleh mahkamah syariah Pahang kepadanya kerana minum arak di khalayak ramai, di terimanya dan maukan pelkasanaan sebatan tersebut di depan orang ramai.

Nasihat Najib agar Kartika Seri Dewi merayu hukuman tersebut tidak disambut baik oleh Kartika, malah pesalah ini sanggup menerima hukuman tersebut.

Kes Kartika ini menjadi isu, kerana media antarabangsa mengutip dan membuat laporan meluas mengenainya.

Adalah dirasakan, bahawa mahkamah syariah Pahang sengaja memutuskan hukuman seumpama ini, agar hakim tersebut dikatakan sebagai orang pertama di negara ini membuat keputusan berlandaskan hukuman hudud.

Keputusan hakim tersebut membuatkan seluruh kehakiman syraiah negara jadi bahan lelecuon, kerana dikabarkan tidak mempunyai kepakaran menjalankan hukuman seperti itu.

Apa kah hukuman ini sengaja memerangkap pentadbiran Najib??

Read more...

Kes Khalwat Norman Hakim-Memey bersambung: Pendakwa ubah jam penangkapan

Pihak pendakwaan kes khalwat pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza meminda pertuduhan terhadap kedua-dua mereka dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Pegawai Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi memohon pindaan tersebut dibuat terhadap masa kejadian iaitu dari pukul 3 pagi kepada antara pukul 1.45 pagi hingga 3 pagi.

“Sebelum sambung bicara dengan keterangan saksi pendakwa, pihak pendakwaan bercadang untuk membuat pindaan terhadap tuduhan. Kami merujuk kepada Seksyen 83 di mana pindaan boleh dibuat oleh pihak pendakwaan.

“Pihak pendakwaan memohon mahkamah memutuskan pindaan tuduhan ini,” kata Muhamad Nazri kepada Hakim Syarie Salehudin Yatim di awal prosiding hari ini.

Seksyen 83 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pindaan yang dipohon oleh pihak pendakwaan.

Peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh, Fakhrul Azman Abu Hassan dalam prosiding sebelum ini mempersoalkan pertuduhan bahawa pasangan Norman-Memey disyaki berkhalwat pada jam 3 pagi.

Fakrul Azman dalam prosing hari ini berkata, walaupun bentuk pindaannya tidak dimaklumkan, pihaknya akur Seksyen 83 tersebut memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pindaan. Hakim Syarie, Salehudin meluluskan permohonan pihak pendakwaan. Ketika pertuduhan yang dipinda itu dibacakan semula, pasangan tersebut mengekalkan pengakuan tidak bersalah mereka. Norman dan Memey mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, antara jam 1.45 pagi hingga 3 pagi, 30 Oktober 2008. Dalam prosiding hari ini, saksi kedua, penguatkuasa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Kyairol Nizam Khiruddin tampil memberi keterangan. MUHAMAD NAZRI: Apakah yang dibuat anda selepas tiba di depan premis suspek? KYAIROL: Saya tekan loceng yang berada di dinding. MUHAMAD NAZRI: Berapa kali? KYAIROL: Banyak kali sampai nak cabut. MUHAMAD NAZRI: Berapa kali? Boleh anggarkan? KYAIROL: Banyak kali sampai nak cabut. Tak boleh nak anggarkan. Lebih kurang 40 minit. Sampai ketuk pintu besi dan tekan loceng. MUHAMAD NAZRI: Selama ketuk, ada dapat kerjasama daripada suspek? KYAIROL: Tidak. MUHAMAD NAZRI: Dari luar, kamu boleh nampak bahagian dalam? KYAIROL: Saya tidak dapat lihat bahagian dalam premis kecuali ruang kecil di bawah pintu. Saya sujud untuk lihat bahagian dalam premis. Saya ternampak macam ada pergerakan kaki di dalamnya. MUHAMAD NAZRI: Adakah orang di dalam boleh nampak di luar? KYAIROL: Boleh. Kyairol memberitahu mahkamah dia terdengar bunyi mencurigakan dari dalam premis seperti besi berlanggar semasa tempoh 40 minit menunggu di luar premis suspek. Pihak pendakwaan juga mengemukakan pelbagai gambar lokasi di premis tersebut sebagai tender. Fakrul Azman mempersoalkan sama ada tender tersebut sah kerana jurugambar dan masa ia diambil belum ditentusahkan. Prosiding kes ini bersambung pada 9 Oktober, 6 November dan 4 Disember depan, pukul 9 pagi. Norman ketika ditemui wartawan di luar mahkamah memberitahu, dia tidak boleh membuat apa-apa komen. “Saya sekadar mengikut prosedur mahkamah dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik. Saya ingin mencari jalan penyelesaian secara damai. Itu yang paling baik,” katanya yang berpakaian kot warna kelabu dan bersongkok. Sementara itu, Memey yang bertudung merah jambu, berbaju hitam dan bersarung berkata, pindaan yang dibuat oleh pihak pendakwaan tidak mengubah pertuduhan yang dihadapinya. Katanya, dia sebenarnya letih menghadapi perbicaraan yang berpanjangan. “Letih dah macam-macam. Selagi tidak selesai, selagi tu lah hati tidak tenteram,” ujar Memey yang akan pulang ke kampung halamannya di Kota Tinggi, Johor untuk berhari raya. Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 33, dan Memey atau nama sebenamya Suhaiza Suhaimi, 21, masing-masing dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di pejabat beralamat di 4-1A Jalan UP1/2 Taman Ukay Perdana, jam 3 pagi pada 30 Oktober 2008. Bagi kesalahan itu, mereka mendakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9 Tahun 1995, bagi Norman Hakim sementara Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995. Jika sabit kesalahan, Memey dan Norman Hakim boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.Kes tertangkapnya Norman dan Memey memyebabkan isteri Norman Abby abadi minta diceraikan. Kini pasangan Norman-Abby telah pun rasmi bercerai dengan talak satu.


Read more...

Bubar DUN pasti jadi isu sidang DUN Perak

Bubar DUN pasti jadi isu sebelum sidang DUN Perak yang akan diadakan pada 2 September ini. Para penyokong Pakatan dan wakil rakyat Pakatan pasti akan memakai lilit kepala BUBAR DUN.

Apa kah Polis akan membenarkan para penyokong pakatan ini mendekati pejabat SUK di mana sidang Dewan di adakan? kita tunggu tarikh tersebut.

Read more...

Kebebasan beragama dipijak oleh segelitir Orang Islam

Rukun negara telah tertulis, melalui sila pertama,kepercyaaan kepada Tuhan. Ertinya setiap rakyat negara ini perlu menghormati sila pertama landasan bernegara kita. Kita bebas menganut agama mana yang kita percaya, walaupun negara ini di istiharkan sebagai negara islam, namun agama lain bebas menganut kepercayaan masing-masing.

Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."Dan surah Al-Kafirun, ayat 6: "Untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku". Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci al-Quran."

"Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar. Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain.

Islam terhina kerana perbuatan sendiri, islam memulakan angkara, semut yang kecil pun akan bertindak balas kalau sarangnya di ganggu. Islam tidak mengajar untuk menhina agama lain, malah inti sari firman Tuhan di atas, islam mengajar kita saling kenal mengenal satu sama lain.

Di Indonesia, sebagai negara berpenduduk islam terbesar di dunia, gereja bersebelahan dengan masjid. Kalau hari jumaat perkarangan gereja dipenuhi kenderaan umat islam, kalau hari ahad atau sabtu, perkarangan masjid dipenuhi kenderaan umat penganut agama kristian, persepahaman terjadi sedemikian rupa.

Malangnya negara kita, segelintir rakyat yang berarak kepala lembu, terlalu menghina, kerana kita tahu bahawa lembu ada bintang yang di hormati orang yang beragama hindu. Bayangkan, jika orang bukan islam berarak dan membakar kita suci orang islam al'quran, apa yang orang islam boleh buat?, kerana orang islam yang memulakan menghina agama orang lain.

Kerajaan seharusnya bertindak kepada segelintir orang-orang ini, kerana perbuatan mereka telah melampau dan bukan mencerminkan agama islam itu sendiri.

Read more...

Friday, August 28, 2009

Sidang DUN Perak 2 September mungkin batal berpunca kepada kekalutan antara Sivakumar dan Datuk M Ganesan.

Sidang DUN Perak yang dijadualkan akan diadakan pada 2 September ini mungkin batal kerana kekalutan antara Sivakumar dan Datuk M. Ganesan.

Nizar Jamluddin bersama ADUN Pakatan yang lain mengitiraf Sivakumar masih speakar DUN Perak, sedangkan Datuk M. Ganesan yang dilantik pada 7 Mei adalah pilihan Mohd Zambry AbdulKadir.

Nizar beranggapan, sidang di bawah pokok yang diadakan adalah sah, kerana itu usul pengantungan Datuk Zambry dan beberapa orang lagi wakil rakyat BN adalah bagi Nizar masih sah.

2 September adalah menguji bagaimana pihak setiausaha Dewan DUN Perak mengendalikan sidang ini, kerana bagi Nizar dan kawan-kawan arahan setiausaha dewan semuanya terbatal, kerana sebelumnya jawatannya telah digantung oleh Sivakumar.

Berjaya kah sidang DUN Perak menurut jadual yang telah diedarkan? Jika berjaya, siapa kah speakar pada hari itu? Jika Datuk M.Ganesan, apakah Nizar dn kawan-kawan akan menghormnatinya, dan begitu juga sebaliknya, jika Sivakumar ada lah pasti Mohd Zambry dan kawan-kawan akan meminta bentara dewan mengusungnya keluar.

Jika perkara ini terjadi, mungkin kah persidangan DUN Perak akan hanya dihadiri oleh wakil rakyat BN dan 3 bebas yang pro BN?

Persidangan DUN Perak 2 September ini menarik untuk diikuti kerana kedua belah pihak masih menanggap masing-masing berkuasa.

Pergaduhan antara wakil rakyat BN dan Pakatan sukar untuk dibendung. Kalau pun berjaya dibendung, sudah tentunya persidangan tidak berjalan dengan lancar, kerana siapa sahaja jadi speaker akan menggantung atau mengusir keluar ahli dewan yang ingkar perintah speaker.

2 September kita akan menyaksikan persidangan DUN yang kecoh dan mungkin lebih teruk di banding persidangan 7 Mei yang lalu?.

Read more...

Sidang Dun Perak 2 September pasti kecoh!!!

Kelompok Nizar tetap menganggap Sivakumar sebagai speaker. Mereka tidak mengiktiraf perlantikan Datuk M Ganesan pada 7 Mei lalu, kerana bagi kelompok Nizar perlantikan itu adalah haram/tidak sah. Bagi kelompok Nizar lagi, 7 mei lalu tiada persidangan DUN, kerana itu 2 september. agenda utama adalah penggantungan Zambry Abdul Kadir.

Jika begini senerio, siapa kata sidang dun Perak 2 September tidak kecoh atau gaduh?

Zambry adalah menteri besar sekarang, dan telah disahkan menurut undang-undang. Apa kah Zambry membiarkan persidangan dun itu di penegrusikan oleh Sivakumar, bukan nya M Ganesan, dan juga sebaliknya bagi Nizar, apa kah sanggup membiarkan persidangan di pengerusikan oleh orang yang tidak diiktirafnya?

2 September pasti kecoh, mungkin lebih hebat di banding 7 Mei... mungkin kah??

Read more...

Thursday, August 27, 2009

Nizar- Zambry 2 September pasti gaduh

Tiada jaminan bahwa Nizar-Zambry tak gaduh 2 September ini. Ingat tak persidangan yang lalu, YB-YB pilihan rakyat naik meja dan kononnya ada yang terkena spray. Yang kena spray tu buat aduan polis pula, entah apa kesudahannya.

Pasti 2 Spetember ramai lah wartawan luar negara ber kumpul di pejabat SUK Perak, buat liputan berita, ke merata dunia, siarkan YB-YB bertelengah satu sama lain.

Isu pasti.. BUBAR DUN PERAK, KALAU GANTLEMEN, bersediakan Zambry sahut cabaran Nizar bubar DUN.

Kalau bubar DUN, pasti Pakatan buat kenduri 7 hari, kerana mereka yakin akan menang besar. keyakinan mereka berasaskan fakta, bahawa 7 PRK, semuanya dimenangi Pakatan.

Apa pun teori, mereka pasti guna kata-kata ROMPAK. Rompak yang datang bergolek pun Rompak, yang paksa pun sama juga Rompak.

Kalau Sultan Perak yang rasmikan persidangan itu, terpaksa mantan ketua hakim negara ini menunggu, redahnya pergaduhan. Speaker yang menggantikan Sivakumar, Ganesan, mampu kah melerai pergaduhan Nizar Zambry?

Sama-sama kita tunggu.

Read more...

Haramkan Arak Dulu baru laksanakan hukum sebatan: Hadi Awang

Setuju benar dengan cadangan Presiden Pas ini haramkan arak dahulu kepada orang islam. Memang arak adalah haram di sisi islam, akan tetapi penjualannya kepada orang islam belum diharamkan.

Pengalaman memberi tahu saya, bahawa arak memang tidak diharamkan dijual kepada orang-orang islam. Coba lawat kelab-kelab golf, kelab-kelab malam atau hotel-hotel, arak secara berleluasa dijual kepada orang-orang islam.

Malah kalau kita meninjau kelab-kelab malam, orang islam yang paling ramai mengkonsumsi arak, apa arak yang tidak berjenama hinggalah kepada arak yang berjenama.

Datuk Hadi tahu apa yang berlaku dalam negara, kerana itu presdien pas ini memberi komen, jangan terburu-buru melaksanakan hukuman sebat kepada pesalah orang islam yang minum arak.

Read more...

Dr Chua Loi Lek ikut jejak Chua Jui Meng Masuk PKR!!

Dr Chua Loi Lek yang dipecat daripada MCA sedikit masa lagi akan mengumumkan akan ikut jejak Chua Jui Meng masuk PKR.

Dengan kemasukan dr Chua, maka melengkapkan kemampuan PKR mempengaruhi kaum cina agar mengundi Pakatan pada pru-13 atau prk yang akan datang. Pemecatan dr Chua adalah petanda bahawa MCA diambang kehancuran, kerana setelah PRU-12 atau PRK-PRK setelah PRU-12, MCA ternyata tidak mampu lagi mempengaruhi pengundi cina mengundi BN.

Kehancuran MCA akan memperburukan lagi usaha BN untuk memperbaiki imej nya yang dianggap buruk oleh sebahagian pengundi Semenanjung.

Setelah PPP bergolak, kini MCA, apa kah akan diikuti oleh gerakan dan kemudian MIC? sama-sama kita tunggu.

Read more...

Wednesday, August 26, 2009

Dr Chua Loi Lek di pecat dari MCA

Sungguh malang bagi Dr Chua, setelah dengan gantlemannya mengaku bahawa beliau lah yang terdapat dalam DVD yang diedarkan tahun 2008, dan kerana itu sanggup letak jawatan sebagai menteri. Pengorbanan Dr Chua ini, disambut dengan baik oleh ahli akar umbi MCA dengan memenangkannya jawatan nombor 2 parti.

Di peringkat akar umbi kepimpinan dr chua sangat diterima, akan tetapi diperingkat kepimpinan terutama presdien parti Ong Tee Kiat, Dr Chua adalah malapetaka baginya, kerana hanya Dr Chua boleh mencabarnya bagi jawatan nombor I parti.

Dr Chua boleh dikatakan pemimpin yang telus, disukai oleh masyarakat, bukan sahaja kaum cina akan tetapi kaum melayu dan india. Dr Chua adalah pemimpin all ground kerana sifatnya yang sample dan mampu membawa diri di semua peringkat.

Sifat pembawaannya yang to the earth ini merupakan kekurangannya dalam berhadapan dengan pemimpin atasan parti MCA,kerana pemimpin seumpama ini, bila-bila masa akan duduk di puncak kepimpinan parti.

Ong Tee Kiat telah berusaha sedaya upaya agar Dr Chua tidak menang kedudukan No.2 Parti, akan tetapi kehendak akar umbi berlainan.

Tuduhan skandal sek Dr Chua ini sebenar telah berlalu, namun kerana tiada lagi kesilapan yang boleh digunakan untuk menjatuhkan Dr Chua, maka lembaga disiplin sudah tentunya arahan Ong Tee Kiat, mempergunakan kes ini untuk memecat Dr Chua.

Read more...

Pakatan Rakyat yakin membentuk kerajaan persekutuan

Naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menzahirkan bahawa Pakatan bersiap sedia mengambil kerajaan persekutuan, jika pilihanraya umum diadakan. Bercakap setelah mengetahui bahawa Pakatan berjaya mempertahankan Permatang Pasir di mana calon Pakatan Salleh Man berjaya mengalahkan Rohaizat Othman, yang dikatakan calon bermasalah.

Memontem kemenangan pakatan ini terserlah, apabila 7 PRK di Semenanjung kesemuanya dimenangi oleh Pakatan.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyangkal, bahawa Pakatan adalah pakatan yang rapuh, sebaliknya LGE berkata, bahawa kemenangan calon Pakatan menunjukan imej Malaysia sebenar dibanding imej BN yang berpaksi kepada imej perkauman yang sempit.

Apakah pengakuan kedua-dua pemimpin pakatan ini untuk sementara mempunyai kebenaran? akan tetapi berasaskan kepada fakta keputusan pilihanraya, pengakuan kedua-dua pemimpinan Pakatan ini mempunyai kebenaran.

Apa kah rakyat akan menyokong kebenaran ini? kemungkinan itu ada, kerana berasaskan memontem, sokongan kepada pakatan senantiasa di atas angin di banding Bn.

Mampukan Bn mempertahankan kerajaan persekutuan? atau kah Ds Najib merupakan PM terakhir Bn? sama-sama kita tunggu Pru atau Prk yang akan datang.

Read more...

Tuesday, August 25, 2009

Usaha BN di Permatang Pasir sia-sia

Kemenagan yang diduga. Nampaknya Bn terlalu sukar mengalahkan Pakatan. Kesemua PRK setelah Pru-12 dimenangi Pakatan, kecuali Batang Ai di Sarawak. Kekalahan Bn pada seluruh PRK menandakan bahawa Bn kehilangan taring. Taring Bn telah rompang, walaupun berbagai asahan telah dibuat, namun usaha tersebut semuanya sia-sia.

Pertanda kah bahawa Bn akan kecundang melalui Pru-13? tinggal 2 tahun lagi, Pru mesti dilaksanakan. Cukup kah masa untuk Bn menarik hati rakyat? atau kah rakyat memang telah membuat keputusan, bahawa kerajaan Bn perlu diganti kalau boleh sepneggal pun telah cukup, seperti dengan kerajaan Kongres di India?

Telah ada pertanda, bahawa teori TRAHMAN, akan wujud di negara ini, di mana huruf N adalah DS Najib? Apa kah TRAHMAN adalah puaka dan menggambarkan pertukaran kerajaan di Malaysia.

Pakatan kali ini adalah Pakatan yang berduit dan kuat, bukan Pakatan sebelum pru-12. Mampukah Bn bersaing? Perubahan apa yang diperlukan oleh Bn? rasanya telah cukup berbagai perubahan telah dilakukan oleh Ds Najib, pun demikian masih tidak cukup menarik hati rakyat.

Nampaknya apapun perubahan yang dilakukan, rakyat yang tidak suka Bn telah membuat keputusan, tidak akan berpaling tadah lagi. Apa yang perlu dilakukan? terpaksalah Bn mengasa otak mula dari sekarang.

Read more...

Bulan Puasa selamatkan Kartika Sari Dewi Shurkarno

Selagi imbas macam nama anak Bung Karno persiden pertama Indonesia hasil perkahwinannya dengan wanita Jepun. Kartika sari adalah model sambilan, yang di hukum sebat dan denda kerana tertangkap minum arak di khayalak ramai di Pahang.
.
Satu penghajaran yang diperoleh oleh Kartika, kerana tertangkap dan di denda, jika tidak tertangkap, ada kemungkinan, prilakunya meminum arak akan terus berjalan. Sama lah kepada mereka-mereka yang masih belum sempat tertangkap, kerana meminum arak kecenderungan ketagihan itu ada.

Kartika sepatutnya berterima kasih kepada majlis agama islam yang mengkapnya dan mendendanya, sebelum perbuatan haram di sisi agama islam ini berterusan.

DS Najib menasihatkanKartika agar membuat rayuan terhadap hukum sebatan, kerana jika hukuman ini dapat dijalankan ianya merupakan hukuman pertama pernah dilaksanakan di Malaysia.

Read more...

Monday, August 24, 2009

Anwar rasuah pengundi Permatang Pasir

Anwar Ibrahim menjanjikan jika Salleh Man Calon Pas menang akan diberikan jawan ketua MAIPP. Anwar mula tunjuk belang bagaimana merasuah pengundi. Semasa PRK Ulu Terangganu sedikit masa dahulu, apabila UBN mengatakan, bahawa Jika Calon Ubn Itu menang, akan mendapat jawatan menteri di kerajaan Pusat. Masa itu, serangan bertubi-tubi kepada kerajaan UBN, kerana kononnya UBN merasuah pengundi. Tetapi kali ini, Anwar pula menawarkan jawatan kepada Salleh Man. Apa kah Salleh Man, tidak layak jadi exco? apa kah jawatan Salleh Man sebagai persuruhjaya Pas negeri hanya layak untuk jawatan MAIPP?

Para pengundi Permatang Pasir, jangan tertipu dengan muslihat Anwar ini, lihat di Kedah, exconya pun keluar, kerana apa? hanya boneka pada kerajaan Pas. Demikian juga akan jadinya pada Salleh Man, akan jadi boneka dan kuda tunggangan Dap.

Read more...

Sunday, August 23, 2009

Rohaizat Othman diberi tempoh hingga malam ini: mengaku atau tidak pernah kahwin dengan Hafizah

Bapa Hafizah memberi tempoh hingga malam ini, mengaku atau tidak, bahawa Rohaizat Othman pernah kahwin dengan dengan anaknya.
.
Satu masalah jika ada unsur bohong! masalah keluarga pun menjadi penghalang berkhidmat pada negara. Ini lah kemuskilan kepada calon Umno ini. Jika dalam PRK ini, calon ini kalah, bukan kerana UMNO ditolak, tetapi tersilap calon.

Read more...

Saturday, August 22, 2009

Rohaizat Othman: Calon silap? Umno

Rohaizat Othman calon Umno bagi kawasan N11 Permatang Pasir, Pulau Pinang, bukan sahaja berhadapan dengan Persuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, Parti Pas, Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat dan para pemimpin pakatan yang lain, akan tetapi MUSUH UTAMAnya sekarang adalah kredibilitinya.
.
Selain itu majlis peguam juga merupakan satu pihak lagi yang membawa kejatuhan Rohaizat, kerana secara terus menerus memberi maklumat tentang salah laku Rohaizat semasa menjadi peguam. Serangan majlis peguam pada PRK ini, telah menjadilan badan tersebut telah mengistiharkan dirinya sebagai pro Pakatan.
.
Selain masalah kredibilti Rohaizat sebagai mantan peguam, pada masa sama Calon Umno ini juga dituduh berbohong kerana menafikan pernah berkahwin pada tahun 2005.
.
Jika Umno melalui PRK Permatang Pasir ini kalah; pertama kerana Dun ini adalah kawasan Pas; kedua, kerana masalah salah/silap pilih calon.

Read more...

Friday, August 21, 2009

Beri Penjelasan kepada 17 perkara pengkhinatan Umno terhadap melayu

Berikut adalah senerai pengkhinatan Umno terhadap kaum melayu, menurut Kamarudin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat.

Para pemimpin Umno perlu menjelaskan secara jelasnya kepada rakyat rungkaian pemimpin Pas ini, agar tidak mengelirukan rakyat terutama rakyat atas pagar.

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Read more...

Thursday, August 20, 2009

Wang palsu beredar di Permatang Pasir

Wang palsu digunakan. Bersama wang palsu disertakan nota undilah BN. Bodoh sangatlah BN jika gunakan taktik ini. Bagi yang ingin menang tidak mungkin perbuatan seumpma ini dilakukan. Kalau ya pun BN bagi wang, tidak mungkin guna wang palsu.

Pas kehabisan taktik, sehingga cara-cara begini pun sanggup dilakukan, seolah-olah BN ingin menipu rakyat.
.
Isu calon Pas mengelapkan wang 600 ribu, membuatkan Mafuz Omar mencabar penulis blog agar tampil ke depan. Biasalah kalau cerita betul pasti bermacam-macam helah dibuat, kalau tak betul cerita ni, tentu Pas tak melenting.
.
Cerita pasal Muhyiddin jual tanah Johor, apa kena megena dengan Permatang Pasir, tengok tu rumah Lim Guan Eng. Lim Guan Eng orang melaka, memerintah kat Penang, apa dah jadi dengan orang penang, tak ada lagi kah yang layak.
.
Kalau kali ini orang-orang permatang pasir undi juga Pas, alamatlah tempat ini LGE terus mundurkan, tengoh wakil rakyat yang meninggal tu, tak dipeduli pun oleh LGE. Entah-entah orang tu sakit jantung kerana pendam rasa. Kepada para penggundi Permatang Pasir, berilah peluang kat BN, kalau BN tak majukan juga kawasan tuan-tuan, esok pru-13 tolak lah balik.

Read more...

Satu Pembelaan terhadap Kastiah Gadam

Dalam blog Dr Mahathir (artikel terkini) mantan perdana menteri ini ada mengakui, walaupun pada ketika itu, beliau mengetahui bahawa Tan Sri Kasitah Gadam tidak mempunyai kesalahan sepertimana pertuduhan di bawah seksyen 417 kanun keseksaan (penipuan) mantan PM itu tidak berusaha untuk menolongnya. Asasnya adalah biarlah pihak pencegah rasuah menjalankan tugasnya tanpa gangguan sesiapa.

Selama lima tahun mantan menteri kanan di bawah kabinet Dr Mahathir tersebut bergelut mempertahankan dirinya. Tan Sri Kasitah Gadam ditangkap pada 12/2/2004, semasa masih berjawatan menteri.

Selama lima tahun, berbagai bukti dikemukakan oleh pihak pendakwa raya untuk mensabitkan Tan Sri Kasitah Gadam, namun pihak keadalian berfikir berlainan. Hakim Soraya Othman membebas Kasitah daripada pertuduhan tanpa memanggilnya membela diri.

Satu persoalan yang timbul, apa kah kejadian ini hanya bertujuan penyiksaan kepada seseorang dari segi emosi dan nama? hanya pejabat peguam negara yang tahu.

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Wajar kah 13 Mei 1969 berulang?

Akhir-akhir ini sifat kebiadapan kaum lain terhadap melayu dan bumiputra semakin ketara. Mereka mempertikaikan agama islam dan kedaulatan raja-raja melayu. Semangat tolak ansur semasa membentuk kemerdekaan daripada British tidak digunapakai lagi.

Terasa sangat bahawa akhir-akhir ini bahawa kaum melayu dan bumiputra bukan penduduk majoriti di negara ini. Kaum lain saban hari mengisi berita-berita baik berita portal maupun media arus perdana.

Kaum melayu dan bumiputra terasa tertutup oleh berita sensasi kaum-kaum ini, seolah-olah merekalah yang sangat perkasa, gagah, sementara itu kaum melayu dan bumiputra seolah-olah telah terbenam auranya.

Kenapa boleh berlaku demikian? apakah pemimpin kaum melayu dan bumiputra telah lemah atau masih dalam mimpi?

Read more...

Tuesday, August 18, 2009

Hati-hati main kayu tiga: asid isteri mudah tertumpah

Bagi lelaki hidung belang, hati-hati main kayu tiga. Silap hari, asid tertumpah di muka. Semalam seorang isteri anggota polis yang bertugas di Nusajaya, Johor telah disembah asid oleh isterinya, kerana polis tersebut didapati dalam keadaan yang memberangsangkan di rumah mereka.
Polis dan kekasihnya mengalami kecederaan kerana sembahan asid tersebut.

Read more...

Monday, August 17, 2009

Teoh Beng Hock kemungkinan dicampak

Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu inkues, bahawa berasaskan maklumat daripada keluarga TBH, Teoh sebelum mati tidak ada masalah psiokologi. Oleh sebab, tiada masalah itu, maka kemungkinan terjun bunuh diri, bukan merupakan punca TBH terjun bangunan SPRM, di T-14 Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai yang lalu.
.
Menurut versi polis, mayat TBH dijumpai kira-kira 1.30 petang pada 16 julai, kemudian mayatnya tiba di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira 21.45 hours tarikh yang sama.
.
Kerja-kerja postmortem dijalankan oleh 2 orang doktor pakar, termasuklah Dr Khairul Azman Ibrahim (51). Melalui postmortem tersebut, didapati bahawa kematian TBH disebabkan 22 kecederaan akibat impak terjatuh dari tempat tinggi.
.
Dalam inkues hari ke-9 hari ini, Dr Khairul ada memberitahu, bahawa beliau diberitahu bahawa pada kira-kira jam 5- 5.30 pagi 16 Julai, TBH didapati mundar mandir di ruang pejabat SPRM di T-14. Apakah dalam masa ini, ada 2 orang lelaki muncul, lalu mencampak TBH ke luar tingkap T-14 dengan cara memegang jaket dan talipinggang mangsa. Dalam masa yang sama, seluar TBH tersangkut. Oleh kerana beban berat badan TBH, seluar mendiang terkoyak, lalu jatuh di luar T-5 Plaza Masalam, Shah Alam.
.
Teori ini perlu dirungkai melalui inkues kematian TBH ini

Read more...

SPRM kecut berdepan Ronnie Liu

Lakonan pembantu Ronnie Liu, Wong Chuan How semasa ditangkap oleh SPRM, mengakibatkan SPRM kecut. Kerana takut nama SPRM terlalu diberitakan melalui blog atau surat khabar, bahawa SPRM ada alat kerajaan, menjadikan SPRM lebih kecut lagi. Isu kematian Teoh Beng Hock selepas siasatan oleh SPRM, menambahkan lagi kekecutan SPRM.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Shukri Abdul, sehingga berani buka mulut, walaupun caranya ini melanggar kod etika penjawat awam. Seharusnya SPRM tetap menjalankan tugas, selagi tugas itu betul menurut ruang lingkup SPRM. Jangan kerana lakonan orang-orang politik, sehingga SPRM merasa kecut.

Read more...

Sunday, August 16, 2009

Bukti-bukti Anwar pengkhianat Bangsa

Berikut adalah satu analsis yang telah dibuat untuk tatapan anda bagi membuktikan yang Anuwar Al Juburi Wal Liwati ini adalah seorang Pengkhianat bangsa dan agama!
1. Berusaha Memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pinda Kontrak Sosial

A.kritikan bahawa tindakan afirmatif untuk membantu orang Melayu melalui DEB sebagai satu dasar yang sudah lapuk.

Anwar Ibrahim ketika berucap di Singapura pada 20 Mei 2008 mengatakan:
.
Young Malaysians are now open to more multi-racial socio-economic policies as opposed to race-based ones. The general consensus is that affirmative action should be given to the poor and the marginalised regardless of race or religion. Notions of social dominance and racial superiority find no resonance among the people except for those diehards still bigoted over ancient and archaic forms of political ideology.
.
B.Cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ingin memansuhkan DEB.Dasar itu merupakan sebahagian daripada kontrak sosial yang telah diterima secara implicit dalam Perkara 153 Perlembagaan.Istilah ultravires yang menyatakan jika peruntukan undang- undang kerajaan negeri bercanggah dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, maka ia tidak boleh dilaksanakan.Ini ialah sebahagian daripada kontrak sosial yang telah diterima dalam usaha mencapai kemerdekaan negara.
.
2. Menderhaka kepada Sultan/ RajaA. Menyokong Nizar mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam melantik menteri besar yang baru berlandaskan majoriti.
.
3. Isu penyisihan Melayu di Selangor untuk usaha meraih undi kaum lainA.Melaksanakan sistem tender terbuka kepada orang bukan Melayu.B.Penghadkan penglibatan syarikat-syarikat bumiputera.C.Memberi kepercayaan orang bukan Melayu untuk menguruskan hal pentadbiran.D.Melantik orang bukan Melayu menguasai jawatan exco lebih kanan berbanding orang Melayu.E.Luluskan peruntukan pembinaan gereja dan kuil sama seperti masjid.
.
4. Sokong penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)A.Anwar menyokong forum memeluk Islam diadakan bermakna Anwar menyokong IFC.B.Ulama penyokong Anwar semua adalah penyokong IFCSheikh Tahir Jabir Alwani tu bukan Ulama, dia bekerja di Amerika, di Amerika pakai Tie dan kot, Tahir Jabir ne kawan baik Anwar dalam pertubuhan IIIT ( 1981 ). Tahir Jabir ne bekerja rapat dengan Universiti Kristian Terbesar Amerika iaitu Washington Teoligical Consortium ( WTC ).Mereka inilah pendokong utama IFC yang membawa Slogan Islam Sama Taraf dengan Agama Lain.C.Semasa Anwar Ibrahim diwawancara oleh majalah Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007, beliau secara tegas mengatakan hanya dengan IFC (Interfaith Council) dapat mewujudkan keharmonian antara agama.
.
5. Menolak sistem Mahkamah Syariah.A. Tonton video : http://www.youtube.com/watch?v=rLZPyHJxh_Q
.
B. Wakil Persekutuan Kristian Malaysia mengunjungi Rumah Terbuka Anwar sempena hari raya aidilfitri.Anwar telah berjanji empat perkara.
.
1.Walaupun beliau beragama Islam, tetapi pegangan Islam beliau bukan penghalang kepada pembelaannya untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang bebas dan demokratik serta berpegang teguh kepada Perlembagaan Merdeka.
.
2. Akan menjadi 'orang tengah' untuk menuetralkan sekularisma yang didukung oleh Democratic Action Party(DAP) dengan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Manakala dasar PKR secara tegas menolak Negara Islam.
.
3.Sekiranya PR membentuk kerajaan, penganut Kristian Malaysia boleh dibenarkan menggunakan perkataan 'Allah' kerana rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi.
.
4.Mahkamah Syariah hanya terhad kepada muslim sahaja khusus dalam Undang-undang Keluarga Islam dan pewarisan tetapi Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas masyarakat bukan Islam.
.
6. Menolak Ketuanan Melayu/Islam dan digantikan Ketuanan Rakyat
.
1.Ketuanan Rakyat’ ialah perjuangan memartabatkan keseluruhan rakyat Malaysia dan bukan setakat orang Melayu, sebagaimana menjadi teras perjuangan UMNO, yang begitu ditolak Bukan Melayu.Definisi Ketuanan Melayu yang diperjuangkan UMNO selama ini, bukan sahaja menentukan kepentingan dan martabat orang Melayu sentiasa terbela, malah kedudukan adat resam dan ugama Islam dipertahankan. Adat resam dan ugama Islam merupakan peruntukan mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diberikan kepada Raja Raja.Ketua Pembangkang tanpa parti Anwar cuba meleraikan identiti dan jatidiri orang Melayu itu dan memperkenalkan perjuangan yang bersifat populist, yang ternyata mendapat sokongan majoriti Bukan Melayu.
.
2. Mengasaskan Yayasan Masa Depan – Foundation for the Future- yang telah dibentuk akhir tahun lalu atas inisiatif Menteri-Menteri Luar Negara Arab, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat telah mengadakan mesyuarat pertama di Doha, Qatar semalam (15 Julai 06).Anggota pengasas terdiri dari Anwar Ibrahim (Malaysia), Bakhtiar Amin (Iraq) dan Rahmah Bourqiah (Maghreb) telah bersidang bersama ahli Yayasan baru termasuk Ibrahim Kalin (Turki), Andre Cerra (Sepanyol), Hakim Sandra Oconnor (Amerika Syarikat), Naguib Swari (Mesir), Kamel Maher (Jordan), Juhainah (Qatar).-
.
Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk menjana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi.Timbul persoalan yayasan ini inginkan demokrasi sepenuhnya dijalankan di negara-negara dunia,maknanya tiada kerajaan beraja dan monarki.Tidak cukupkah ini sebagai bukti untuk menyatakan si ANWAR AL JUBURI itu adalah Pengkhianat Bangsa?

Read more...

Ramai bukan islam mahu jadi calon pas: suatu gimik politik bukan melayu

PAS merancang mengemukakan lebih ramai calon bukan Islam, khususnya anggota Kelab Penyokong PAS (KPP), dalam pilihanraya umum akan datang - perkembangan yang akan membuka dampak menarik di kalangan pengundi pelbagai kaum di negara ini.Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, dengan pendekatan baru ini, dipercayai ramai bukan Islam akan bertanding atas tiket parti itu.
.
Akhbar rasmi PAS Harakahdaily melaporkan, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara dan parti itu juga sedang menyemak perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.
.
Berucap ketika di seminar membahas ucapan dasar presiden parti peringkat Pulau Pinang hari ini, Mustafa berkata pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan bertubi-tubi daripada bukan Islam.
.
"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli KPP yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ia masih dalam perancangan, namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan," beliau dipetik berkata ketika membentangkan kertas kerja 'Islam Pemimpin Perubahan' di Butterworth. Tahun lalu, seorang ahli KPP ingin bertanding atas tiket PAS di Johor tetapi gagal, sebaliknya setelah perundingan, anggota itu dibenarkan menggunakan lambang PKR.
.
Permintaan bukan Islam untuk menjadi calon PAS, kata Mustafa lagi, menunjukkan sokongan mereka terhadap parti itu ekoran rasa tidak percaya terhadap Umno dan BN. Bekas pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS itu juga dilaporkan berkata, melihatkan senario sedemkian, parti itu amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imejnya menjelang pilihan raya umum ke-13. "PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan," tegasnya di depan kira-kira 100 peserta. Majlis itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir
.
Ulasan
.
Bukan islam tak akan menang di kawasan islam tanpa sokongan islam. Selagi Pas dan Umno bertembong, sekali itu lah kaum bukan islam akan memperkuda kaum islam. Kerana sesama islam bertembong dan bergaduh, maka sekali itu lah kaum bukan islam berpesta. Bila kah pesta bukan islam ini berakhir? jawabnya apabila kaum islam tidak akan berbuat apa-apa lagi.

Read more...

Saturday, August 15, 2009

Kesihan Orang Gila terpaksa ditembak mati

Seorang pesakit jiwa yang baru 4 hari dari rumah sakit psaikteri di Melaka, terpaksa ditembak mati oleh polis, kerana memandu kereta polis tanpa kebenaran. Sebelum mangsa ditembak mati, ayahnya telah memanggil polis, kerana simati brgaduh dengan ibunya yang telah lanjut usia.

Drama penembakan Fahrulizan Muhammad berlaku pada pukul 6.25 petang di rumah awam Payah Rumut, Masjid Tanah, Melaka. Penembakan Fahrulizan terpaksa dilakukan oleh polis, kerana si mati menyerang polis dengan menggunakan parang.

Ulasan

Namanya juga orang gila! kenapa tidak tembak di bahagian kaki? Sudah tiba masanya pihak polis dilengkapkan dan diajar cara-cara mengatasi orang gila, selain menggunakan senjata yang boleh membunuh, buatlah cara lain seperti penggunaan pelali untuk melumpukan orang seperti ini. Pada binatang buas, pihak perhilitan boleh menggunakan pelali, kenapa pada manusia, perlu senajata hidup? murah kah nyawa manusia di banding binatang!

Read more...

Mask: Orang Kampung Tidak Mampu Beli

enteri Kesihatan berulang kali mengatakan bahawa rakyat supaya jangan panik mengenai serangan virus AH1N1. Namun angka kematian terus meningkat. Alasan yang diberi, mereka yang mati kerana lambat berubat dan lambat dikesan.
.
Namun yang menjadi masalah sekarang adalah harga mask telah naik, jika pada permulaan jangkitan virus ini, harga sekeping mask seperti tissu, hanya 20 sen sekeping, sekarang telah naik kepada 50 sen.
.
Serangan virus ini, selain mendatangkn keuntungan kepada farmasi dan penjual mask, akan tetapi orang kampung terdedah kepada jangkitan ini, kerana ramai yang tidak mampu membei mask.
.
Sebaiknya kerajaan bertindak pantas untuk memberi mask secara besar-besaran kepada penduduk kampung, kerana rakyat ini tidak ada pilihan lain, membeli mask kah atau membeli makanan.

Read more...

Friday, August 14, 2009

Sindrom memberi Salah tak beri salah

Keputusan Pru-12 telah mengwujudkan sindrom kepada UBN terutama para pemimpin Umno, memberi salah tak beri salah. Parti komponen BN terutama MCA, MIC dan gerakan,mula lantang kerana melihat keputusan PRU-12, bahawa kekuatan Umno hampir tergugat.

Ekoran suara lantang tersebut, pemimpin Umno agak gelabah, sehingga membuat tindakan-tindakan yang codong kepada kaum cina dan India.

GLC terutama yang ada kaitan dengan pemilikan ekuiti yang ditadbir urus oleh PNB misalnya, buat pertama kali mengkhususkan bahagian untuk kaum india. DEB misalnya tidak diteruskan walaupun, tujuan pengwujudan dasar ini tidak mencapai sasaran.

Meliberalisasi 27 sektor yang ada kaitan dengan kaum bumiputera dan melayu misalnya dilaksanakan, kerana semata-mata untuk menarik hati kaum cina dan india.

Orang cina dan india telah lantang terutama mengenai dasar yang sebelumnya telah disepakti, misalnya soal agama islam dan kedudukan raja-raja melayu.

Persoalan sebenar mengenai perkara ini adalah, kenapa pemimpin melayu terutama yang ada dalam Umno terlalu takut dengan keadaan ini. Bukan kah Umno dan parti-parti bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak masih lagi merupakan tunggak utama. Kalau lah seluruh kawasan-kawasan melayu dan bumiputera digabung, tanpa bantuan kaum cina dan india pun, pemerintahan negara ini tetap dipegang oleh melayu atau bumiputera.

Melihat kedudukan kawasan-kawasan parlimen di seluruh negara, masih terdapat 138 kawasan yang diwakili kaum melayu/bumiputera dalam genggaman umno dan parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak.

Pimpinan melayu/bumiputera sekarang kena ingat,jangan terjadi menyusukan kera di hutan sedangkan anak di pangkuan dibiarkan kelaparan. Tumpuhkan perhatian yang tidak berbelah bagi kepada 138 kawasan ini, lupakan kawasan-kawasan bandar, kerana kawasan-kawasan bandar ini disalutkan emas intan berlianpun tidak akan menyokong umno dan parti bumiputera.

Read more...

Thursday, August 13, 2009

Ong Tee Keat buka pekong di dada kerana membuat laporan polis

Datuk KS Tiong kata buat apa minta maaf pada Ong Tee Keat. Memang benar bahawa duit 10 juta diberikan kepadanya kerana untuk tujuan pulihkan MCA.

Isu lain terbongkar, bahawa Ong Tee Keat dilabel Fly for free minister kerana telah 4 kali menggunakan jet pada bulan february dan mac tahun ini tanpa membayar satu sen pun.

Dengan laporan polis ini, mengingatkan saya kepada larangan Tun dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim pada suatu masa dahulu, mengenai tuduhan liwatnya. Disebabkan Anwar membuat laporan polis, maka polis terpaksa siasat, apabila disiasat, Anwar menyalah gunakan kuasanya, agar siastan yang ada kaitan dengannya diketepikan. Akhirnya Anwar didapati salah, kerana itu dan seterusnya dipenjarakan.

Apa kah laporan polis oleh Ong Tee Keat ini senerionya akan sama? sama-sama kita tunggu perjalanan kes ini. Diharapkan pihak polis mempercepat siasatan ini, agar kebenaran diketahui dengan cepat oleh rakyat.

Read more...

Anwar Musuh No 1 pemimpin UMNO

Anwar jadi musuh no.1 pemimpin Umno atas sebab berikut:-

Anwar mahu menjadi perdana menteri. Anwar mesti menghancurkan Umno terutama para pemimpinnya untuk merealisasikan tujuan tersebut.

Anwar ada lah pemimpin pertama produk UBN yang mampu mengangguguat UBN itu sendiri. Perjuangan Anwar mengalahkan UBN bermula tahun 1998, apabila reformasi muncul akbiat pemecatannya daripada kerajaan dan Umno.

Telah 3 kali PRU, namun Anwar belum mampu menjadi perdana menteri, walaupun melalui PRU-12, kuasa 2/3 kerajaan pusat hancur, dan seterusnya parti pimpinan Anwar menawan 5 negeri di Semenanjung. Kekuatan parti pimpinan Anwar terserlah, apabila melalui PRK seluruhnya dimenangi parti pimpinan Anwar, kecuali di Batang Ai, Sarawak.

Pemimpin Umno telah melihat bahawa jika Anwar masih memimpin Pakatan, maka ada kemungkian kuasa yang ada akan bertukar arah melalui PRU-13, kerana itu, pada masa kini, semua usaha digerakan apakah menentang parti pimpinan Anwar, tetapi juga serangan berbentuk pribadi.

Anwar dikatakan pengkhianat bangsa, kes Anwar yang lalu terutama hubungan sulitnya dengan istri Azmin Ali, Shamsidar Taharin, diungkit semula, dengan tulisan-tulisan seolah-olah kejadian itu betul.

Kes hubungan Anwar dengan Shamsidar Taharin telah disebut dengan meluas melalui buku yang khas ditulis, mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. Anwar menang saman terhadap penulis tersebut,kerana semua paparan dalam buku itu adalah fitnah. (Penulis buku tersebut telahpun pergi buat selama-lamanya).

Kini Anwar menghadapi kes liwat Saiful, dimana perbicaraan di mahakamah secara terus menerus melalui penangguhan. Berbagai sebab dibuat apakah bagi pihak pendakwa maupun Anwar, agar kes tersebut terus tertunda.

Bagi pemimpin Umno, tiada cara untuk mengalahkan Anwar, kecuali menyerang kredibiliti pribadinya, kerana dari segi perancangan politik, seluruh pemimpin Umno sekarang, pernah berkerja dan pernah menyokong Anwar secara padu suatu masa dahulu.

Anwar tahu, setakat mana kemampuan para pemimpin Umno sekarang, kerana itu, Ds Najib dan TS Muhyiddin begitu gusar menghadapi Anwar, apa tah lagi PRU-13 hanya 2 tahun lagi.

Berjayakah pembunuhan karakter sepertimana yang diwar-warkan oleh para pemimpin Umno pada masa ini, mengekang gerak Anwar ataukah boleh meneturalisasi trend sokongan rakyat kepada parti pimpinan Anwar, hanya rakyat yang boleh menentukan pada PRU-13.

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Kurantin Nik Aziz, kerana lebih bahaya daripada H1N1

DAP Boleh hina islam, kerana DAP bukan islam, demikian kata Nik Aziz. Terlalu rendah sudah martabat Tok Guru Pas ini, demi kuasa sanggup menggadaikan agamanya. Kiasan ini hampir sama dengan OIC. OIC mengutuk Isreal kerana membunuh penduduk islam palestin. Apa kah bahalolnya negara-negara OIC ini yang tiada kait mengait dengan Palestin, tetapi membela negara tersebut dari kekejaman Isreal.

Kalau ikut apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, bahawa DAP boleh menghina islam, kerana DAP bukan islam, apa bezanya membunuh penduduk islam palestin oleh Isreal? kerana Isreal itu bukan islam, tetapi yahudi.

Pendekatan Pas bagi memahamkan islam kepada rakan-rakannya adalah dengan cara meghina, mencaci hampun islam, kerana menurut Nik Aziz, demikian yang betul menurut ajaran islam pahaman Pas.

Nik Aziz terlalu jauh terpesong, sudah tiba masanya mengkurantin Tok Guru Pas ini, kerana selagi masih terlepas juak-juak Dap akan merasa terbela.

Read more...

Ikut Peti Undi: Pendekatan baru UBN??

Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil AbdulMajid berkata, kali ini UBN akan menggunakan pedekatan baru yakni berdasarkan peti undi yang dimenangi, bagi maksud memajukan kawasan tersebut.
.
Pendekatan ini perlu diambilkira oleh pucuk pimpinan, kerana kedengarannya sangat logik, dibanding pendekatan kuno yang dipraktekkan sekarang. Pendekatan berasaskan peti undi yang dimenangi adalah lebih praktikal, kerana tidak seharusnya menghukum para penggundi yang memilih UBN pada sesuatu PRU atau PRK semata-mata kerana kawasan tersebut UBN kalah.

Saya kagum dengan cadangan ketua Umno ini,kerana dengan cara ini sahaja untuk membalas budi kepada mereka yang memilih UBN.

Read more...

Lagi kes berprofil tinggi bebas rasuah

Tan Sri Kastah Gadam Bersalaman dengan Tun Dr Mahathir

Tan Sri Kasitah Gadam (61) mantan menteri persekutuan dibebaskan daripada tujuan rasuah. Pada 12/2/2004 ditangkap oleh BPR semasa lagi menjawat jawatan menteri, kerana dituduh rasuah menyalah gunakan kedudukannya sebagai pengerusi Sabah Land and Development Board yang membabitkan 16.8 juta saham.


Sebelum ini, mahkamah Kota Kinabalu telah membebaskan Datuk Ramli Yusof, mantan ketua pengarah komersil bukit aman, kerana tuduhan salah guna kuasa.

Read more...

Kes H1N1:Kementerian Kesihatan lambat keluarkan panduan

Telah banyak sekolah di tutup, universiti dan kes rakyat yang diserang H1N1 telah mencecah 2,253 mangsa dengan kematian hingga kini berjumlah 38 orang. Namun kementerian kesihatan belum lagi mampu mengeluarkan garis panduan.
.
Di TV Ketua pengarah Kesihatan dan menterinya ada boleh bercakap mengenai cara-cara mencegah serangan H1N1 secara umum, namun garis panduan sebenar belum dikeluarkan.
.
Apa kah apabila tiba masanya serangan ini menjadi wabak, baru dikeluarkan garis panduan? Para doktor lupa ilmu mereka, bawa mencegah itu lebih baik daripada mengobati.

Read more...

Tuesday, August 11, 2009

Kematian Teoh Beng Hock berpunca dari jatuh: Pakar pathologi

Pemeriksaan pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan Raimah, Klang pada 17 Julai lalu ke atas mayat mendiang Teoh Beng Hock didapati berpunca daripada jatuh. Dr Khairul Azman Ibrahim berkata, semasa menjalankan pemeriksaan menyeluruh pada mayat TBH, didapati bahawa kecederaan merupakan punca utama kematian mendiang.
.
Bukti-bukti kematian tersebut berpunca daripada jatuhnya mendiang di tempat tinggi kerana didapati tulang-tulang kakinya berselerakan dibahagian kanan stokin mendiang.

Read more...

TS Muhyiddin beri amaran

TS Muhyiddin kata adalah menjadi tanggungjawab beliau menentang habis-habisan pihak-pihak yang sanggup mengkhinati bangsa sendiri semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

TPM itu selanjutnya berkata bahawa beliau tidak akan berhenti mengingatkan kaum melayu dalam tempoh satu dua tahun ini bahawa bahaya bakal dihadapi kerana adanya orang melayu yang gemar memutarbelitkan fakta yang sudah tentunya disukai dan digemari bukan melayu yang berkenpentingan.

TS Muhyiddin mengajak kaum melayu menentang pihak-pihak yang menjadi pengkhianat dan penderhaka bangsa ini.

Read more...

Monday, August 10, 2009

Benarkah Umno makin Rimas?

Gelagat Umno kini seolah-olah makin rimas. Terlalu banyak kaedah berupa teori diutarakan. Bermula dengan 3 budaya yang konon hendak diamalkan. Ditambah dengan tokok tambah mengenai kenyataan Jeff Ooi Ahli parlimen Jelutong Pulau Pinang. Dalam isu Jeff Ooi ini seolah-olah JIM itu adalah Ngo di bawah Umno, kerana Jeff Ooi menuduh JIM adalah persatuan ekstrimis, sedangkan JIM itu tidak mewakili islam itu sendiri.
.
Sokongan kepada GMI baru-baru ini, ternampak sangat, bahawa semua usaha yang dilaungkan agar rakyat jangan ikut demo GMI, tetapi Kuala Lumpur hampir lumpuh pada 1 Ogos yang lalu. Menteri wilayah persekutuan, memberi estimasi, bahawa kerugian mencecah 200 juta ringgit.
.
Apa kah trend PRU-12 dan PRK-PRK yang lalu dan memontemnya akan berterusan bahawa rakyat inginkan perubahan, yakni menggantikan kerajaan UBN kepada kerajaan Pakatan?. Apa kah semua tindakan UBN melalui DS Najib dengan slogan baru 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan akan rakyat hargai? Dalam tempoh 2 tahun, apa kah slogan ini memberi kesan yang ketera, sehingga rakyat akan terpesona semula kepada UBN?
.
Slogan tidak akan dapat mengatasi persepsi. Persepsi bahawa kerajaan UBN adalah kerajaan pilih kasih, hanya mengutamakan jaringan dan jalinan masih lagi sangat ketera. Projek-projek yang diumumkan melalui suntikan mengatasi kelembaban ekonomi, hingga kini tidak terasapun tirisan atau titisan kepada akar umbi, terutama kawasan-kawasan marjinal.
.
DS Najib dan TS Muhiyiddin berbuih mulut mereka dalam mengumumkan tindakan-tindakan yang perlu diambil, perlu dijalankan, perlu dilaksanakan, namun para pelakasana begitu lembab, masih berada pada budaya lama, masih terikat dengan karenah-karenah birokarsi yang sekarang di tambah dengan berbagai peraturan untuk menampakan ketelusan. Dengan bertambahnya karenah-karenah birokarsi, pelaksanaan bukan dapat dipercepat, malah jalinan itu semakin panjang dan rumit.
.
Agensi-agnesi di bawah kementerian penerangan dan komunikasi bla-bla, yakni JASA, para pegawainya seperti raja,mereka minta dihormat seperti VVIP, apa tah lagi para pegawai kerajaan yang berstatus pension, dimana mereka tahu, parti mana sahaja yang memerintah, jawatan dan kedudukan mereka tetap terjamin.
.
Ambil contoh sahaja para pegawai yang berada di bawah kementerian pelajaran atau EPU, mereka ini terlalu sukar didekati, apa tah lagi mendekati rakyat jelata? Jika kerajaan sekarang ini jatuh, ini bermakna seluruh sistem yang ada merupakan penyumbang kepada kejatuhan tersebut.
.
Apapun orang politik buat, jika kakitangan kerajaan tidak mengimbanginya, pasti kerajaan itu akan timpang. Berjayakah DS Najib dan TS Muhiyiddin menghidu fenomena ini sebelum meminta perkenaan DYMM Yang Diperatuan Agong untuk membubarkan parlimen bagi memberi ruang kepada PRU-13? Sama-sama kita tunggu

Read more...

Kesan yang dipercayai darah ternyata: Anti rust

Govind Singh Deo berkata bahawa kesan yang dipercayai darah, ternyata hanya anti rust. Walau bagaimanapun, Govind berpuashati dengan tindakan forensik dan jabatan kimia yang memeriksa kesan tersebut.
.
Dengan tidak ditemukan klu, maka merungkai kematian mendiang TBH semakin misteri lagi.

Read more...

Inkuies kematian Teoh Beng Hock ditundah ke Esok Hari

Koronor Azmil m Abas membenarkan permohoan Govind Singh Deo agar supaya kesan darah sepanjang 2 kaki yang dijumpai di bahagian tangga dari T-14 ke T-15 diambil oleh pihak jabatan kimia untuk dianalisis. Esok akan diketahui, kesan darah tersebut apakah darah manusia atau bukan. Jika darah manusia, apa kah sepadan dengan darah TBH. Esok permasalahan kesan darah ini akan terungkai.

Read more...

Sunday, August 9, 2009

Wong Chuan How: Runner Ronnie Liu ke mana?


Runner Ronnie Liu yang didakwa T4tbh.blogspot.com yang diberikan 83 projek di Sungai Pelek yang berjumlah ratusan ribu ringgit, telah tidak dapat dikesan. Runner Ronnie Liu yang dimaksudkan adalah Wong Chuan How. Ke mana kah Chuan How, apa kah dia sekarang sedang makan angin dan akan kembali kalau kes siasatan SPRM ditutup, kerana tiada bukti-bukti untuk di bawa ke mahkamah.
.
Kenapa kah mereka yang dipercayaai ada kaitan dengan kongsi gelap terlalu susah dicari, apa kah sistem risikan polis tidak ampuh mengesan jalinan kongsi gelap di negara kita ini? Ada lah tugas PDRM untuk up grade sistem risikan agar supaya there is no stone left unturn dalam memperangi kongsi gelap.

Read more...

PM kata: 3 Budaya untuk menjamin kelangsungan kuasa

Semasa berucap di mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pekan yang bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah semalam, DS Najib menggariskan 3 budaya untuk mempertahankan kuasa pemerintah. 3 budaya tersebut adalah: MENDENGAR SUARA RAKYAT, BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT.

DS Najib meningatkan bahawa segala-galanya tidak kekal abadi melainkan anggota parti paham bahwa untuk menentukan kelangsungan kuasa bererti semua lapisan anggota parti mesti berkerja, berkhidmat dan mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Garis panduan DS Najib ini patut dijaidkan pautan oleh semua ahli parti umumnya dan pemimpin parti khasnya. Mula sekarang, setiap ahli parti mesti bertanya pada diri sendiri, apakah 3 perkara yang digariskan telah tertanam dalam asas perjuangan setiap ahli parti? Kalau belum,seharusnya bermulalah, seolah tiada esok bagi mu.

Garis panduan yang diutarakan oleh PM ini, telah kena pada masanya,kerana pada masa ini, sangat terasa, bahawa ahli parti terutama para pemimpin seolah telah kehilangan arah. Suntikan ilmu baru ini diharapkan,ahli parti dan para pemimpin dapat bermuhasabah diri demi matalamat yang telah digariskan oleh presiden parti itu.

Read more...

Saturday, August 8, 2009

Tunang Teoh Beng Hock tidak wajar nama anaknya diletakkan atas nama Teoh!

Soh sen Wah tunang Teoh Beng Hock tidak wajar meletakan nama anaknya atas nama Teoh!. Sebagai seorang pendidik, sepatutnya Soh memberi contoh yang baik, bahawa mengandung atas nama zina tidak diterima oleh semua agama.

Jika kabinet Malaysia membenarkan anak Soh itu dinamakan atas nama tunangnya tersebut, ini menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia merestui hubungan zina!. Apa kah kerajaan ingin menanggung implikasi dan akibat jika membenarkan desakan para pembangkang ini? Adalah diramalkan, jika kabinet Malaysia membenarkan permohonan ini, secara terus terang saya katakan, ini akan menjadi senjata makan tuan. Pihak pembangkang terutama PAS, akan mengambil kesempatan dan memutar belitkan apa sahaja niat kerajaan, demi politik dengan bersandarkan kepada agama.

Kabinet Malaysia, jangan lah takut sangat kepada isu yang berkait dengan kaum cina, kerana panduan kita ada lah perlembagaan dan undang-undang. Jika perlembagaan dan undang-undang boleh mendapat sokongan daripada rakyat lebih se tengah abad, kenapa takut dengan riak kecil hasil pru-12? Jangan korban kehendak majoriti, kerana menarik yang minoriti.

Apa pun tindakan kerajaan yang condong kepada kaum pendesak ini, adalah dipastikan tidak akan memberi undi kepada kerajaan, sekali ada juak-juak yang mereka boleh bergayut. Ibarat kata pepatah, tiada guna menabur garam di laut, tiada guna menyiram air di daun keladi, semuanya tidak bererti.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP