Teoh Beng Hock kemungkinan dicampak

Menurut versi polis, mayat TBH dijumpai kira-kira 1.30 petang pada 16 julai, kemudian mayatnya tiba di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira 21.45 hours tarikh yang sama.
.Kerja-kerja postmortem dijalankan oleh 2 orang doktor pakar, termasuklah Dr Khairul Azman Ibrahim (51). Melalui postmortem tersebut, didapati bahawa kematian TBH disebabkan 22 kecederaan akibat impak terjatuh dari tempat tinggi.
. Dalam inkues hari ke-9 hari ini, Dr Khairul ada memberitahu, bahawa beliau diberitahu bahawa pada kira-kira jam 5- 5.30 pagi 16 Julai, TBH didapati mundar mandir di ruang pejabat SPRM di T-14. Apakah dalam masa ini, ada 2 orang lelaki muncul, lalu mencampak TBH ke luar tingkap T-14 dengan cara memegang jaket dan talipinggang mangsa. Dalam masa yang sama, seluar TBH tersangkut. Oleh kerana beban berat badan TBH, seluar mendiang terkoyak, lalu jatuh di luar T-5 Plaza Masalam, Shah Alam.
. Teori ini perlu dirungkai melalui inkues kematian TBH ini
0 comments:
Post a Comment