Adrenaline test: Apa kah mampu merungkai punca kematian mendiang Teoh Beng Hock

.
Kenapakah peguam ini lebih menumpukan kepada sesuatu yang belum dibuat, kenapa tidak menumpukan kepada penemuan yang telah ada? Adrenaline test hanya mengetahui kadar stress dalam muscle seseorang, kalau kadarnya tinggi, maka dikatakan orang dalam keadaan stress, yang boleh juga dikategorikan merasa takut.
.Sekiranya adrenaline test dijalankan dan jika didapati bahawa kadar adrenaline dalam tubuh TBH tinggi, maka mungkin kerana terasa amat takut, maka TBH terjun melalui tingkap SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam. Persoalannya, bagaimana DNA 2 lelaki misteri berada pada jaket dan tali pinggang TBH?. Teorinya sekarang, walaupun adrenaline test dijalankan, ianya tidak dapat merungkai punca kematian TBH, paksi kepada punca kematian adalah pada 2 DNA lelaki misteri tersebut.
0 comments:
Post a Comment