Saturday, August 8, 2009

Kenapa Agama Islam dihina?

Ronnie Liu exco Selangor dan Jeff Ooi ahli Parlimen Jelutong Pulau Pinang dipertikaikan kenapa tidak ditangkap kerana dikatakan menghina islam.
.
Kita lupa bahawa kedua-dua manusia ini adalah bukan islam, siapa cakap orang yang bukan islam tidak menghina islam. Kalau bukan islam tidak menghina islam, sudah tentu mereka tidak consume makanan atau minuman yang haram di sisi islam. Sudah tentu pelacuran, kelab-kelab malam adalah maksiat di sisi islam,kenapa mereka merupakan biang kerok kepada semua ini? Jadi sebenarnya isu menghina islam tidak timbul, kepada orang-orang seperti Ronnie Liu dan Jeff Ooi. Cuma sebelum ini mereka tidak bercakap secara terang-terangan.
.
Sebagai umat islam, sudah tentu kita tidak akan dihina jika kita kuat, jika kita ikut panduan islam yang sebenar. Di sebabkan ada di kalangan islam, yang bersengkokol dengan bukan islam untuk menghina islam, maka bukan islam pun mempunyai ruang untuk menghina islam. Kita sebagai umat islam, terpaksa menelannya sahaja semua karenah bukan islam ini, kerana kita sendiri tidak dapat meneggakkan islam itu sendiri.
.
Kenyataan Jeff Ooi mengenai JIM (jemaah islamiah Malaysia) yang dikatakan paksi kepada pengganas, sudah tentunya MP Jelotung ini mempunyai sebab-sebab tertentu, di mana JIM terpaksa jelaskan dan terangkan. JIM tidak menwakili umat islam Malaysia atau agama islam itu sendiri. JIM hanyalah satu pertubuhan yang bersifat NGO yang mengatas namakan islam. Sebagai contoh Jemaah Islam (JI) yang dikaitan dengan kegiatan jenayah terancang, apa kerana namanya, maka NGO ini mewakili islam? sudah tentunya tidak. Apa kah kerajaan islam yang memerangi JI adalah penghina islam? sudah tentunya tidak.
.
Dalam menghadapi isu Jeff Ooi ini, kita mesti bersifat terbuka dan telus, kerana kita sendiri pun tidak jelas apa kah aktiviti dan matalamat JIM itu sendiri. Jadi, membuat permintaan agar Jeff Ooi ditangkap kerana dikatakan menghina islam, sepatutnya jangan diterima bulat-bulat, kita mesti mengkajinya dengan telus.
.
Kita bertindak mesti berpaksi kepada bukti-bukti yang jelas dan bukti-bukti tersebut mesti dipercayaai betul dan benar bercanggah dengan ajaran islam itu sendiri.

1 comments:

Ajin b. Gagah August 8, 2009 at 3:29 PM  

Salam Sdra,
Thanks kerana menjemput saya untuk memberi komen.

Setelah membaca artikel ini, saya tidak buat banyak ulasan kerana isu saya, sdra sendiri telah pun huraikan. Ia itu, sebelum bertindak, perlu banyak kan kajian terpenci mengenai kes yang berhubung kait dengan kata-kata Yb Jeff Oii dan Yb Ronnie liu.

Setahu saya kedua-dua Ybs ini ada lah golongan yang pakar dalam pengetahun; sosial, budaya, undang2 dan alam sekitar di Malaysia ini.

terutama sekali Yb Jeff Oii, saya selalu mengikuti perkembangan politik beliau melalui blog dan interview di TV.
beliau ini sangat tegas, simple, patriotik dan berpengetahuan.

So jangan sembarangan tangkap menangkap mereka ini. kerana kalau silap hari bulan, parah jadi nya.

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP