Thursday, August 27, 2009

Haramkan Arak Dulu baru laksanakan hukum sebatan: Hadi Awang

Setuju benar dengan cadangan Presiden Pas ini haramkan arak dahulu kepada orang islam. Memang arak adalah haram di sisi islam, akan tetapi penjualannya kepada orang islam belum diharamkan.

Pengalaman memberi tahu saya, bahawa arak memang tidak diharamkan dijual kepada orang-orang islam. Coba lawat kelab-kelab golf, kelab-kelab malam atau hotel-hotel, arak secara berleluasa dijual kepada orang-orang islam.

Malah kalau kita meninjau kelab-kelab malam, orang islam yang paling ramai mengkonsumsi arak, apa arak yang tidak berjenama hinggalah kepada arak yang berjenama.

Datuk Hadi tahu apa yang berlaku dalam negara, kerana itu presdien pas ini memberi komen, jangan terburu-buru melaksanakan hukuman sebat kepada pesalah orang islam yang minum arak.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP