Friday, August 7, 2009

PDRM dan MBPJ jalankan operasi menurunkan pelekat Ah Long

Pelekat Ah Long telah menjadi masalah sekarang. PDRM dan MBPJ semalam berganding bahu membuat operasi menurunkan pelekat Ah Long. Tindakan ini susulan arahan MDN Dato Seri Hisahmudin dalam rangka memerangi kegiatan ah long.
.
Masalah pelekat ah long bukan sahaja ada di jajahan MBPJ tetapi telah merebak di seluruh negara, baik di bandar-bandar besar maupun kecil tetapi juga di pekan-pekan. Malah pada masa ini di setiap lorong perumahan yang berada dalam kawasan majlis perbandaran telah terdapat pelekat ah long yang dilekat di papan-papan penunjuk arah.
.
Saban hari, terdapat macai-macai ah long berkeliharan di tempat-tempat letak kereta dengan call card masing-masing dan di sisipkan di bahagian cermin sebelah kanan pemanduan.
.
Masalah ah long ini tidak akan selesai jika peraturan perbankan di negara ini tidak customer friendily, ertinya proses memohon pinjaman dipermudah.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP