Tunang Teoh Beng Hock tidak wajar nama anaknya diletakkan atas nama Teoh!
Soh sen Wah tunang Teoh Beng Hock tidak wajar meletakan nama anaknya atas nama Teoh!. Sebagai seorang pendidik, sepatutnya Soh memberi contoh yang baik, bahawa mengandung atas nama zina tidak diterima oleh semua agama.
Jika kabinet Malaysia membenarkan anak Soh itu dinamakan atas nama tunangnya tersebut, ini menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia merestui hubungan zina!. Apa kah kerajaan ingin menanggung implikasi dan akibat jika membenarkan desakan para pembangkang ini? Adalah diramalkan, jika kabinet Malaysia membenarkan permohonan ini, secara terus terang saya katakan, ini akan menjadi senjata makan tuan. Pihak pembangkang terutama PAS, akan mengambil kesempatan dan memutar belitkan apa sahaja niat kerajaan, demi politik dengan bersandarkan kepada agama.
Kabinet Malaysia, jangan lah takut sangat kepada isu yang berkait dengan kaum cina, kerana panduan kita ada lah perlembagaan dan undang-undang. Jika perlembagaan dan undang-undang boleh mendapat sokongan daripada rakyat lebih se tengah abad, kenapa takut dengan riak kecil hasil pru-12? Jangan korban kehendak majoriti, kerana menarik yang minoriti.
Apa pun tindakan kerajaan yang condong kepada kaum pendesak ini, adalah dipastikan tidak akan memberi undi kepada kerajaan, sekali ada juak-juak yang mereka boleh bergayut. Ibarat kata pepatah, tiada guna menabur garam di laut, tiada guna menyiram air di daun keladi, semuanya tidak bererti.
3 comments:
Baiq pi lah dia. Yang kau kecoh buat apa. Pergi main kat tepi perigi... Memalukan Sabahan saja.
Salam pAGARI..
BARUKU KAPELENGGAN ADEN AH BLOGKAH PEN AH SATEMAN...MUNUT AKU..
ma kasi den. pun aden a idea pun satiman ban de thun
Post a Comment