Thursday, August 13, 2009

Anwar Musuh No 1 pemimpin UMNO

Anwar jadi musuh no.1 pemimpin Umno atas sebab berikut:-

Anwar mahu menjadi perdana menteri. Anwar mesti menghancurkan Umno terutama para pemimpinnya untuk merealisasikan tujuan tersebut.

Anwar ada lah pemimpin pertama produk UBN yang mampu mengangguguat UBN itu sendiri. Perjuangan Anwar mengalahkan UBN bermula tahun 1998, apabila reformasi muncul akbiat pemecatannya daripada kerajaan dan Umno.

Telah 3 kali PRU, namun Anwar belum mampu menjadi perdana menteri, walaupun melalui PRU-12, kuasa 2/3 kerajaan pusat hancur, dan seterusnya parti pimpinan Anwar menawan 5 negeri di Semenanjung. Kekuatan parti pimpinan Anwar terserlah, apabila melalui PRK seluruhnya dimenangi parti pimpinan Anwar, kecuali di Batang Ai, Sarawak.

Pemimpin Umno telah melihat bahawa jika Anwar masih memimpin Pakatan, maka ada kemungkian kuasa yang ada akan bertukar arah melalui PRU-13, kerana itu, pada masa kini, semua usaha digerakan apakah menentang parti pimpinan Anwar, tetapi juga serangan berbentuk pribadi.

Anwar dikatakan pengkhianat bangsa, kes Anwar yang lalu terutama hubungan sulitnya dengan istri Azmin Ali, Shamsidar Taharin, diungkit semula, dengan tulisan-tulisan seolah-olah kejadian itu betul.

Kes hubungan Anwar dengan Shamsidar Taharin telah disebut dengan meluas melalui buku yang khas ditulis, mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. Anwar menang saman terhadap penulis tersebut,kerana semua paparan dalam buku itu adalah fitnah. (Penulis buku tersebut telahpun pergi buat selama-lamanya).

Kini Anwar menghadapi kes liwat Saiful, dimana perbicaraan di mahakamah secara terus menerus melalui penangguhan. Berbagai sebab dibuat apakah bagi pihak pendakwa maupun Anwar, agar kes tersebut terus tertunda.

Bagi pemimpin Umno, tiada cara untuk mengalahkan Anwar, kecuali menyerang kredibiliti pribadinya, kerana dari segi perancangan politik, seluruh pemimpin Umno sekarang, pernah berkerja dan pernah menyokong Anwar secara padu suatu masa dahulu.

Anwar tahu, setakat mana kemampuan para pemimpin Umno sekarang, kerana itu, Ds Najib dan TS Muhyiddin begitu gusar menghadapi Anwar, apa tah lagi PRU-13 hanya 2 tahun lagi.

Berjayakah pembunuhan karakter sepertimana yang diwar-warkan oleh para pemimpin Umno pada masa ini, mengekang gerak Anwar ataukah boleh meneturalisasi trend sokongan rakyat kepada parti pimpinan Anwar, hanya rakyat yang boleh menentukan pada PRU-13.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP