Thursday, August 20, 2009

Satu Pembelaan terhadap Kastiah Gadam

Dalam blog Dr Mahathir (artikel terkini) mantan perdana menteri ini ada mengakui, walaupun pada ketika itu, beliau mengetahui bahawa Tan Sri Kasitah Gadam tidak mempunyai kesalahan sepertimana pertuduhan di bawah seksyen 417 kanun keseksaan (penipuan) mantan PM itu tidak berusaha untuk menolongnya. Asasnya adalah biarlah pihak pencegah rasuah menjalankan tugasnya tanpa gangguan sesiapa.

Selama lima tahun mantan menteri kanan di bawah kabinet Dr Mahathir tersebut bergelut mempertahankan dirinya. Tan Sri Kasitah Gadam ditangkap pada 12/2/2004, semasa masih berjawatan menteri.

Selama lima tahun, berbagai bukti dikemukakan oleh pihak pendakwa raya untuk mensabitkan Tan Sri Kasitah Gadam, namun pihak keadalian berfikir berlainan. Hakim Soraya Othman membebas Kasitah daripada pertuduhan tanpa memanggilnya membela diri.

Satu persoalan yang timbul, apa kah kejadian ini hanya bertujuan penyiksaan kepada seseorang dari segi emosi dan nama? hanya pejabat peguam negara yang tahu.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP