Wednesday, March 31, 2010

Kit Siang Berniat Jahat: Kata Muhyiddin

-->

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lim Kit Siang berniat jahat kerana mencabarnya meletak jawatan jika gagal mengakui beliau "Malaysian first, Malay second".

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden UMNO, berkata Penasihat DAP itu hanya mahu menjejaskan hubungannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kit Siang ada niat jahat sebab beliau sendiri tak sokong 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini pada Rabu.

Lim, yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur, hari ini mencabar Muhyiddin meletakkan jawatannya jika Timbalan Perdana Menteri itu gagal mengakui beliau "Malaysian first, Malay second" yang tidak selari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan jahat Lim bertujuan untuk menyerang gagasan 1Malaysia yang disokong oleh rakyat tetapi tidak disokong oleh pemimpin DAP itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penjelasannya dalam Dewan Rakyat mengenai 1Malaysia sebelum ini adalah apabila seseorang pemimpin bercakap mengenai kaumnya, itu tidak bermakna mereka tidak menyokong gagasan itu.

"Tidak salah bagi mana-mana pemimpin untuk berjuang untuk kepentingan kaum dia. Takkan Kit Siang kata (beliau) tak berjuang (untuk) kaum Cina. Kita berjuang untuk semua.

"Tak bermakna kata nak tolong Melayu, orang Cina tak tolong. Kit Siang sendiri tak sokong 1Malaysia, dia kata dia Middle Malaysia. Kalau nak guna dia punya benchmark (ukuran), pada saya tak betul," katanya.

Muhyiddin mempersoalkan cabaran Lim kerana Penasihat DAP itu sendiri tidak menyokong gagasan 1Malaysia malah DAP dianggap sebagai parti cauvinis didominasi satu kaum sahaja.

"Semua kaum ada dalam BN, mana ada semua kaum dalam DAP," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga mencabar Lim membuktikan bahawa dasar Middle Malaysia yang dicanang DAP disokong semua parti dalam pakatan pembangkang.

"Saya takkan termakan (tuntutan)...Kit Siang boleh sebut seribu kali (cabaran itu). Saya seorang Melayu tetapi sebagai seorang Melayu tidak bererti kita bukannya seorang rakyat Malaysia. Saya rasa Kit Siang tidak akan faham," kata Muhyiddin.

Ketika diberitahu oleh pemberita bahawa Lim mengakui beliau "Malaysian first, Chinese second", Muhyiddin berkata semua orang boleh bercakap apa sahaja tapi yang penting adalah pendirian individu berkenaan.

Mengenai calon Barisan Nasional untuk bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, beliau berkata perkara itu akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian pada Jumaat ini.

Kerusi itu kosong setelah penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat meninggal dunia akibat kanser otak pada 25 Mac lepas. BERNAMA

Read more...

Tuesday, March 30, 2010

Sidang DUN Perak Speaker Menyamar Akan Kecoh Lagi Ke?


Sidang DUN Perak ada ura-ura speaker menyamar dan mantan MB Nizar Jamaludiin akan buat kecoh. Ura-ura ini bersandarkan kepada permintaan Pakatan agar supaya Sultan Perak tidak memperkenankan sidang Dun tajaan BN itu.

Dalam gesaan yang dibuat oleh Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham jika Tuanku Sultan memperkenankan sidang tersebut, Ngeh berkata mereka tidak mengiktiraf R. Ganesan sebagai spekaer. Bagi DAP jika Datuk R Ganesan diiktiraf sebagai speaker Perak yang sah, perkara itu akan menggugat sistem raja berpelembagaan di negara ini.

Beliau mendakwa, Ganesan dilantik sebagai 'speaker' oleh ADUN BN dalam sidang DUN pada 7 Mei lalu ketika Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah belum merasmikan sidang.

Katanya, Ganesan dilantik ketika sesi pagi iaitu kira-kira jam 10.30 pagi sedangkan Raja Nazrin merasmikan sidang DUN kira-kira jam 3 petang.

"Jika Sultan Perak mengiktiraf Ganesan, kepercayaan rakyat terhadap institusi beraja akan merosot.

"BN juga sudah memulakan tradisi bahawa perasmian sidang DUN oleh Sultan atau Raja Muda tidak diperlukan kerana speaker boleh dilantik sebelum sesi bermula," katanya pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

Ngeh yang juga timbalan setiausaha agung DAP juga mempertikaikan sesi pagi yang dipengerusikan oleh adun Jelapang, Hee Yit Foong ketika proses pelantikan Ganesan.

Ini kerana Hee tidak dibenarkan memasuki sidang DUN kerana sudah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Hee, bekas wakil rakyat DAP dan dua lagi adun bebas tidak dibenarkan memasuki sidang DUN ketika itu kerana speaker yang disingkirkan V Sivakumar mendakwa mereka sudah meletak jawatan berikutan tindakan ketiga-tiganya keluar parti masing-masing.

Dua lagi wakil rakyat bebas itu adalah adun Behrang, Jamaludin Mohd Radhi dan adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Tindakan ketiga-tiga adun yang berpaling tadah itu membolehkan BN menubuhkan kerajaan Perak pada 6 Februari tahun lalu.

Ngeh tidak menafikan jika sidang DUN Perak pada hari ini kekecohan tidak akan berlaku.

Read more...

Monday, March 29, 2010

Selepas Bagan Pinang Kini Ulu Selangor: 1Malaysia Versus Middle Malaysia

Setelah Bagan Pinang, kini Ulu Selangor menjadi medan pertembungan antara 1Malaysia konsep Najib dan BN melawan Middle Malaysia konsep Lim Guan Eng dan Pakatan.

Jika melalui pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang, Umno-Bn menang besar melalui calonnya Isa Samad. Walaupun Isa sebelum dicalonkan mewakili BN bagi PRK tersebut, terlalu ramai pemimpin UBN termasuk mantan perdana menteri Tun Mahathir tidak merestui pencalonan Isa, kerana dikatakan Isa adalah pemimpin yang mempunyai PEKONG.

Walaupun berbagai tohmahan terhadap Isa, namun bahagian Umno Teluk Kemang, di mana Isa adalah ketuanya, tidak berganjak, malah kalau calon lain diketengahkan bagi PRK Bagan Pinang, maka mereka akan melakukan boikot.

Kebenaran daripada bahagian Umno teluk Kemang ini memang benar, apabila keputusan PRK Bagan Pinang (oktober 2009) diumumkan, Isa bukan sahaja menang, akan tetapi memperoleh rekod tersendiri, yakni rekod mojiriti yang belum pernah dicapai oleh mana-mana calon UBN sebelum ini. Dalam keputusan tersebut Isa mendapat undi 8,013 berbading lawannya daripada Pas yang mendapat 2,578, Isa mendapat majoriti 5,435 undi.

Kemenangan UBN melalui PRK Bagan Pinang merupakan pengubat kepada kekalahan berturut-turut UBN kepada Pakatan (7-0) sebelum itu.

Melalui kemenangan Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang, ramai para pemimpin UBN termasuk Najib memperakui, bahawa konsep 1Malaysia mula diterima oleh rakyat. Untuk rekod, jumlah pemilih Bagan Pinang adalah seramai 13,664 dengan pecahan 62.77% melayu, 10.96% cina, 20.74% india dan 5.54% kaum lain.

Namun baru kali ini melalui PRK Ulu Selangor akan teruji semula konsep 1Malaysia. Untuk rekod, para PRU-12 lalu, parlimen Ulu Selangor dimenangi oleh calon PKR Datuk Zainal Abidin Ahmad dengan mengalahkan Timbalan Presiden MIC G. Palanivel dengan kelebihan undi hanya 198. Untuk rekod juga semua ADUN Ulu Selangor dimenangi oleh UBN (2 Umno dan 1MCA).

Kawasan Parlimen Ulu Selangor mempunyai pengundi berdaftar seramai 63,593 orang dengan pecahan 53.9% melayu, 26.7% cina, 19% india dan 0.4% kaum lain.

Melihat kepada taburan pengundi ini, tidak jauh bezanya dengan DUN Bagan Pinang, Teluk Kemang Negeri Sembilan. Persamaanya selain kedua-dua kawasan tersebut kosong kerana penyandangnya meninggal dunia. Persamaan kedua, adalah kedua-dua kawasan tersebut adalah majoriti melayu.

Berasaskan trend pengundian di Bagan Pinang, seharusnya UBN tidak ada masalah merebut semula parlimen Ulu Selangor, namun kemenangan adalah terletak pada calon UBN yang akan dikemukakan nanti.

G. Palanivel adalah individu yang telah ditolak oleh rakyat Ulu Selangor. Kenapa ditolak? kawasan-kawasan DUN Ulu Selangor semuanya dimenangi oleh UBN. Sekiranya UBN yang ditolak, maka semua DUN juga akan kalah. Namun itu tidak berlaku, yang kalah adalah G.Palanivel.

Dikhuatirkan jika G.Palanivel di calonkan semula sepertimana kemahuan Presdien MIC Samy Vellu, kemungkinan besar dia ditolak lagi.

Jika G. Palanivel ditolak,maka akan membawa kepada konsep penerimaan 1Malaysia. Kalau G. Palanivel kalah apakah konsep 1Malaysia juga ditolak? atau kah hanya G.Palanivel.

Demi memudahkan analisis dan persepsi serta untuk mendapatkan memontum, adalah lebih baik mengemukakan calon lain, bukannya G.Palanivel yang telah ditolak. Fikir-fikirkan lah

Read more...

Saturday, March 27, 2010

Sultan Kedah: Pilih Pemimpin Yang Tidak Dicucuk Hidung Oleh Pihak Luar

SINTOK: Baginda Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihati semua pihak supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin.

Baginda bertitah, pemimpin yang ditaja oleh dana atau kuasa luar boleh mendedahkan negara kepada penjajahan.

"Jika mahu menjadi atau memilih pemimpin negara, lebih baik tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain kerana kemungkinan individu berkenaan mempunyai kepentingan kuasa luar terhadap diri sendiri.

"Lebih baik negara mempunyai pilihan membuat polisi sendiri berbanding dengan polisi yang dipaksa oleh negara atau kuasa lain," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Baginda mengingatkan bahawa banyak negara telah menjadi boneka yang digerakkan oleh kuasa lain dan ia berlaku apabila pemimpinnya telah berjaya dibeli atau diperas ugut oleh kuasa berkenaan. "Pemimpin berkenaan cenderung membuat polisi yang dikehendaki oleh tuannya dan polisi yang dibuat tidak akan melihat kehendak rakyat. Rata-rata dalam kalangan kita mahukan kebebasan, tidak mahu dikongkong dan berupaya membuat keputusan sendiri," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah semakin banyak pilihan yang ada, semakin tinggi kebebasan seseorang dan semakin luas ruang kebebasan itu, semakin gembira hidup mereka.

"Seorang pemimpin yang baik membebaskan rakyat dan meletakkan rakyat dengan pelbagai peluang kerana melalui banyaknya pilihan, kita menjadi lebih fleksibel," titah baginda.

Baginda memberi contoh mengenai jasa yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua) yang telah berjaya menyediakan peluang pendidikan secara lebih menyeluruh melalui Dasar Ekonomi Baru. Baginda yang juga Canselor UUM bertitah bahawa baginda membangkitkan perkara-perkara tersebut supaya para graduan turut dapat menyediakan diri untuk terus menikmati kebebasan diri untuk memilih dan bukannya memilih kerana dipaksa memilih.

Read more...

Friday, March 26, 2010

PRK Ulu Selangor: BN Perlu Kembali Pada Tradisi: Kaum Majoriti Perlu Diberi Peluang

Bagi memenangi kerusi parlimen Ulu Selangor, barisan nasional perlu kembali kepada tradisi, di mana kaum majoriti di sebuah kawasan tersebut perlu diberi peluang bertanding. Demikian juga di Ulu selangor, penduduk majoriti kawasan ini adalah melayu yakni 53.9% daripada keseluruhan 64 ribu pengundi.

Berasaskan kepada isu semasa BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.

Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008.

Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut,".

Read more...

Thursday, March 25, 2010

Adenan Satem Kembali: Mungkin Pengganti Taib

Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem dilantik kembali dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak sebagai pegawai khas di pejabat Ketua Menteri yang bertaraf menteri.

Pelantikan yang berkuatkuasa 2 April itu dibuat selepas rombakan kecil kabinet Sarawak hari ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata jawatan Adenan  yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Tanjung Datu itu setaraf dengan jawatan menteri penuh.

"Berdasarkan kepada pengalaman Adenan kita berharap beliau boleh melaksanakan tanggungjawab dalam jawatan baru beliau ini khasnya berkaitan bidang maklumat dan penyiaran," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching hari ini.

Dengan kembalinya Adenan dalam kabinet negeri kemungkin besar mantan menteri persekutuan ini dipersiapkan untuk menggantikan Taib , sekurang-kurang selepas pilihanraya Negeri, yang perlu diadakan pada tahun 2012.

Abdul Taib juga menaikkan jawatan menetri penuh kepada Menteri Muda di pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan latihaan) dan Menteri Muda Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (Pembangunan Wanita) dan Menteri Muda Pemodenan Pertanian (ekonomi Rumah Tangga dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah sebagai Menteri di Pejabat Ketua Menteri.

Beliau yang juga Adun Dalat bertanggungjawab dalam pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan keluarga selain menjaga bahagian perancangan dan latihan.

"Fatimah dilihat berjaya melaksanakan beberapa program khasnya yang melibatkan pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan keluarga dan kita mahu ada seorang menteri penuh untuk melaksanakan dan memantapkan lagi tugas ini," katanya.


Sementara itu Abdul Taib (atas) berkata Adun Batu Kawa yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Joo Phoi dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Alam Sekitar).

Read more...

Sampai Bila Lah Kes Sodomy Anwar Selesai

Sodomy II Anwar tunda lagi!. Hakim tetap tarikh ke 10-14 Mei 2010, 31 Mei-4 Jun, 14-23 Jul, 2-30 Ogos 2010. Penundaan ini ada kaitan dengan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang. Sidang dewan Rakyat dijangka berakhir pada 15 Jun depan.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada pukul 3:01-4:30 petang 26 Jun 2008 di sebuah kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. Anwar dituduh menurut seksyen jenayah 377B dan jika sabit kesalahan boleh dihukum 20 tahun penjara dan sebatan.

Penangguhan kali ini adalah yang ke-27 kalinya sejak 17 Ogos 2008.

Read more...

Lintas Langsung Sodomy II-Hari ke-8

Mahkamah telah bertemu kembali setelah Mahkamah bersurai pada Februari 18 2010. Awnar diberi peluang untuk meneruskan permohonan rayuan mengenai kes terhadap Utusan Malasyia. Dikhabarkan Anwar tidak akan meneruskan kerana persepsi rakyat adalah Anwar mempermainkan mahkamah dan takut hadapi bicara. Survey kami menunjukkan 67% mahu diteruskan bicara.

Anwar sudah mengelilingi Malaysia dan tidak kurang dunia menipu mereka untuk tidak dibicarakan. Dia menipu menggunakan laporan hospital (risalah tipu ini akan didedahkan lepas siaran nanti) dan merekacipta pelbagai konspirasi (banyak didedah dan jawab). Sokongan pempimpin luar diperolehi dengan pelbagai dongeng lama (akan didedahkan juga) diguna untuk menghina mahkamah dan polis. Tidak kurang helah qazaf digunakan (akan dijelaskan). Ini semua tidak menjawab persoalan: Keadilan untuk Mohd Saiful Bukhari bagaimana pula?

Anwar baru balik dari Bahrain semalam (ingat kita tak tahu?) pun sudah bersedia dengan berbas-bas untuk mengangkut ahli dari cabang2 PKR yang ditugaskan datang. Reformis yang sudah boleh dibeli dan Mat Rempit yang harga bayaran satu hari adalah RM100 sehari pun akan mengisi Mahkamah. Berapa akan datang kelak?

---------------------------
Selamat pagi para pembaca.

9:00 AM - Para wartawan dan penyokong Anwar mula memenuhi galeri kamar mahkamah. Saifulsudah ada kelihatan dan nampak bersemangat untuk membongkarkan kebenaran kes liwatnya.

Setakat ini hanya 35 orang kelihatan - wartawan ada 15, penyokong ada 8 di luar dan pemerhati asing 7 dan lain2. Bomoh bayi Anwar Bhagwan Singh belum diketahui kelihatan.

9:15 AM - Anwar baru sampai dan kelihatan wajah ceria. Hai ... macam mana boleh ceria lagi dia ni? Kulit muka dia dibuat dari leather ke tak ada reaksi selepas kena bom berturut2 oleh Zaharain, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin. Lupa pula di ani Mat King Leather.

Datang bersama isteri dan kelihatan berbual dengan Kak Wan. (Berapa lagi Kak Wan supposed to tolerate your queer husband ma?) Sudah ada 50 orang termasuk Nizar cacat otak, Khalid gagap, dan Dr Lee Bon Chye.

9:25 AM - Anwar nampak sedang berbincang sesuatu dengan Bon Chye. Macma serius dan bersungguh aja. Agaknya sedang memikir apa aku nak spin hari Selasa.

9:30 AM - Bicara mula. kerana Karpal mintatangguh kerana Anwar ada Parlimen. Karpal Singh the Tunda Cat strike again!

Pendakwaraya pula mohon kes dimulakan minggu depan

9:35 AM - Karpal the Tunda Cat mahukan dibuat pada bulan Mei tetapi pendakwaraya membantah dan mahu disegerakan. Hakim penin na ... sampaibila nak habis benda ni? Anwar Mokhtar taktik masih nak menagguhkan kes supaya boleh round se Malaysia dna sedunia untuk tipu rakyat.

Read more...

Wednesday, March 24, 2010

Perletakan Jawatan ADUN Titi Tinggi Perlis Ada Hubungan Dengan MB: Mantan Ketua Penerangan Umno Perlis

Jika Datuk Seri Sahidan Kassim dapat meneruskan sebagai MB selepas PRU-12 Mac 2008, kemungkinan krisis seperti perletakan jawatan ADUN Titi Tinggi daripada MCA Yip Sun Onn tidak berlaku.

Sebagai catitan Sahidan selepas sahaja keputusan PRU-12 diumumkan, mantan menteri besar itu telah mendapat tauliah daripada Presiden Umno masa itu Tun Abdullah Badawi untuk dilantik sebagai menteri besar.

Namun atas permainan beberapa ADUN, Shaidan kononnya hanya disokong oleh 6 ADUN BN, manakalah MD Isa Sabu kononnya disokong oleh 9 ADUN lagi.

Atas kelemahan Tun Abdullah ketika itu, maka walaupun Sahidan yang juga ketua Perhubungan Umno Perlis masa itu, di mana secara tradisi, jika selepas sesuatu pilihanraya, jika kepimpinnya masih diterima dan menang besar, maka ketua perhubungan Umno itu akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Namun, bagi Perlis (juga di Terengganu) Ketua Perhubungan Umno diketepikan, malahan yang paling malang, di Perlis, Md Isa Sabu pada masa itu hanya menjawat sebagai Naib Ketua Bahagian Umno.

Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam. Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Juga dipahamkan speaker DUN Perlis Yazid Mat tidak akan menghantar surat perletakan jawatan Yip itu.

Sementara itu SPR mengatakan walaupun Yip telah menghantar surat perletakan jawatan, YIP boleh menarik balik surat tersebut atau meneruskannya kerana itu haknya.

Persiden MCA Ong Tee Kiat semasa mengulas perletakan jawatan YIP itu, beliau tidak tahu menahu puncanya, kerana beliau tidak pernah diberitahu oleh Yip sendiri.

Read more...

Tuesday, March 23, 2010

PRK ULU Selangor Menjelang Tiba

Wakil rakyat Hulu Selangor Datuk dr Zainal Abdin Ahmad dikhabarkan sangat uzur dan tidak mampu menjalankan tugas-tugas sebagai wakil rakyat.

Dalam persidangan dewan rakyat yang telah bermula pada awal minggu lepaspun, gelagat wakil rakyat daripada PKR ini tidak kelihatan.

Di khabarkan bahawa pada jumaat ini akan ada pengumuan khas daripada pemimpin umum PKR Anwar Ibrahim mengenai kedudukan Dr Zainal.

Dalam perkembangan lain Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail Isnin menafikan bahawa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kedudukan kerusi Parlimen Hulu Selangor, Jumaat ini.

Beliau berkata program pada hari itu ialah 'Program Selamatkan Malaysia' di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor yang akan dihadiri oleh Anwar dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu.

Saifuddin Nasution berkata anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad mengambil cuti sakit ketika ini.

"Saya ada berkomunikasi dengan pegawai khas dia (Zainal Abidin), dia ok, stabil. Pejabat Dewan (Rakyat) juga telah dimaklumkan mengenai dengan keuzurannya dan pegawainya sudah hantar surat cuti beliau pada minggu lepas," katanya.

Read more...

Monday, March 22, 2010

Kemana PUN Anwar Sodomy II Tetap Menghantuinya

Kemana sahaja Anwar, sodomy II tetap menghantuinya. Di london Anwar terpaksa minta bantuan daripada ahli parlimen British untuk mendesak kerajaan Malaysia menguggurkan tuduhan sodomy.

Di dalam negara di mana pun Anwar pergi pasti mantan TPM ini membawa risalah yang ditulisnya untuk menafikan sodomy II.

Risalah-risalah yang berisi penafian bahawa Anwar meliwat Saiful disebar-sebar di kampung-kampung. Namun yang pasti seberapa banyakpun risalah yang disebarkan Anwar, sodomy II tetap akan dibicarakan bermula 25 Mac ini.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar dituduh dibawah seksyen 377B dan sabit keslahan boleh dihukum 20 tahun penjara dan sebatan.

Tuduhan ini lah yang dijaja Anwar hingga ke London. Di dalam negara, simpati rakyat terhadap sodomy II sungguh kurang, perkara ini terbukti dengan kehadiran simpatsian Anwar semasa perbicaraan yang bermula pada 3 Februari lalu.

Read more...

Saturday, March 20, 2010

PAS semakin Hari Semakin Kehilangan Keyakinan Perjuangan

Parti Pas semakin hari semakin kehilangan keyakinan perjuangan. Kerjasama dengan DAP menunjukkan bahawa parti itu sebenarnya telah hilang keyakinan diri.

Pas terlalu taksub bahawa kerjasama dengan DAP dapat mrealisasikan kemahuan mereka untuk menakluki Putrajaya.

Pendedahan Zaharin sebelum ini di dewan rakyat tidak menghilangkan ketaksuban mereka kepada Pakatan.

Mereka nampak bahawa dengan pendedahan Zaharin itu peluang pemimpin PAS untuk menjadi de facto leader dalam Pakatan adalah terserlah.Yang pasti rakyat dan penyokong tidak akan sudi berketuakan seorang pembohong dan penabur fitnah.

Sebenarnya yang mendapat manafaat kepada pendedahan Zaharin ini adalah parti Pas. Jika mereka pandai merebut peluang, maka ini lah masanya Hadi Awang atau Nik Aziz menjadi de facto leadar Pakatan.

Walaupun Pas kenampakan sebagai KUDA DAP sejak dua tahun yang lalu, ekoran pendedahan Zaharin, maka peluang para pemimpin PAS terbuka luas.

Ramai pemerhati mengatakan bahawa selagi PAS bergantung harap terhadap DAP, maka persepsi bahawa parti itu kehilangan keyakinan diri akan terus diterima rakyat partisan. Parti PAS sukar menghilangkan ciri-ciri ini, kerana rakyat nampak di depan mata mereka, bagaimana PAS terlalu tunduk kepada DAP terutama di Pulau Pinang, Perak dan selangor.

Ketaksuban kepada DAP ini lah yang menyebabkan PKR kehilangan beberapa wakil rakyatnya, walaupun dalam Parti PAS belum ada tanda-tanda wakil rakyat mereka akan keluar parti, namun tindakan beberapa wakil rakyatnya seperti Khlaid Samad, ahli parlimen Shah Alam, menunjukan bahawa parti PAS sangat taksub terhadap DAP.

Salleh Man, Pesurujaya Pas Pulau Pinang, yang suatu ketika dahulu dijanjikan untuk dilantik sebagai pengerusi agama islam Pulau Pinang (MAIP) janji tinggal janji. Namun, bagi pemimpin PAS hanya berdiam diri.

Tindakan Lim Guan Eng yang mempersoalkan pengurusan Zakat dan maulidul rasul di Pulau Pinang, malah mendapat sokongan padu daripada Pas. Tidak kurang Nik Aziz menyokong penuh tindakan Lim Guan Eng itu. Melalui tindak tanduk para pemimpin Pas ini, jelas sama sekali, bahawa PAS tunduk kepada DAP.

Tindakan Pas yang terlalu taksub kepada Pakatan, sebenarnya akan menghakis penyokong akar umbinya. Selagi parti ini bersengkokol dengan DAP, maka semakin jauh lah para penyokong akar umbinya. Bagi barisan Nasional, peluang ini yang perlu dimanfaatkan dan diambil peluang. Umno khasnya perlu memanfaatkan keadaan ini, agar para penyokong akar umbi Pas terus menjauhi parti mereka.

Umno perlu memberi peluang untuk menerangkan kepada para penyokong akar umbi mengenai hala tuju parti mereka.

Read more...

Friday, March 19, 2010

Kalau Saya Berbohong: Saya Minta Wakil Rakyat PKR Bersumpah: Zaharin

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersumpah menafikan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak berbohong ketika menggerakkan misi 16 September 2008.

Beliau sendiri sanggup bersumpah untuk mempertahankan kenyataan pembongkaran yang dibuatnya termasuk wujud dakwaan Anwar bahawa Yang di-Pertuan Agong merestuinya sebagai Perdana Menteri keenam.

Baginya, tindakannya tidak lain daripada mahu menyedarkan wakil rakyat PKR yang mungkin tidak tahu hal sebenar.

‘‘Yang main peranan dalam rancangan untuk mengambil alih Putrajaya hanya dua tiga orang. Walaupun saya tidak terlibat dalam Biro Politik PKR tapi saya tahu perkara ini kerana saya sahabat baik Anwar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Zahrain menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat 16 September.

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ sehingga bertindak meninggalkan sidang Dewan sebelum bekas orang kepercayaannya itu menghabiskan ucapan.

Zahrain antara lain mendedahkan yang Anwar telah membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar juga mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Zahrain berkata, wakil rakyat yang dijangka keluar parti dan menjadi Bebas bukan sahaja daripada PKR malah dalam kalangan wakil rakyat parti pembangkang lain.

Ditanya hubungannya dengan Ketua Pembangkang itu setelah mendedahkan pembohongan berkenaan, Zahrain berkata, beliau akan terus menyapa jika Anwar turut sama berbuat demikian.

‘‘Saya juga berharap dapat bercakap dengannya secara bersendirian dan memperingatkan bahawa beliau tidak boleh memperbodohkan orang pada sepanjang masa,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pada sidang akhbar berasingan tidak menafikan rancangan 16 September yang digerakkan oleh Anwar seperti didedahkan Zahrain.

‘‘Berkenaan 16 September, satu hakikat bahawa pakatan, Anwar dan PKR sendiri tidak pernah menafikan perkara berkenaan dengan usaha yang kita jalankan, sasaran kita 16 September (tukar kerajaan) dan ini menjadi rahsia umum,” katanya.

Tambah beliau, pakatan pembangkang tidak akan berubah untuk berdepan dengan BN sebagai musuh politik nombor satu walaupun dengan kehadiran ramai wakil rakyat Bebas.

‘‘Tapi sekarang ada satu pasukan tentera upahan yang ada sedikit menyekat laluan kita, tapi fokus kita tidak akan terkalih,” katanya.

Read more...

Thursday, March 18, 2010

Anwar Akui Dia Berbohong Mengenai 16 September

Dengan kata-kata Anwar “Ahli Parlimen mana yang datang ketika pengambilalihan kuasa? Tiada siapa yang datang,” kata Anwar.“Tiada siapapun di sini. Ia tidak benar sama sekali... dia digunakan oleh Umno dengan harga yang murah, untuk apa? Dengan kata-kata demikian Anwar telah mengaku bahawa rancangan 16 September sebenarnya pembohongan, tiada kebenaran sama sekali. Mungkin inilah sebab musabab kenapa Karpal Singh mengeluarkan tomahan kepada Anwar pada 8.2.2009 agar Anwar bertaubat.

Sebenarnya Karpal Singh telah mengetahui bahawa Anwar hanya menipu wakil-wakil rakyat PKR DAP dan PAS.

Penipuan dan pembohongan Anwar ini disahkan oleh Zaharin Hashim di dewan rakyat semalam, apa wakil rakyat Bayan Baru ini mendedahkan pembohongan Anwar tersebut.

Semalam selain membongkar pembohongan Anwar, Zaharin juga mendakwa bahawa PKR telah menjadi HAMBA kepada DAP.

Dalam ucapan sulungnya selaku wakil rakyat Bebas, Ahli Parlimen Bebas menggunakan peluangnya untuk mengecam Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau telah menipu peristiwa 16 September akan benar-benar berlaku.

Zahrain (kiri) juga mendakwa ketika itu beliau diyakini bahawa Penasihat PKR itu telah memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Kami telah ditipu dengan cerita bahawa Agong menunggu di istana... menunggu untuk mendapatkan pengesahan bahawa sudah ada sejumlah Ahli Parlimen menyertai pembangkang dan kami ada cukup bilangan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Agong juga dikatakan telah memberi perkenan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai perdana menteri,” kata beliau dengan diiringi suara “ooh” dari kalangan anggota Dewan Rakyat.

Suara menyokong dan membantah kedengaran apabila Zahrain meneruskan ucapannya.

Penyokong-penyokong pembangkang pula mengambil peluang untuk mendakwa Zahrain dibeli oleh BN manakala Anwar pula memberitahu Dewan Rakyat bahawa bekas ketua PKR Pulau Pinang itu hanya berminat untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan.

Zahrain membalas dengan memberitahu Anwar, “anda jangan berbohong”.

Ketika itu Anwar keluar dari Dewan Rakyat.

Beberapa Ahli Parlimen BN mendakwa Anwar tidak boleh bertahan dengan bahang serangan Zahrain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kemudian memberitahu, “takut, takut, takut, takut, takut.”

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen sejurus selepas sidang Dewan Rakyat ditangguhkan, Zahrain mempertahankan kecamannya terhadap Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Zahrain yang meninggalkan PKR bulan lalu berkata, beliau berhak untuk mengeluarkan pendirian sedemikian.

“Saya hanya memberitahu sebab-sebab saya keluar parti, kekecewaan saya dengan Keadilan dan janji-janji yang dibuat oleh Ketua Umum yang mana semuanya adalah pembohongan,” katanya.

Ketika ditanya bilangan Ahli Parlimen yang didakwa dimiliki Anwar untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 Sept 2008, wakil rakyat Bayan Baru ini enggan memberikan jawapan.

“Saya tidak kisah pasal soal angka, saya hanya menceritakan perkara sebenar, kebenaran, Apa yang saya lalui... Bagi saya itu (angka) tidak relevan,” katanya.

Sambil mempertahankan pendiriannya meninggalkan PKR, Zahrain berkata keputusan beliau dipercepatkan dengan cara Ketua Menteri Lim Guan Eng menguruskan negeri Pulau Pinang.

Zahrain menambah, apabila isu diktator dan chauvinis muncul beliau tidak dipertahankan.

“Itu menjadi sebab terakhir (saya keluar),” kata Zahrain yang lantang mengkritik Lim.

Terdahulu Anwar, yang tergesa-gesa meninggalkan sesi Parlimen sejurus selepas Zahrain berucap, mengkritik balas bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sambil berkata beliau berbohong apabila bercakap mengenai isu 16 Sept.

Dengan terbongkarnya pembohongan Anwar ini, rakyat perlu mengambil iktibar, bahawa Anwar hanya mencipta ilusi demi memesongkan rakyat. Tiada perancangan jitu untuk membantu rakyat, yang ada adalah rancangan untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri.

Read more...

Wednesday, March 17, 2010

Pekong 16 September Anwar Terbongkar: Zaharin Buat Pendedahan

Anwar tidak sanggup mendengar pendedahan wakil rakyat bebas Bayan Baru Zaharin Hashim, Anwar terpaksa keluar persidangan dewan rakyat hari ini.

Bagaikan bom meletup bagi Anwar.Kejadian ini berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan selaku Ketua Pembangkang menguasai sidang Dewan Rakyat selama kira-kira tiga jam membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Dipertuan Agong.

Dewan gamat sekali sekala semasa perbahasannya yang berakhir pada jam 5 petang.

Segalanya bermula bila bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim pula bangun berucap sebagai pembahas kedua.

Tanpa banyak membuang masa dan di luar dugaan para Ahli Parlimen dan pembangkang,beliau terus masuk gear lima membuat pendedahan apa yang didakwanya pembohongan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka gerakan 16 September untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional boleh berjaya.

Beliau mendakwa antaranya mereka diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagi membolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan.

Katanya Yang Dipertuan Agong juga dikatakan kononnya merestui Anwar jadi Perdana Menteri keenam.

Dakwanya lagi mereka juga diberitahu bahawa angkatan tentera menyokong mereka.

”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh ( Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”katanya.

Menurutnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga dikatakan sudah bersiap sedia untuk istihar Anwar sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan ini telah mencetuskan suasana gamat dan kecoh dalam Dewan Rakyat.

Ini bila sebilangan Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk mempertikaikan pendedahan Zahrain.Pada ketika yang sama para ahli parlimen Barisan Nasional berteriak membantah.

Keadaan menjadi bertambah gamat bila Anwar tiba-tiba kelihatan bersiap hendak keluar dari dewan ketika Zahrain sedang membuat pendedahan.

Anwar bagaimanapun tidak mempedulikan tempik sorak para ahli parlimen Barisan Nasional yang meminta jangan keluar dan dengar pendedahan Zaharain. Anwar keluar dewan pada jam 5:10 petang, namun Zahrain pula meneruskan ucapannya.

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan pada tepat jam 5.30 petang.

Zahrain akan menyambung ucapannya esok.

Difahamkan Anwar tidak akan hadir sidang Dewan Rakyat esok kerana akan berlepas ke luar negara malam ini.

Ditemui para wartawan sejurus keluar dari dewan, Anwar enggan mengesah atau menafikan pendedahan oleh Zaharin.

Sementara itu Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin ketika ditemui Agendadaily untuk ditanya apakah pendedahan Zahrain ini merupakan kejutan yang beliau maksudkan bakal meletup di Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

”Ini bukan kejutan saya.Saya yang terkejut”katanya.

Namun katanya apa yang didedahkan oleh Zahrain itu betul

Read more...

Landasan Untuk Ong Ka Ting Kembali Telah Beres

Bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang memutuskan untuk kembali semula mendapatkan jawatan itu yang beliau telah lepaskan, merupakan pertama kali dilakukan dalam sejarah politik Malaysia.

Malah ini bukan sesuatu yang tidak dijangkakan, keputusan beliau untuk bertanding pada pemilihan presiden 28 Mac ini, telah menimbulkan sedikit perhatian di kalangan penganalisis politik serta anggota parti.

"Belum ada orang berbuat demikian sebelum ini, adalah menarik melihat sama ada beliau akan menang atau sebaliknya. Hasrat beliau mungkin ikhlas tetapi perwakilan parti telah berpecah.

"Sesetengah perwakilan muak dengan krisis sekarang mungkin mahu beliau kembali semula tetapi sesetengah mereka dalam parti tidak mahu melihat beliau kembali semula," kata seorang penganalisis politik.

Sesetengah anggota veteran parti percaya bahawa Ka Ting masih mempunyai kelebihan sama ada untuk pertandingan dua penjuru atau tiga penjuru kerana anggota parti dipercayai telah muak dengan perbalahan dalaman.

"Tidak banyak mengenai kepimpinan Ka Ting. Orang hanya bertambah muak. Sesiapa pun boleh masuk untuk mengstabilkan parti, para ahli gembira untuk meletakkan beliau," kata seorang pemimpin veteran yang enggan namanya disebut.

Pemerhati dalaman politik juga percaya bahawa sesetengah penyokong Ka Ting yang sebelum ini dikenali sebagai "Pasukan Ketiga" dalam parti yang mengandungi sesetengah anggota veteran serta mereka yang dikaitkan dengan mana-mana puak sebelum ini -- telah menyediakan landasan untuk beliau kembali semula.

"Ia tidak berlaku dengan begitu sahaja. Jika anda buat analisis dengan teliti, anda akan tahu ia dilakukan langkah demi langkah. Pertama dengan berjayanya memaksa untuk mengadakan pemilihan baru. Kemudian mengadakan kempen meminta Ka Ting kembali semula sebelum beliau mengumumkan pencalonannya," kata beliau.

Bagaimanpun, katanya, ia lebih menarik melihat bagaimana Ka Ting merapatkan pasukan yang berbeza dalam parti pada pemilihan ini kerana masih terdapat jumlah anggota parti yang besar menentang beliau dan abangnya bekas setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

"Malah jika anda mengadakan formula tidak ada pertandingan, ia masih belum mampu menyatukan parti tersebut," kata pemerhati dalaman politik.

Tetapi bagi pemimpin akar umbi lain, bukan sama ada Ka Ting boleh menang atau sebaliknya tetapi lebih kepada berapa banyak undi yang diperoleh.

"Jika beliau tidak boleh menang dengan majoriti yang banyak, beliau mendapati sukar untuknya kembali semula, terutamanya beliau memainkan imej seorang penyelamat dan penyatu dalam parti," katanya.

Pada pemilihan parti lepas, Ka Ting adalah antara pemimpin yang menyokong Ong Tee Keat untuk bertanding bagi jawatan presiden menentang bekas naib presiden Datuk Chua Jui Meng.

Kini perhatian kepada bekas timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana beliau dijangka mengumumkan jawatan yang akan ditandingi Jumaat ini.

Oleh kerana lebih 50 daripada 198 bahagian telah menggesa agar Ka Ting kembali kepada kepimpinan parti, hanya tunggu dan lihat sama ada Dr Chua akan menyertai pertandingan itu. Jika beliau menyertainya, dan ini adalah pertandingan tiga penjuru, yang berkemungkinan akan memecahkan parti menjadi tiga kumpulan.

Sabtu lepas, Ka Ting membayangkan bahawa beliau akan menyertai pertandingan itu apabila beliau berkata beliau tidak lari daripada tanggungjawab itu jika beliau boleh membantu parti tetapi kedua-dua Tee Keat dan Dr Chua tidak menafikan bahawa Ka Ting akan kembali semula.

Pada hakikatnya, Dr Chua juga mengkritik bekas presiden itu kerana tidak dapat berbuat apa-apa apabila parti itu dalam krisis dan mempersoalkan keperluan Ka Ting kembali semula.

Hari pencalonan untuk pemilihan itu ditetapkan pada Isnin ini.

Read more...

Tuesday, March 16, 2010

Firaun-Firaun Kecil Masih Menguasai Anwar: Zulkefli

Zulkefli mengulangi bahawa Anwar masih dikuasai firaun-firuan kecil dalam PKR. Anwar akan terpesong dan tersalah nasihat sekira-kiranya firaun-firaun kecil ini masih bertapak. Anwar akan senantiasa dihanyutkan oleh mereka. Demikian Zulkefli.

Sementara itu Zulkifli Noordin percaya sidang Dewan Rakyat yang bermula hsemalam akan mencetuskan satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara.

Zulkefli yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini bagaimanapun tidak menjelaskan perkara tersebut sebaliknya meminta rakyat supaya tunggu dan lihat.

‘‘Saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? tunggu dan lihat.

‘‘Jangan ke mana-mana dan jangan betulkan antena telinga anda... apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers (lampin),’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blognya yang bertajuk Parlimen baru, politik baru di http://zul4kulim.blogspot.com/.

Zulkifli berkata, sidang Dewan Rakyat kali ini yang merupakan kali pertama beliau bertindak sebagai wakil rakyat Bebas akan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan Islam.

‘‘Insya-Allah saya akan memainkan peranan saya untuk mewakili suara umat Islam dan kepentingan Islam. Ini tidak bermakna saya akan mengetepikan kepentingan dan kebajikan rakyat bukan Islam.

‘‘Malahan berada dalam status wakil Bebas ini akan memberi ruang yang selesa untuk saya memainkan peranan lebih efektif dan berkesan untuk umat Islam dan institusi Islam khasnya dan kebajikan dan kepentingan rakyat umumnya,’’ kata beliau.

Dalam pada itu katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, ini ekoran perletakan jawatan tiga Ahli Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzli Samsuri dan juga pemecatannya yang menjadikan PKR kini hanya tinggal 26 kerusi sahaja.

Katanya, di pihak bukan kerajaan, DAP kini mendahului dengan 28 kerusi, Pas 23, satu kerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) melalui Micheal Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) dan tujuh Bebas.

‘‘Menurut konvensyen berparlimen yang diamal dan nilai-nilai demokrasi maka jawatan Ketua Pembangkang seharusnya dipegang oleh Kit Siang kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak.

‘‘Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin tidak boleh mengiktiraf pakatan pembangkang kerana pakatan itu bukan sebuah badan berdaftar, ia sekadar kerjasama politik yang tidak mempunyai entiti perundangan, tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang berdaftar,’’ katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, sekiranya beliau menjadi penasihat strategi dan politik Anwar, beliau akan menasihatkan Penasihat PKR itu untuk mengosongkan kerusi ketua pembangkang.

‘‘Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati Anwar kerana beliau akan dilihat tidak mementingkan jawatan dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan PKR.

Zulkifli berkata, berdasarkan kedudukan jumlah kerusi parti bukan kerajaan, maka menurut Peraturan 2 Peraturan Mesyuarat Parlimen Malaysia dan berdasarkan prinsip amalan berparlimen sejagat serta nilai demokrasi yang diterima pakai, susunan kerusi sepatutnya kini berubah.

Menurutnya, semua ahli Parlimen DAP sepatutnya kini duduk di blok paling depan sebelah kiri Speaker, iaitu Blok I.

‘‘Kemudian diikuti oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR, Pas dan PSM. Jadi saya nak tengok apakah susunan tersebut dilaksanakan oleh Tan Sri Speaker pada sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.

‘‘Sekiranya tidak, kemungkinan akan ada usul peraturan mesyuarat dibawa untuk susunan kerusi dibuat mengikut apa yang saya sebut tadi,’’ katanya.

Read more...

Monday, March 15, 2010

Di Sebalik Desakan Kepada Ong Ka Ting Bertanding Jawatan Presiden MCA

Desakan supaya bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting bertanding jawatan tertinggi pada pemilihan parti 28 Mac ini diperdebatkan dengan meluas dalam kalangan anggota parti.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai motif di sebalik gesaan agar Ka Ting kembali aktif ke dalam politik, yang dibuat oleh penyokong tegar beliau dan beberapa pemimpin yang diketahui sebelum ini sebagai sekutu beliau.

Ada yang mengatakan ia berikutan kebimbangan sebenar mereka bahawa pemilihan itu mungkin terkeluar daripada kawalan dan pemilihan itu mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah semasa parti.

Maka, pilihan terbaik ialah untuk membawa kembali seorang pemimpin yang sebelum ini berjaya menyadupadukan parti sehingga ke suatu tahap tertentu.

Bagaimanapun, sesetengah anggota parti percaya bahawa gesaan itu disebabkan oleh permainan kuasa di sebalik tabir, termasuk komen yang datang dari luar parti selain keperluan untuk mengetengahkan seorang calon yang kuat bagi berdepan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Mereka percaya langkah sebenar penyokong Ka Ting, yang sebahagian besarnya kini berdiri teguh di belakang Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, adalah untuk menampilkan seorang calon yang kuat.

Sumber yang rapat kepada kumpulan Liow bertegas bahawa Liow tidak boleh dikorbankan untuk jawatan nombor satu manakala bekas Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dianggap sebagai "calon lebih lemah" untuk bertanding jawatan nombor satu kerana beliau pernah kalah dalam pemilihan jawatan nombor dua.

Liow dan Ka Chuan akan dilihat sebagai calon yang lebih lemah ketika berdepan Tee Keat, yang telah pun mengumumkan akan mempertahankan jawatan Presiden, selain Soi Lek, sekiranya beliau mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden.

Daripada segi calon yang akan diketengahkan, kumpulan Liow dan Ka Chuan dikatakan kekurangan "kuasa pemusnah" untuk bertanding jawatan nombor satu. Oleh itu, pilihan terbaik yang ada ialah dengan meminta Ka Ting, adik lelaki Ka Chuan, supaya kembali aktif dan mengetuai kumpulan berkenaan.

Faktor lain ialah beberapa penyokong Liow, iaitu bekas anggota Jawatankuasa Pusat (CC) Datuk Wee Jeck Seng, Dr Hou Kok Chung, Wong Nai Chee dan Ketua Wanita Datuk Paduka Chew Mei Fun, dikenali sebagai penyokong kuat Ka Ting, dan mungkin tidak selesa bekerja dengan Soi Lek atau Tee Keat buat masa ini.

Begitu juga dengan beberapa penyokong bekas Timbalan Presiden Tan Sri Chan Kong Choy yang kini berdiri teguh di belakang Liow, dan juga dikatakan tidak selesa bekerja dengan Soi Lek berikutan kontroversi DVD seks serta isu berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Penyokong Soi Lek mengesyaki bahawa isu DVD seks itu sebagai usaha untuk membunuh kerjaya politik pemimpin mereka sungguhpun perkara itu telah pun dinafikan oleh pihak lain, manakala penyokong Kong Choy pula dikatakan tidak gembira dengan cara Tee Keat menangani siasatan berhubung PKFZ.

"Oleh itu, mereka tiada pilihan melainkan menggesa Ka Ting supaya kembali aktif dan memimpin mereka dalam perjuangan ini kerana mereka tidak berhasrat untuk berganding bahu bersama Soi Lek atau Tee Keat," kata bekas anggota CC yang enggan dikenali.

Sama ada keperluan sebenar bagi "menyelamatkan parti" atau menampilkan calon yang kuat, adalah terbuka untuk interpretasi.

Bagi penganalisis politik, sekiranya Ka Ting memutuskan untuk menyertai pemilihan itu, ia akan membawa satu dimensi baru kepada pemilihan MCA.

Bagaimanapun, penyokong Soi Lek dan Tee Keat masih tidak percaya bahawa Ka Ting akan kembali aktif semula memandangkan mereka berpendapat beliau tidak akan mempertaruhkan imej politik beliau yang sentiasa bersih.

"Sekiranya beliau kalah, apa yang akan terjadi? Lebih banyak aib untuk beliau. Anda juga perlu ingat bahawa jika beliau memutuskan untuk kembali aktif, susunan kumpulan dalam politik akan berubah lagi sepenuhnya," kata seorang penyokong Tee Keat.

Read more...

Sunday, March 14, 2010

Rais Yatim Sokong Pendirian KULI Tetap Dalam UMNO

Pendirian anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa beliau akan terus berjuang dan kekal dalam Umno harus dihargai.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pendirian begitulah sebaik-baiknya dimaktubkan oleh semua pemimpin khususnya para pemimpin yang sudah berpengalaman dan yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam parti.

"Saya percaya pendirian Tengku Razaleigh sedemikian akan menyakinkan bahawa proses demokrasi itu masih boleh bertahan, sekali pun seseorang itu mempunyai pendirian agak berbeza dalam beberapa isu," katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Mesra Juara 1Malaysia Bersama Pemimpin di Simpang Durian dekat sini, Sabtu malam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor, dua anggota Exco kerajaan negeri iaitu Datuk Yunus Rahmat dan Datuk Siow Chen Pin serta anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam bahawa beliau akan kekal dalam Umno sepanjang hayatnya dan menafikan beliau akan melompat ke parti lain.

"Jadi, yang penting kini ialah walaupun pandangan Tengku Razaleigh itu sedemikian, perlu anggota parti memahami bahawa sebahagian daripada syarat untuk menjayakan negara ialah perpaduan yang utuh dan Tengku Razaleigh sendiri saya percaya yakin di atas prinsip ini walaupun tempoh hari beliau telah membuat kenyataan yang berbeza daripada pendirian asalnya berkaitan dengan tuntutan wang ihsan yang ditujukan kepada negeri Kelantan sendiri.

"Jadi sekarang beliau menyatakan untuk terus berjuang dan kekal dalam Umno alhamdulillah ini harus dihargai dan kita pohon Tengku Razaleigh tidak lagi membuat kenyataan yang merumitkan perjuangan kita sebab di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kita mempunyai masa yang panjang untuk melunaskan perjuangan itu kepada hakikat," katanya.

Ketika berucap pada majlis itu Rais meminta rakyat pelbagai kaum supaya terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.

"Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum mesti bersatu untuk memastikan negara ini berada dalam keadaan aman damai dan harmoni. Untuk itu kita perlu bekerjasama dan saling hormat menghormati untuk meneruskan perjuangan 1Malaysia," katanya.

Read more...

Saturday, March 13, 2010

China Press Bohong: Musa Hassan

China Press dalam muka depannya menyiarkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah meletakan jawatan.

Namun, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan laporan sebuah akhbar bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, lima bulan sebelum tamat tempoh kontrak perkhidmatannya.

Menurut The Star, Musa menafikan laporan tersebut.

Akhbar China Press, melaporkan Musa dijangka meletak jawatan secara rasmi pada 25 Mac di majlis sambutan ulangtahun ke-203 Hari Polis.

Sumber-sumber berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hishammuddin telah menerima peletakan jawatan Musa.

Jika tiada perubahan pada saat-saat akhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilaporkan akan menggantikan Musa sebagai ketua polis negara.

Laporan peletakan jawatan oleh Musa itu dibuat sehari selepas bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff, dilepaskan daripada tuduhah tidak mengisytiharkan asetnya.

sementara itu, Star Online yang menghubungi Musa melaporkan ketua polis negara sebagai berkata bahawa beliau tidak mengemukakan sebarang surat peletakan jawatan kepada perdana menteri atau kepada sesiapapun.

Ia memetaik Musa sebagai berkata, yang beliau mahu tahu sekiranya sumber tersebut adalah dari saluran rasmi atau 'bawah tanah'.

"Saya tahu ia bukan dari Kementerian (Dalam Negeri) kerana saya sudah menghubungi Ketua Setiausaha Datuk Mahmood Adam yang tidak tahu menahu mengenainya," kata Musa dalam laporan tersebut.

Kontrak perkhidmatan Musa sebelum ini telah dilanjutkan selama setahun sehingga September depan.

Menurutnya, Hishammuddin menafikan laporan tersebut dalam satu sidang akhbar di Kemaman, Terengganu pagi ini.

Bercakap kepada pemberita di Kemaman, Hishammuddin menyifatkan laporan yang memetik sumber itu sebagai pembohongan dan ia adalah sesuatu yang serius, lapor Bernama.

Sehubungan itu beliau mengarahkan Ketua Setiausaha KDN untuk memanggil editor akhbar terbabit bagi

memberi penjelasan berhubung perkara itu.

"Kalau ada sesuatu perubahan berkaitan (peletakan jawatan) saya akan tahu...keadaan hubungan saya dengan Ketua Polis Negara dan timbalannya amat baik sekali.

"Tidak mungkin mereka akan letak jawatan tanpa pengetahun saya dan saya tahu itu (laporan akhbar) adalah satu pembohongan dan saya akan ambil tindakan tegas," katanya.

Hishammuddin berkata beliau mengetahui setiap perkara yang berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia yang merupakan sebuah jabatan di bawah kementeriannya.

Menurutnya, sebarang perubahan dalam jawatan tertinggi pasukan itu akan ditentukan kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan beliau sendiri sebagai menteri yang bertanggungjawab, dan bukannya berlandaskan spekulasi media.

"Isu berhubung peletakan jawatan IGP bukan hari ini sahaja...tahun sebelum saya jadi menteri dalam negeri pun isu ini dah timbul, jadi kenapa sekarang saya patut layan isu ini.

"Mereka (akhbar terbabit) kena bertanggngjawab. Saya beri amaran keras kepada China Press, jangan buat laporan yang tidak benar dan jika mereka gagal memberikan alasan yang munasabah kita akan ambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata setakat ini Musa masih menjalankan tugas seperti biasa dan kontraknya dijangka tamat pada September ini.

Hishammuddin bagaimanapun tidak menafikan akan berlaku perubahan melibatkan jawatan tertinggi PDRM dalam tempoh terdekat berikutan empat pengarah akan bersara tahun ini.

"Dalam masa enam bulan sebelum September, selalunya akan berjalan proses peralihan dan perubahan kuasa, kita akan buat pengumuman. Perancangan PDRM tidak akan berkisar kepada jawatan IGP sahaja kerana empat pengarah jabatan juga akan bersara tahun ini.

"Nanti saya akan umum perancangan itu dalam tempoh terdekat...dan saya telah melihat dan mendapat pandangan setiap lapisan PDRM untuk perubahan dan peralihan kuasa ini. Kita akan lihat satu bab baru dalam pasukan polis," katanya.

Read more...

Tepat Mahkamah Tak Bagi Dokumen Pendakwaan Kepada Anwar

Tepat mahkamah tidak meluluskan permohonan Anwar mendapatkan dokumen sebelum perbicaraan sodomy II bermula. Jika tidak ianya akan disebar luaskan untuk memesongkan orang ramai.

Semalam dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan polis kerana mengedarkan risalah palsu yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Para peyokong Anwar dan ahli PKR diarahkan mengedarkan risalah tersebut ke masjid-masjid sekitar Gombak.Telah diarakan agar supaya 10,000 risalah diedarkan di 10 masjid di Gombak. Di setiap masjid, tempatkan dua petugas.

Read more...

Thursday, March 11, 2010

Lim Kit Siang Mempersoal Kewujudan PERKASA

Sikap chauvanist, extremist, ultra-kiasu dan lupa diri bukan lagi asing kepada Lim Kit Siang yang pernah menghuru-harakan negara ini menerusi tragedi 13 Mei 1969 menerusi kegembiraannya kerana GERAKAN yang ketika itu bersekutu dengannya dan DAP yang merupakan najis tinggalan PAP, berjaya menyapu hampir bersih kerusi Bandaran Kuala Lumpur dalam pilihanraya umum sebelum itu. Pembabitan PKM, Parti Buruh yang ber'isme'kan sosialis dan beberapa NGO yang jelas-jelas menyambung perjuangan menakluk serta merampas negara ini dari tangan orang Melayu-Islam, telah dipergunakan oleh Lim Kit Siang dan rakan-rakannya.

Hari ini Lim Kit Siang mempersoalkan kewujudan PERKASA, sebuah NGO Melayu di dalam BLOGNYA, dengan menyifatkan PERKASA - Sebuah kelahiran Syaitan atau Kejahatan.

Takut benar Lim Kit Siang seandainya umat Melayu-Islam bersatu di Tanah Melayu ini. Bayangkanlah seandainya rancangan MACHAPAGAL, bapa kepada Presiden Filipina sekarang benar-benar direalisasikan menerusi kewujudan NEGARA MELAYU YANG LEBIH BESAR iaitu MELAYU RAYA, barangkali Lim Kit Siang akan menyertai Chin Peng di dalam hutan untuk melakukan pemberontakan. Dan kerana itulah, Lim Kit Siang berpendapat bahawa PERKASA hanyalah perkakas untuk para pemimpin Melayu, khususnya di dalam UMNO untuk mengumpulkan lebih banyak kekayaan menerusi penyelewengan Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan orang Melayu.Rencana asal disini

Lim Kit Siang boleh jadi BODOH, BENGAP, BAHLOL dan BENGONG... Tidak ada seorang Melayu-Islam, kaum Bumiputera Bukan Islam, dan kaum Peribumi di seluruh Tanah Melayu ini pun yang mempertikaikan tentang KEWUJUDAN orang Cina, India dan segala pendatang lain di sini. Malah TIDAK ADA sekelumit pun rasa dengki atau sakit hati melihat kaum pendatang memperolehi kekayaan, kemakmuran, kemewahan sekalipun datuk nenek mereka dahulu berpusu-pusu datang ke sini dengan bantuan British setelah mengalami kebuluran, kemiskinan, penindasan serta perbezaan kasta di negara leluhur. Malah sekian ramai Cina Kampung yang menjadi Melayu malah lebih Melayu dari orang Melayu sendiri sekalipun mereka tidak memeluk Islam di samping tetap mengamalkan cara hidup Cina Tiongkok.

Ada orang Melayu pergi sabotaj pejabat Robert Kuok kerana sakit hati, bekas Raja Gula tersebut saban tahun menjadi orang paling kaya di Tanah Melayu ini? Bandingkan pula dengan usaha-usaha jahat yang digiatkan menerusi persatuan ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat yang bergabung tenaga untuk menjatuhkan Syed Mokhtar Al-Bukhary tanpa sedikit pun disebut atau dicerca oleh orang Melayu di negara ini.

Hanya kerana orang Melayu-Islam dan kaum Bumiputera bukan Islam serta Pribumi cuba mempertahankan hak dan keistimewaan mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Cobbold dan Lord Reid, Lim Kit Siang menganggapnya sebagai satu kejahatan. Lebih aneh, RAMAI SUNGGUH orang Melayu yang termakan gula-gula ini dengan berpandangan mereka lebih liberal, otak lebih terbuka, berpandangan jauh dan bermartabat tinggi seandainya hak-hak Bumiputera Islam dan Bukan Islam dan Kaum Pribumi ditiadakan daripada perlembagaan. Mereka lebih senang seandainya kaum-kaum ini terus terpinggir dan keseluruhan kekayaan tertompok kepada golongan pendatang, seperti yang berlaku dalam PEMONOPOLIAN pelbagai sektor termasuk barangan runcit sekarang ini.

Aneh atau tidak, orang Melayu mempunyai hak keistimewaan, tapi yang 'menikmati hak keistimewaan itu' tetap kaum pendatang?

Mujurlah ini Tanah Melayu... boleh jadi kalau Tanah Melayu ini bertukar menjadi Fiji, Filipina, Indonesia, Thailand atau Australia, rasa-rasanya Lim Kit Siang sudah lama bertukar nama menjadi Abu Kit Siang Abu Lullah... rasa-rasanya Lim Kit Siang tidak dapat merasai betapa nyamannya udara di Dewan Rakyat dan betapa seronoknya berucap di atas pentas-pentas politik sambil mendabik dada, AKULAH ORANG CINA!

Kepada Lim Kit Siang, anda tidak perlulah mendendangkan isme komunisme, sosialisme, atau sebarang isme yang bersangkut-paut dengan penyebaran ekonomi secara sama rata kerana ia tidak akan berlaku dalam dunia realiti. Ia hanya ada di atas kertas dan dipercayai serta diimani oleh golongan pengkhayal seperti anda. Dakyah anda serta gerombolan DAP anda semenjak 1960-an lalu, kian nampak pincang seperti pincangnya pentadbiran anak anda sendiri di Pulau Pinang dengan kroni-kroni membelasah projek ratusan juta ringgit untuk dibawa lari ke Australia, New Zealand, Kanada dan Amerika Syarikat!

Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Zul! Kenapa Baru Sekarang?

Zulkifli Noordin, yang dipecat dari PKR, Sabtu lalu mengesahkan bahawa dia akan menjadi wakil bebas di Dewan Rakyat.

“Saya telah menulis kepada speaker semalam bagi memaklumkan kepada beliau bahawa saya kini adalah MP bebas,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Zulklifi yang mewakili kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu akan menyertai empat MP bebas yang lain apabila Dewan Rakyat bersidang semula Isnin depan.

Empat yang lain itu adalah wakil Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai) and Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas).

Zulkifli juga menafikan laporan kononnya dia akan menyertai PAS.

“Saya tidak berhasrat menyertai mana-mana parti buat masa ini. Saya akan meneruskan perjuangan mempertahankan Islam.”

Read more...

Tuesday, March 9, 2010

Pertubuhan Melayu Di Hina Surat Khabar Sin Chew Jip Poh

1. Pada 27 Februari lalu, 76 buah NGO Melayu telah berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur untuk bersatu/bergabung bagi mempertahankan hak-hak kaumnya yang semakin terhakis dan terancam.

2. Pada 2 Mac pula, Tay Ting Yan, Timbalan Editor SCJP, telah mengkritik dengan sinis usaha suci tersebut. Kritikannya bersandarkan fakta yang separa benar dan diputar-belitkan pula:

• Membandingkan kaum Melayu umpama orang kulit putih di Amerika dan kaum Han di China manakala orang Cina di negara ini pula umpama Red Indian di Amerika dan orang Tibet dan Uighur di China;

• Prakarsa 76 buah NGO Melayu itu adalah satu khayalan (Quixotic), umpama tindakan khayalan Don Quixote.

3. Fakta Tay adalah benar dari segi kedudukan bilangan majoriti / minoriti penduduk yang dibandingkan itu – Melayu / kulit putih / Han adalah golongan majoriti di negara masing-masing manakala kaum Cina / Red Indian / Tibet / Uighur adalah kumpulan minoriti di negara yang sama. SEMUA orang tahu hakikat ini.

4. Apa yang tidak benar ialah dari segi kedudukan ekonomi kaum / golongan yang dibandingkan itu. Kedudukan ekonomi kaum Melayu (majoriti) sama kedudukannya dengan ekonomi Red Indian / Tibet / Uighur (minoroti) iaitu berada di tahap yang lebih rendah dari orang Cina (minoriti) dan orang kulit putih / Han (majoriti). Hakikat ini juga diketahui oleh SEMUA orang.

5. Untuk berlaku adil dan tepat dari segi fakta, Tay sewajarnya membandingkan komposisi penduduk dan kedudukan ekonomi di Malaysia dengan negara-negara seperti Fiji dan Afrika Selatan, Uganda dan Rhodesia. Ianya sebanding di mana kaum minoriti / pendatang menguasai ekonomi negara-negara berkenaan.

6. Oleh kerana kedudukan ekonomi yang sedemikian terhimpit itu dan ditambah pula oleh hak dan kuasa yang semakin terhakis serta terus diburu dengan pelbagai ancaman maka adalah naïf dan dangkal sekali untuk menyamakan usaha 76 buah NGO tersebut hendak membela serta mempertahankan hak kaum mereka sendiri (satu hakikat yang benar) dengan perbuatan bodoh Don Quixote itu.

7. Diharap SCJP dan Tay akan lebih bertanggungjawab lagi di masa hadapan dan berhentilah dari terus menghina kaum Melayu; sebaliknya berubahlah kepada paradigma baru iaitu berbaik sangka, tolong menolong antara satu sama lain di bawah payung 1Malaysia demi kemakmuran, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.




Terjemahan di bawah


Mengigau Dan Berkhayal Beramai-Ramai (2 Mac 2010)
Penulis Tay Ting Yan sebagai timbalan editor akhbar ini

76 pertubuhan NGO Melayu dalam satu barisan tertubuhnya “PERKASA” berjanji mahu perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Saya tergesa-gesa melihat tarikh kalendar, hari ini bukan bertarikh 1 Mac 1946; memang betul hari ini bukan tarikhnya.

Jika perjuangan itu disebut pada tahun 1946, sudah tentu tepat pada masanya dan diterima dan boleh masuk akal.

60 tahun dahulu, orang-orang Bristish mahukan masyarakat yang terbuka dan adil di negara ini maka mereka merancang mahu tubuhkan “Malaya Faderation” tetapi tidak disenangi oleh orang-orang Melayu pada masa itu, kerana orang-orang melayu bimbang kedudukan orang-orang Melayu dan Islam tidak terjamin, sebab itu pada masa itu orang-orang Melayu bergerak dan berjanji mahu mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan Islam.

Tetapi sekarang ini adalah tahun 2010, adakah masa itu terencat kembali masuk pada tahun-tahun silam itu?

Penjajah yang memerintah kita telah lama berambus tinggalkan kita, perikatan dan Barisan Nasional sudah setengah abad terus memerintah tidak lepaskan kuasa, projek DEB sudah dilaksanakan lebih 40 tahun, orang-orang Melayu sudah pun berkuasa, berkedudukan, berpengalaman dan menjadi bangsa yang bermartabat.

Apa lagi yang mahu mereka pertahankan sekarang ini?

Cuba anda fikirkan dan bayangkan jika ada sekumpulan orang-orang Amerika kuiti putih mahu pertahankan kaum kulit putih, dan menolak hak orang-orang Red Indian yang curiga terhadap hak dan kuasa orang-orang kulit putih apa akan terjadi?

Ataupun NGO-NGO di negeri China mempertahankan hak orang-orang kaum Cina Han, supaya tidak dianiaya oleh orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur?

Di Amerika hanya dapat dengar orang-orang Amerika dengan sendirinya tubuhkan NGO-NGO pertahankan hak hak orang Red Indian, di negeri China, sebilangan orang-orang China yang sedar mahu perahankan hak-hak orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur yang dikatakan kaum minoriti.

Jika masa depan atau nasib sesuatu bangsa itu tergugat barulah dipetahankan, jika tidak ia hanya disebut Quixotic, jika tidak walaupun dikelilingi musuh, ia hanya untuk memenuhi kerakusan diri sendiri dan impian diri sendiri. Perkataan Quixotic ini datangnya dari perkataan Don Quixote penulis Spanyol 400 tahun lalu.

Don ceritakan kisah seorang penghuni di ceruk kampong, oleh kerana terlalu banyak membaca buku-buku cerita dongeng pahalawan, terjebak ke dunia khayalan, pada satu hari beliau ambil lembing dan perisai serta memakai baju besi pergi ke sebuah tasik untuk menjadi pejuang.

Apabila beliau nampak kincir angin beliau anggap itulah gergasi yang beliau mahu tewaskan, daun kipas kincir angin itu mematahkan lembing dan beliau terjatuh dari kuda yang ditunggangnya.

Cerita kisah Don banyak jenakanya, akhirnya beliau sedar dari dunia khayalan itu, akhirnya beliau faham bahawa cerita di dalam buku cerita itu semuanya dongeng dan khayalan belaka.

Helo! Helo! Perkasa, GPMS, Mubarak dan lain-lain NGO-NGO Melayu, anda semua tidak apa-apa ke? Adakah anda masih beramai-ramai bermimpi, berngigau dan dalam khayalan lagi? Cuepacs! Bukankah kamu semua pertubuhan Ngo kakitangan kerajaan? Kenapa tidak perjuangkan hak kakitangan kerajaan? adakah kamu semua termasuk salah haluan?

Jangan risau, di bumi Malaysia ini, tiada seorang pun yang berani mencabar hak-hak kamu semua, jika hak-hak kamu semua itu berlandaskan perlembagaan Negara.

Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah Negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang-orang Melayu sudah sampai masanya mampu bersaing.

Inilah yang sepatutnya dan masalah yang perlu difikirkan oleh kamu semua 76 buah NGO-NGO Melayu ini. Sumber disini

Read more...

Monday, March 8, 2010

Nik Aziz Tolak Perpaduan Dengan Umno: Sebab Kes Zina dan Liwat Dibicarakan Di Mahkamah Terbuka

Nik Aziz ALL IN BLACK
Nik Aziz dipetik sebagai berkata bahawa perbuatan yang mengaibkan orang seperti kes zina dan liwat tidak boleh dibicarakan di mahkamah.

Dalam perkembangan yang sama Nik Aziz juga mengulas surat desakan 50 ahli parlimen Australia yang diketuai oleh Micheal Dandby pejuang hak Gay/lesbian dan yahudi Australia. Bagi Nik Aziz surat tersebut bukan bentuk campur tangan tetapi sokongan kepada Anwar.

Nik Aziz juga mengulangi sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Nik Aziz seperti dalam petikan tersebut tetap berpendirian bahawa liwat Anwar sepatutnya jangan di bawa ke mahkamah kerana tiada bukti.

Nik Aziz juga menafikan hak Saiful yang mendakwa diliwat, kerana itu semua direka-reka oleh Saiful dengan bantuan pihak-pihak tertentu.

Berasaskan ayat-ayat Nik aziz ini, menteri besar Kelantan itu cuba menafikan proses mahkamah, siasatan polis, siasatan pihak berkuasa seperti jabatan kimia dan forensik serta para doktor perubatan yang telah menjalankan pemeriksaan kepada Saiful (mangsa).

Pernyataan Nik Aziz ini bersifat politik, bukan bersifat menegakkan mana yang benar. Nik Aziz menafikan semua hak termasuk hak Saiful yang menuntut keadilan bagi dirinya demi tujuan politik yang sempit.

Nik Aziz sanggup menutup mata, telinga atas semua bukti-bukti yang dipersembahkan ke dalam mahkamah demi meneggakkan Anwar Ibrahim.

Sepatutnya Nik Aziz apatah lagi berjawatan eksekutif yakni sebagi menteri besar perlu mengambil pendirian biarlah mahkamh menentukan segala-galanya dalam kes ini. Ini tidak, Nik Aziz berpendirian bahawa apapun yang dipersembahkan ke dalam mahkamh tersebut adalah bukan bukti, tetapi hanya sandiwara pihak pendakwaan demi mengaitkan Anwar Ibarahim agar supaya dapat mengekang mantan TPM itu menjadi perdana menteri Malaysia.

Sokongan Nik Aziz kepada 50 ahli parlimen Australia yang terang-terang meminta kerajaan Malaysia menguggurkan tuduhan liwat II kepada Anwar, menurut Niz Aziz bukan campur tangan, tetapi sokongan. Satu lagi pemutarbelitan fakta dan pengertian. Rupa Nik Aziz sanggup berbuat apa sahaja, apakah perbuatan itu merendah-rendah sistem kenegaraan, itu semua tidak penting, yang penting hanyalah menyokong Anwar Ibrahim.

Fatwa baru Nik Aziz bahawa kes liwat dan zina tidak boleh dibicarakan dimahkamah merupakan perbuatan menghalalkan cara, cara pembangkang. Bagi pembangkang, apapun yang boleh membantu mereka semuanya boleh, termasuk berkerjasama dengan syaitan pun.

Hari ini dalam perutusannya semepena pemerintahan 2 tahun Pakatan, Nik Aziz mengulangi bahawa penolakan perpaduan dengan Umno memberi ruang kepada Pas menyebarkan dakwah islam kepada kepada khasnya kepada DAP. Perutuan penuh Nik Aziz itu disini

Read more...

Sunday, March 7, 2010

Cabar Zulkefli Letak Jawatan; Hak Wan Azizah Kah?

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (gambar) hari ini mencabar ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu meletakkan jawatan kerana “mengambil kerusi yang bukan miliknya”.

“Petang ini saya cabar Zulkifli letak jawatan. Kalau hendak lawan, kalau hendak kritik, kritiklah (pihak) lawan, bukan kawan.

“Ini isu disiplin parti, bukan isu Islam,” katanya ketika menyampaikan amanat dalam konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam.

Selepas dipecat daripada PKR semalam, Zulkifli - yang didapati bersalah membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad - enggan merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan.

Pemecatan Zulkifli semalam menjadikan PKR kehilangan empat kerusi parlimen dalam masa terdekat. Tiga lagi sebelum ini meletakkan jawatan dan menjadi wakil bebas.

Mengulas lanjut isu ahli parlimen parti itu yang meninggalkan parti seorang demi seorang, Wan Azizah menyatakan kekecewaannya ekoran tindakan itu, lebih-lebih lagi apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

“Pada (menjelang) 16 September (tahun lepas) semua datang. Tetapi apabila saudara Anwar difitnah sekali lagi, siapa yang tingglkan kita?

"Siapa yang tinggal (bersama kita). Biarkan mereka, biarkan luncai dengan labu-labunya,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Wan Azizah ketika diminta mengulas lagi isu keengganan Zulkifli mengemukakan rayuannya terhadap parti berkata:

“Beliau sebagai seorang yang berprinsip patut mengosongkan kerusi (parlimen) itu dan memberi peluang kepada pemilih kawasan itu sama ada mereka memilih individu atau memilih parti”.

Ditanya sama ada PKR sekarang umpama “kapal yang sedang tenggelam”, beliau sekali lagi menafikannya.

“Dulu PKR hanya mempunyai satu kerusi di parlimen, tetapi kita tidak karam. Kenapa kita perlu karam, sekarang kita ada 27 kerusi.

Kerusi siapa?? yang diambil Zulkefli. Kerusi itu Zul punya, sebab dia lah calon semasa bertanding. Suka hati dia lah nak letak ke tidak. Lagi pun kalau Zul letak, dia tidak boleh bertanding lagi. Berbaloi kah letak jawatan. Sudah tentu tidak...

Sementara itu, UMNO mencadangkan kepada Zulkefli agar mengunakan Umno sebagai platformnya dalam meneruskan perjuangan. Kini pilihan terletak di tangan Zul sendiri.

Read more...

Pakatan Masih Mahu Anwar Sebagai Ketua Pembangkang

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Umno/Barisan Nasional tidak perlu sibuk mempersoalkan kedudukan kerusi ahli parlimen Pakatan Rakyat ( PR) di Dewan Rakyat dan sokongan mereka terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, katanya, yang berhak menentukan siapa yang akan menjadi ketua pembangkang ialah seluruh Ahli Parlimen PR sendiri, bukan kerajaan ataupun Speaker.

"Dalam standing order parlimen itu sendiri, yang akan menentukan siapa ketua pembangkang ialah seluruh Ahli Parlimen (MP) pembangkang, bukan kerajaan, bukan Speaker.

"Kalau berlaku pengundian misalnya, jika majoriti MP PR mengundi seseorang itu, dia akan dipilih walaupun partinya hanya diwakili oleh dia seorang," jelasnya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Lut, dekat sini pagi tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas senario lompat parti di kalangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadikan jumlah kerusi PKR kini tinggal 27 orang, iaitu kurang satu kerusi daripada DAP.

Berikutan itu, Umno/BN mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang kerana mendakwa dalam amalan parti, Ahli Parlimen dari parti yang mempunyai paling banyak kerusi akan menjadi ketua pembangkang.

Beliau turut menegaskan, tidak timbul langsung soal siapakah yang akan menggantikan Anwar sebagai ketua pembangkang sebaliknya PAS dan DAP akan terus memberikan sokongan terhadap Anwar sebagi ketua pembangkang.

"Dalam konteks yang ada sekarang, semua Ahli Parlimen daripada parti-parti Keadilan sendiri, PAS, DAP, dan pendirian PAS sendiri pun, kita sepakat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi ketua pembangkang. Tak ada masalah kerusi PKR kurang satu daripada DAP.

"DAP dan PAS terus memberi sokongan supaya beliau terus menjadi ketua pembangkang," tegasnya.

Beliau juga berkata, tindakan beberapa ahli PKR keluar parti itu tidak menjejaskan kedukan Pakatan Rakyat sebaliknya segala perancangan yang telah disusun akan berjalan seperti biasa.

"Apa yang berlaku ini tidak menjejaskan kestabilan PR malah kita akan mengadakan sambutan dua tahun PR secara besar-besaran di Pulau Pinang bermula hari ini sehingga 10 Mac ini.

"Beberapa negeri lain juga mengadakan sambutan yang sama. Di Selangor akan diadakan konvensyen PR esok, dan di Negeri Sembilan juga akan diadakan sambutan pada 9 Mac ini," katanya.

Mengulas mengenai faktor ahli PKR bertindak keluar parti pula, di samping tiada kekuatan dan sifat istiqamah dalam menghadapi cabaran, beliau juga tidak menolak kemungkinan ada percubaan Umno/BN untuk menambah mejoriti mereka di Parlimen, dengan membeli Ahli Parlimen PR.

"Menjadi MP pembangkang bukan mudah. Tidak seperti MP kerajaan yang ada peruntukan yang banyak. Pembangkang kena usaha sendiri untuk bantu rakyat. Kalau nak jadi ahli politik di kalangan pembangkang kena bersedia sungguh-sungguh. Bukan main-main.

"Tapi saya juga tidak menolak kemungkinan ada percubaan di pihan BN untuk menambah majoriti mereka (di parlimen). Sebab walaupun yang keluar itu mengisytihar diri mereka sebagai wakil Bebas, tapi apabila berlaku pengundian, mereka boleh mengundi BN," katanya.

Beliau bagaimanapun optimis tidak akan berlaku gejala lompat parti di kalangan wakil PAS.

"Saya tidak bimbang perkara ini berlaku kepada orang PAS sebab PAS memang istiqamah," katanya.

Read more...

Saturday, March 6, 2010

Sidang DUN Perak 30 Mac Depan Ada Ura-ura Pakatan Buat Kecoh

Sidang DUN Perak 30 Mac depan ada ura-ura Pakatan kan buat kecoh. Ura-ura ini bersandarkan kepada permintaan Pakatan agar supaya Sultan Perak tidak memperkenankan sidang Dun tajaan BN itu.

Dalam gesaan yang dibuat oleh Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham jika Tuanku Sultan memperkenankan sidang tersebut, Ngeh berkata mereka tidak mengiktiraf R. Ganesan sebagai spekaer. Bagi DAP jika Datuk R Ganesan diiktiraf sebagai speaker Perak yang sah, perkara itu akan menggugat sistem raja berpelembagaan di negara ini.

Beliau mendakwa, Ganesan dilantik sebagai 'speaker' oleh ADUN BN dalam sidang DUN pada 7 Mei lalu ketika Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah belum merasmikan sidang.

Katanya, Ganesan dilantik ketika sesi pagi iaitu kira-kira jam 10.30 pagi sedangkan Raja Nazrin merasmikan sidang DUN kira-kira jam 3 petang.

"Jika Sultan Perak mengiktiraf Ganesan, kepercayaan rakyat terhadap institusi beraja akan merosot.

"BN juga sudah memulakan tradisi bahawa perasmian sidang DUN oleh Sultan atau Raja Muda tidak diperlukan kerana speaker boleh dilantik sebelum sesi bermula," katanya pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

Ngeh yang juga timbalan setiausaha agung DAP juga mempertikaikan sesi pagi yang dipengerusikan oleh adun Jelapang, Hee Yit Foong ketika proses pelantikan Ganesan.

Ini kerana Hee tidak dibenarkan memasuki sidang DUN kerana sudah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Hee, bekas wakil rakyat DAP dan dua lagi adun bebas tidak dibenarkan memasuki sidang DUN ketika itu kerana speaker yang disingkirkan V Sivakumar mendakwa mereka sudah meletak jawatan berikutan tindakan ketiga-tiganya keluar parti masing-masing.

Dua lagi wakil rakyat bebas itu adalah adun Behrang, Jamaludin Mohd Radhi dan adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Tindakan ketiga-tiga adun yang berpaling tadah itu membolehkan BN menubuhkan kerajaan Perak pada 6 Februari tahun lalu.

Ngeh tidak menafikan jika sidang DUN Perak pada 30 Mac ini kekecohan tidak akan berlaku.

Read more...

Friday, March 5, 2010

Perkasa Peribumi negara Layak Dapat Permit Akhbar: Kenapa Dipertikai?

PERKASA PERIBUMI NEGARA layak dapat permit akhbar kenapa ada yang mempertikai?
Pertubuhan ini walaupun bersifat NGO namun diterima ramai rakyat. 

Kritikan Angakatan Muda Keadilan mempertikai hak Perkasa ini merupakan kerja cemburu,kerana tidak sudi pertubuhan NGO seperti perkasa dapat menembusi rakyat melalui media massa.

Kritikan AMK Keadilan adalah bertujuan agar supaya NGO seperti perkasa tidak ikut serta memberi penerangan kepada rakyat mengenai perjuangan Pakatan umumnya dan PKR khasnya.

Perkasa peribumi adalah pertubuhan bebas yang memperjuangkan hak-hak melayu dan bumiputra di negara ini. Siapa sahaja yang mencuba untuk meminggirkan melayu dan bumiputra akan ditantang habis-habisan oleh perkasa.

Pertubuhan yang diterajui oleh ahli parlimen Pasir MAS, Datuk Ibrahim Ali itu sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam.

Read more...

Thursday, March 4, 2010

Wakil Rakyat Muda Pakatan Tak Perlu Old Guard


Wakil rakyat muda Pakatan Rakyat percaya gabungan parti berkenaan kini bertambah kuat apabila elemen-elemen old guard atau pemimpin tua yang tidak diperlukan dalam parti itu kini telah menyingkirkan diri mereka.

Sebenarnya pemimpin PKR umpamanya Nurul Izzah Anwar tidak senang dengan kehadiran pemimpin tua apatah lagi yang berasal daripada umno atau PRM. Mereka mahukan pemimpin yang fresh bukan berasal daripada mana-mana parti. Namun dengan pendirian mereka ini, old guard Pas dan DAP terpaksa menyesuaikan diri dengan kehendak wakil rakyat muda ini.

Mereka juga akur dengan tugas berat yang kini dipikul dalam mentadbir negeri-negeri yang dikuasai Pakatan - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - serta cabaran untuk mengekalkan sokongan di negeri-negeri berkenaan.

Pandangan ini disuarakan dalam satu forum Wacana Generasi Perubahan dengan tajuk Dasar Bersama Pakatan dan masa depan politik Malaysia di Petaling Jaya malam tadi.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin muda ini turut mengakui terdapat isu-isu yang mampu menggugat pakatan tersebut, seperti isu penggunaan kalimah Allah yang didakwa telah dimanipulasikan oleh Umno.

Wakil Bukit Bendera Liew Chin Tong (DAP) berkata isu kalimah Allah telah diketahui oleh Umno sebagai satu senjata ampuh yang boleh digunakan bagi menyerang Pakatan.

Bercakap dalam forum itu malam tadi, beliau mendakwa, naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberitahu satu mesyuarat biro politik Umno bahawa ia merupakan satu-satunya isu yang boleh memecahbelahkan Pakatan dengan mudah.

Menurut Liew, inilah yang menyebabkan Pakatan perlu menguatkan kesepakatan dalam mencari ruang bersama di antara anggota gabungan parti tersebut bagi menangkis serangan seperti itu.

Menyetujui pendapat itu ialah seorang lagi wakil rakyat PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) yang mendakwa kesan daripada isu kalimah Allah itu sememangnya telah dirancang oleh Umno.

"Pada Februari 2009 ada undang-undang baru yang diluluskan oleh (Datuk Seri) Syed Hamid Albar di Parlimen, tapi tidak sampai setahun mereka sendiri melawan undang-undang yang mereka buat.

"Mereka jugalah yang memperkenalkan isu kalimah Allah. Tidakkah rakyat boleh melihat tangan-tangan ghaib mereka?"

Katanya, label 'ejen Yahudi' yang sering dilemparkan kepada PKR kini terkena kepada batang hidung Umno sendiri apabila presiden parti itu Datuk Seri Najib Tun Razak, menurutnya, diketahui mengupah sebuah firma strategik asing untuk membina imej beliau.

Sementara itu, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata parti-parti di bawah Pakatan kini mengambil juga pendekatan yang lebih pragmatik dalam menghadapi dasar-dasar yang diperkenalkan BN seperti cukai barang (GST).

"Kita mengambil pendirian pragmatik, kita tidak tolak sepenuhnya (GST) sebab kita berminat untuk jadi kerajaan," katanya ketika menjawab satu soalan dalam sesi seterusnya.

"Pendirian kita, GST itu tidak sepatutnya diperkenalkan sekarang sedangkan rakyat sudahpun terbeban dengan cukai yang sedia ada.

"Kerajaan perlu mengurangkan subsidi korporat kepada syarikat yang menerima konsesi besar daripada kerajaan seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Syabas," katanya.

Seorang ahli panel, Amiruddin Shari yang juga ADUN Batu Cave berkata, kesungguhan Pakatan dalam mengaplikasikan dasar Pakatan itu boleh dilihat dalam usaha kerajaan negeri Selangor menyeimbangkan bantuan kepada setiap golongan masyarakat.

"Contohnya kita beri bantuan sebanyak RM4 juta kepada kepada sekolah agama rakyat, RM4 juta untuk sekolah Cina dan RM4 juta kepada sekolah Tamil," katanya di forum itu yang dihadiri lebih 100 orang.

"Kita juga ada (konsep) CAT (Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti) di Pulau Pinang dan Selcat (jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan) di Selangor untuk pastikan setiap DUN berfungsi dengan aktif melalui kaedah semak dan imbang," katanya lagi.

Turut bercakap dalam forum berkenaan ialah wakil PAS Suhaizan Kaiat dan juga pegawai penyelidik menteri besar Selangor Tricia Yeoh.

Dasar bersama Pakatan Rakyat kali pertama dibentangkan pada 19 Disember lalu, yang menyaksikan dukungannya secara rasmi oleh kesemua pemimpin tertinggi PAS, DAP dan PKR dalam satu konvensyen yang julung kali diadakan.

Read more...

Krisis Keyakinan Melanda PKR

Krisis keyakinan melanda PKR. 12 wakil rakyta PKR semalam yang diketuai oleh Dato Kamarul Baharin Ahli Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan, terpaksa membuat ikrar dan janji bahawa mereka masih tetap dalam PKR dan masih tetap menyokong Anwar Ibrahim.

Tindak balas mereka ini ekoran beberapa wakil rakyat mereka keluar satu demi satu, dan yang terkini YB Mohsin Fadzli Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak. Wakil rakyat berusia 65 tahun ini mengatakan bahawa hilang kepercayaan kepada pucuk pemimpin PKR adalah sebabnya dia keluar.

Parti PKR telah hilang hala tuju, agenda kononnya membantu rakyat di pesongkan demi seorang pemimpin, yakni Anwar Ibrahim. PKR digunakan sebagai tapak untuk menghalalkan semua cara demi membela Anwar dan seterusnya mendapat kuasa. PKR seolah-olah tiada agenda lain, selain bersifat memberi fitnah dan membangkang kerajaan, dan seterusnya mengatakan semua perancangan atau yang dibuat oleh kerajaan, semuanya tidak betul. Hanya perjuangan PKR sahaja yang betul, yakni bagaimana Anwar menjadi perdana Menteri.

Para wakil rakyat PKR yang keluar itu merasakan, sokongan negara luar terutama yang ada kaitan dengan yahudi, sangat berbahaya kepada negara ini. Selain itu, ketaksuban Anwar kepada kepimpinan DAP terutama Lim Guan Eng, sungguh membimbangkan mereka. Mereka merasakan perjuangan PKR telah lari daripada lunas-lunas semasa negara ini dibentuk.

Akibat dolak-dalik para pemimpin atasan PKR, maka krisis demi krisis melanda PKR. Zulkefli Nordin ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, telah mendedahkan ini semua bulan lepas, namun yang pelik, wakil rakyat dari Kedah ini hingga kini masih bermain wayang.

Melihat kepada krisis yang berlaku dalam PKR ini, telah jelas dan terang, bahawa PKR mengalami krisis keyakinan yang teruk, sehingga wakil-wakil rakyat mereka terpaksa membuat ikrar.

Sampai bila kah ikrar ini boleh bertahan? Dalam politik semuanya boleh berlaku. Kita tunggu episode apa pula selepas ini.

Read more...

Wednesday, March 3, 2010

Hanya 12 Wakil Rakyat PKR Sokong Anwar: Bagaimana Pula Yang Lain?

Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti.

Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.
Ahli Parlimen Bagan Serai Perak Mohsin Radzi telah keluar PKR pagi tadi. Dengan keluarnya Mohsin, kini Anwar ada hanya 27 kerusi parlimen termasuk dirinya. Namun kedudukkan ketua pembangkang tetap dia sandang memandangkan Lim Kit Siang telah memberi sokongan agar dia terus menjadi ketua pembangkang di dewan rakyat.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP