Thursday, March 18, 2010

Anwar Akui Dia Berbohong Mengenai 16 September

Dengan kata-kata Anwar “Ahli Parlimen mana yang datang ketika pengambilalihan kuasa? Tiada siapa yang datang,” kata Anwar.“Tiada siapapun di sini. Ia tidak benar sama sekali... dia digunakan oleh Umno dengan harga yang murah, untuk apa? Dengan kata-kata demikian Anwar telah mengaku bahawa rancangan 16 September sebenarnya pembohongan, tiada kebenaran sama sekali. Mungkin inilah sebab musabab kenapa Karpal Singh mengeluarkan tomahan kepada Anwar pada 8.2.2009 agar Anwar bertaubat.

Sebenarnya Karpal Singh telah mengetahui bahawa Anwar hanya menipu wakil-wakil rakyat PKR DAP dan PAS.

Penipuan dan pembohongan Anwar ini disahkan oleh Zaharin Hashim di dewan rakyat semalam, apa wakil rakyat Bayan Baru ini mendedahkan pembohongan Anwar tersebut.

Semalam selain membongkar pembohongan Anwar, Zaharin juga mendakwa bahawa PKR telah menjadi HAMBA kepada DAP.

Dalam ucapan sulungnya selaku wakil rakyat Bebas, Ahli Parlimen Bebas menggunakan peluangnya untuk mengecam Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau telah menipu peristiwa 16 September akan benar-benar berlaku.

Zahrain (kiri) juga mendakwa ketika itu beliau diyakini bahawa Penasihat PKR itu telah memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Kami telah ditipu dengan cerita bahawa Agong menunggu di istana... menunggu untuk mendapatkan pengesahan bahawa sudah ada sejumlah Ahli Parlimen menyertai pembangkang dan kami ada cukup bilangan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Agong juga dikatakan telah memberi perkenan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai perdana menteri,” kata beliau dengan diiringi suara “ooh” dari kalangan anggota Dewan Rakyat.

Suara menyokong dan membantah kedengaran apabila Zahrain meneruskan ucapannya.

Penyokong-penyokong pembangkang pula mengambil peluang untuk mendakwa Zahrain dibeli oleh BN manakala Anwar pula memberitahu Dewan Rakyat bahawa bekas ketua PKR Pulau Pinang itu hanya berminat untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan.

Zahrain membalas dengan memberitahu Anwar, “anda jangan berbohong”.

Ketika itu Anwar keluar dari Dewan Rakyat.

Beberapa Ahli Parlimen BN mendakwa Anwar tidak boleh bertahan dengan bahang serangan Zahrain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kemudian memberitahu, “takut, takut, takut, takut, takut.”

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen sejurus selepas sidang Dewan Rakyat ditangguhkan, Zahrain mempertahankan kecamannya terhadap Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Zahrain yang meninggalkan PKR bulan lalu berkata, beliau berhak untuk mengeluarkan pendirian sedemikian.

“Saya hanya memberitahu sebab-sebab saya keluar parti, kekecewaan saya dengan Keadilan dan janji-janji yang dibuat oleh Ketua Umum yang mana semuanya adalah pembohongan,” katanya.

Ketika ditanya bilangan Ahli Parlimen yang didakwa dimiliki Anwar untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 Sept 2008, wakil rakyat Bayan Baru ini enggan memberikan jawapan.

“Saya tidak kisah pasal soal angka, saya hanya menceritakan perkara sebenar, kebenaran, Apa yang saya lalui... Bagi saya itu (angka) tidak relevan,” katanya.

Sambil mempertahankan pendiriannya meninggalkan PKR, Zahrain berkata keputusan beliau dipercepatkan dengan cara Ketua Menteri Lim Guan Eng menguruskan negeri Pulau Pinang.

Zahrain menambah, apabila isu diktator dan chauvinis muncul beliau tidak dipertahankan.

“Itu menjadi sebab terakhir (saya keluar),” kata Zahrain yang lantang mengkritik Lim.

Terdahulu Anwar, yang tergesa-gesa meninggalkan sesi Parlimen sejurus selepas Zahrain berucap, mengkritik balas bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sambil berkata beliau berbohong apabila bercakap mengenai isu 16 Sept.

Dengan terbongkarnya pembohongan Anwar ini, rakyat perlu mengambil iktibar, bahawa Anwar hanya mencipta ilusi demi memesongkan rakyat. Tiada perancangan jitu untuk membantu rakyat, yang ada adalah rancangan untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP