Sunday, March 7, 2010

Cabar Zulkefli Letak Jawatan; Hak Wan Azizah Kah?

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (gambar) hari ini mencabar ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu meletakkan jawatan kerana “mengambil kerusi yang bukan miliknya”.

“Petang ini saya cabar Zulkifli letak jawatan. Kalau hendak lawan, kalau hendak kritik, kritiklah (pihak) lawan, bukan kawan.

“Ini isu disiplin parti, bukan isu Islam,” katanya ketika menyampaikan amanat dalam konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam.

Selepas dipecat daripada PKR semalam, Zulkifli - yang didapati bersalah membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad - enggan merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan.

Pemecatan Zulkifli semalam menjadikan PKR kehilangan empat kerusi parlimen dalam masa terdekat. Tiga lagi sebelum ini meletakkan jawatan dan menjadi wakil bebas.

Mengulas lanjut isu ahli parlimen parti itu yang meninggalkan parti seorang demi seorang, Wan Azizah menyatakan kekecewaannya ekoran tindakan itu, lebih-lebih lagi apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

“Pada (menjelang) 16 September (tahun lepas) semua datang. Tetapi apabila saudara Anwar difitnah sekali lagi, siapa yang tingglkan kita?

"Siapa yang tinggal (bersama kita). Biarkan mereka, biarkan luncai dengan labu-labunya,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Wan Azizah ketika diminta mengulas lagi isu keengganan Zulkifli mengemukakan rayuannya terhadap parti berkata:

“Beliau sebagai seorang yang berprinsip patut mengosongkan kerusi (parlimen) itu dan memberi peluang kepada pemilih kawasan itu sama ada mereka memilih individu atau memilih parti”.

Ditanya sama ada PKR sekarang umpama “kapal yang sedang tenggelam”, beliau sekali lagi menafikannya.

“Dulu PKR hanya mempunyai satu kerusi di parlimen, tetapi kita tidak karam. Kenapa kita perlu karam, sekarang kita ada 27 kerusi.

Kerusi siapa?? yang diambil Zulkefli. Kerusi itu Zul punya, sebab dia lah calon semasa bertanding. Suka hati dia lah nak letak ke tidak. Lagi pun kalau Zul letak, dia tidak boleh bertanding lagi. Berbaloi kah letak jawatan. Sudah tentu tidak...

Sementara itu, UMNO mencadangkan kepada Zulkefli agar mengunakan Umno sebagai platformnya dalam meneruskan perjuangan. Kini pilihan terletak di tangan Zul sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP