Jangan Ambil Mudah Pemimpin Keluar PKR: Belajar Daripada Pengalaman PBS
Jangan mendabik dada dulu dengan mengatakan bahawa semua pemimpin dan Wakil Rakyat yang keluar PKR kerana bermasalah.
Mereka bukan bermasalah, mereka hanya menyuarakan isi hati mereka mengenai parti. Kalau mereka bermasalah,kenapa mereka begitu setia terhadap PKR sejak tahun 1998 lagi. Kenapa baru sekarang dikatakan bahawa mereka itu bermasalah.
Pemimpinan atasan PKR seperti setiausaha agongnya Saifuddin Nasution mengatakan bahawa dengan keluarnya wakil-wakil rakyat dan para pemimpin PKR itu, menurut istilah Saifuddin adalah penambahbaikan parti. Bagi AA, itu bukan penambahbaikan akan tetapi kebocoran.
Ibarat kapal yang ditinggalkan oleh para crew, apa akan jadi pada kapal itu? kapal itu akan karam seperti kapal titanic yang karam di lautan utara.
PKR sekarang hanya dihuni oleh para kroni Anwar, para sosialis pengikut syed Hussien Ali dan para simpatisan DAP dalam PKR.
PKR akan terus bergoncang, PKR akan terus dilanda badai. Semalam pemuda PKR di Cabang Pematang Pauh, di mana Anwar adalah ketuanya telah mengistiharkan keluar parti, kerana mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan Anwar. Sebelum ini 13 AJK cabang Kuala Selangor, di mana Khalid Ibarhim adalah ketuanya telah keluar beramai-ramai, sehingga cabang PKR itu lumpuh dan terbubar.
Dalam politik, parti politik tidak akan dapat bertahan jika para pemimpinnya satu demi satu meninggalkan parti itu, demikian juga jika para ahlinya juga ikut keluar.
PKR sekarang diambang kehancuran. Semalam, Anwar merancau, sehinggakan defacto leader PKR ini mengatakan bahawa keluarnya para pemimpin PKR ini disebabkan oleh Najib dan Rosmah Mansor. Lojik kah???
PKR lah belajarlah pengalaman parti bersatu Sabah (PBS). Pada tahun 1994, apabila para pemimpin PBS keluar seperti Yong Teck Lee, Bernard Dompok, Joseph Kurup, maka parti itu berkecai. Namun atas kebijaksanaan Pairin Kitingan menyertai semula BN, maka PBS sekarang merupakan komponen BN yang terkuat setelah UMNO di Sabah.
PKR tidak akan mampu bertahan dalam Pakatan. Sebabnya adalah perjuangan 3 parti gabungan itu sungguh berbeza. Apa yang ditonjolkan di depan rakyat adalah gabungan longgar dan bila-bila masa gabungan ini akan bercakaran sesama sendiri.

0 comments:
Post a Comment