MP Sokong Anwar Hanya Berbaki 29 Kerusi Di Parlimen: Kedudukan Ketua Pembangkang Tergugat

Anwar kini dalam serba salah, di lain pihak dia mencuba memancing berbagai sokongan daripada para mantan pemimpin BN. Yang terakhir adalah masuknya Kalakau Untol (mantan timbalan presdien AKAR dan Ketua Pemuda UPKO) ke dalam PKR. Di lain pihak pula para penyokong Anwar yang dianggap sejati seperti Zaharin dan Tan Bee Beng serta Fairuz meninggalkan Anwar. Timbul persoalannya di sini, apa kah sebenarnya terjadi pada Anwar? Menurut dakwaan para mantan PKR ini, mereka keluar PKR kerana telah hilang kepercayaan kepada Anwar. Anwar telah melupakan asas perjunangan PKR yang diasaskan oleh Wan Azizah, yakni untuk menang pilihanraya agar supaya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri.Namun kini, Anwar mengubah arah penubuhan asas parti, seperti mana dakwaan Zukelfil Nordin ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, bahawa apabila Pakatan menang, negara ini akan diubah kepada sistem republik.
Fairuz semalam berkata, dia keluar PKR atas sebab PKR tidak lagi memperjuangkan melayu dan bumiputra dan agama islam, melainkan landasan perjuangan PKR telah terlalu jauh menyimpang, kerana itu dia masuk Umno, kerana percaya hanya Umno sahaja yang mampu memperjuangkan hak melayu dan islam.
Dengan semakin ramainya pemimpin PKR yang keluar ada kemungkinan PKR akan rebah bersama-sama rebahnya Anwar.
0 comments:
Post a Comment