Kit Siang Berniat Jahat: Kata Muhyiddin
-->
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lim Kit Siang berniat jahat kerana mencabarnya meletak jawatan jika gagal mengakui beliau "Malaysian first, Malay second".
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden UMNO, berkata Penasihat DAP itu hanya mahu menjejaskan hubungannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kit Siang ada niat jahat sebab beliau sendiri tak sokong 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini pada Rabu.
Lim, yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur, hari ini mencabar Muhyiddin meletakkan jawatannya jika Timbalan Perdana Menteri itu gagal mengakui beliau "Malaysian first, Malay second" yang tidak selari dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib.
Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan jahat Lim bertujuan untuk menyerang gagasan 1Malaysia yang disokong oleh rakyat tetapi tidak disokong oleh pemimpin DAP itu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penjelasannya dalam Dewan Rakyat mengenai 1Malaysia sebelum ini adalah apabila seseorang pemimpin bercakap mengenai kaumnya, itu tidak bermakna mereka tidak menyokong gagasan itu.
"Tidak salah bagi mana-mana pemimpin untuk berjuang untuk kepentingan kaum dia. Takkan Kit Siang kata (beliau) tak berjuang (untuk) kaum Cina. Kita berjuang untuk semua.
"Tak bermakna kata nak tolong Melayu, orang Cina tak tolong. Kit Siang sendiri tak sokong 1Malaysia, dia kata dia Middle Malaysia. Kalau nak guna dia punya benchmark (ukuran), pada saya tak betul," katanya.
Muhyiddin mempersoalkan cabaran Lim kerana Penasihat DAP itu sendiri tidak menyokong gagasan 1Malaysia malah DAP dianggap sebagai parti cauvinis didominasi satu kaum sahaja.
"Semua kaum ada dalam BN, mana ada semua kaum dalam DAP," katanya.
Timbalan Perdana Menteri juga mencabar Lim membuktikan bahawa dasar Middle Malaysia yang dicanang DAP disokong semua parti dalam pakatan pembangkang.
"Saya takkan termakan (tuntutan)...Kit Siang boleh sebut seribu kali (cabaran itu). Saya seorang Melayu tetapi sebagai seorang Melayu tidak bererti kita bukannya seorang rakyat Malaysia. Saya rasa Kit Siang tidak akan faham," kata Muhyiddin.
Ketika diberitahu oleh pemberita bahawa Lim mengakui beliau "Malaysian first, Chinese second", Muhyiddin berkata semua orang boleh bercakap apa sahaja tapi yang penting adalah pendirian individu berkenaan.
Mengenai calon Barisan Nasional untuk bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, beliau berkata perkara itu akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian pada Jumaat ini.
Kerusi itu kosong setelah penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat meninggal dunia akibat kanser otak pada 25 Mac lepas. BERNAMA

0 comments:
Post a Comment