Saturday, March 20, 2010

PAS semakin Hari Semakin Kehilangan Keyakinan Perjuangan

Parti Pas semakin hari semakin kehilangan keyakinan perjuangan. Kerjasama dengan DAP menunjukkan bahawa parti itu sebenarnya telah hilang keyakinan diri.

Pas terlalu taksub bahawa kerjasama dengan DAP dapat mrealisasikan kemahuan mereka untuk menakluki Putrajaya.

Pendedahan Zaharin sebelum ini di dewan rakyat tidak menghilangkan ketaksuban mereka kepada Pakatan.

Mereka nampak bahawa dengan pendedahan Zaharin itu peluang pemimpin PAS untuk menjadi de facto leader dalam Pakatan adalah terserlah.Yang pasti rakyat dan penyokong tidak akan sudi berketuakan seorang pembohong dan penabur fitnah.

Sebenarnya yang mendapat manafaat kepada pendedahan Zaharin ini adalah parti Pas. Jika mereka pandai merebut peluang, maka ini lah masanya Hadi Awang atau Nik Aziz menjadi de facto leadar Pakatan.

Walaupun Pas kenampakan sebagai KUDA DAP sejak dua tahun yang lalu, ekoran pendedahan Zaharin, maka peluang para pemimpin PAS terbuka luas.

Ramai pemerhati mengatakan bahawa selagi PAS bergantung harap terhadap DAP, maka persepsi bahawa parti itu kehilangan keyakinan diri akan terus diterima rakyat partisan. Parti PAS sukar menghilangkan ciri-ciri ini, kerana rakyat nampak di depan mata mereka, bagaimana PAS terlalu tunduk kepada DAP terutama di Pulau Pinang, Perak dan selangor.

Ketaksuban kepada DAP ini lah yang menyebabkan PKR kehilangan beberapa wakil rakyatnya, walaupun dalam Parti PAS belum ada tanda-tanda wakil rakyat mereka akan keluar parti, namun tindakan beberapa wakil rakyatnya seperti Khlaid Samad, ahli parlimen Shah Alam, menunjukan bahawa parti PAS sangat taksub terhadap DAP.

Salleh Man, Pesurujaya Pas Pulau Pinang, yang suatu ketika dahulu dijanjikan untuk dilantik sebagai pengerusi agama islam Pulau Pinang (MAIP) janji tinggal janji. Namun, bagi pemimpin PAS hanya berdiam diri.

Tindakan Lim Guan Eng yang mempersoalkan pengurusan Zakat dan maulidul rasul di Pulau Pinang, malah mendapat sokongan padu daripada Pas. Tidak kurang Nik Aziz menyokong penuh tindakan Lim Guan Eng itu. Melalui tindak tanduk para pemimpin Pas ini, jelas sama sekali, bahawa PAS tunduk kepada DAP.

Tindakan Pas yang terlalu taksub kepada Pakatan, sebenarnya akan menghakis penyokong akar umbinya. Selagi parti ini bersengkokol dengan DAP, maka semakin jauh lah para penyokong akar umbinya. Bagi barisan Nasional, peluang ini yang perlu dimanfaatkan dan diambil peluang. Umno khasnya perlu memanfaatkan keadaan ini, agar para penyokong akar umbi Pas terus menjauhi parti mereka.

Umno perlu memberi peluang untuk menerangkan kepada para penyokong akar umbi mengenai hala tuju parti mereka.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP