Thursday, March 25, 2010

Adenan Satem Kembali: Mungkin Pengganti Taib

Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Adenan Satem dilantik kembali dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak sebagai pegawai khas di pejabat Ketua Menteri yang bertaraf menteri.

Pelantikan yang berkuatkuasa 2 April itu dibuat selepas rombakan kecil kabinet Sarawak hari ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata jawatan Adenan  yang juga anggota dewan undangan negeri (Adun) Tanjung Datu itu setaraf dengan jawatan menteri penuh.

"Berdasarkan kepada pengalaman Adenan kita berharap beliau boleh melaksanakan tanggungjawab dalam jawatan baru beliau ini khasnya berkaitan bidang maklumat dan penyiaran," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching hari ini.

Dengan kembalinya Adenan dalam kabinet negeri kemungkin besar mantan menteri persekutuan ini dipersiapkan untuk menggantikan Taib , sekurang-kurang selepas pilihanraya Negeri, yang perlu diadakan pada tahun 2012.

Abdul Taib juga menaikkan jawatan menetri penuh kepada Menteri Muda di pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan latihaan) dan Menteri Muda Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (Pembangunan Wanita) dan Menteri Muda Pemodenan Pertanian (ekonomi Rumah Tangga dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah sebagai Menteri di Pejabat Ketua Menteri.

Beliau yang juga Adun Dalat bertanggungjawab dalam pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan keluarga selain menjaga bahagian perancangan dan latihan.

"Fatimah dilihat berjaya melaksanakan beberapa program khasnya yang melibatkan pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan keluarga dan kita mahu ada seorang menteri penuh untuk melaksanakan dan memantapkan lagi tugas ini," katanya.


Sementara itu Abdul Taib (atas) berkata Adun Batu Kawa yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Joo Phoi dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Alam Sekitar).

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP