Wednesday, March 10, 2010

Zul! Kenapa Baru Sekarang?

Zulkifli Noordin, yang dipecat dari PKR, Sabtu lalu mengesahkan bahawa dia akan menjadi wakil bebas di Dewan Rakyat.

“Saya telah menulis kepada speaker semalam bagi memaklumkan kepada beliau bahawa saya kini adalah MP bebas,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Zulklifi yang mewakili kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu akan menyertai empat MP bebas yang lain apabila Dewan Rakyat bersidang semula Isnin depan.

Empat yang lain itu adalah wakil Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim, Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai) and Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas).

Zulkifli juga menafikan laporan kononnya dia akan menyertai PAS.

“Saya tidak berhasrat menyertai mana-mana parti buat masa ini. Saya akan meneruskan perjuangan mempertahankan Islam.”

1 comments:

hanizam March 10, 2010 at 1:44 PM  

takpelah YB ooiii..yang penting dah cabut dari kapal yang nak karam tu...

tengok pak berahim, dia tak takut nak tibai maner-maner side kalau tak buat kerja...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP