Wednesday, September 30, 2009

Isa Samad: Penyelamat Kebimbangan Najib

Najib terlalu bimbang apabila menyaksikan keputusan-keputusan PRK yang dilangsungkan baik sebelum mengambil kempininan Umno atau selepasnya.

Pertukaran kempimpinan Umno kerana ramai pemimpiun Umno mengatakan bahawa merundumnya sokongan rakyat terhadap parti melayu itu adalah disebabkan kepimpinan Abdullah Badawai yang dikuasai oleh menantunya Khairy Jamaludin.

Mantan PM Tun Mahathir adalah pengritik hebat Pak Lah, kerana PM ke 5 itu mengenepikan perancangan dr Mahathir sebelum Pm-4 itu mengundur diri.

Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura merupakan perbalahan yang membawa kepada pertentangan pribadi yang luarbiasa antara dr Mahathir dan Abdullah Badawi.

Akibat pertentangan tersebut, maka dr Mahathir keluar Umno dan akan kembali sebagai ahli sekiranya Pak Lah bukan lagi presiden Umno. Namun kerosakan yang telah dibuat sukar untuk disembuhkan.

Perancangan dr Mahathir apabila Najib ambil alih kepimpinan Umno, maka sokongan akan kembali kepada Umno dan Bn, perkiraan ini sangat meleset, kerana bukti melalui semua PRK yang diadakan semasa Najib menjadi PM, semua calon UBN kalah, walaupun Manek Urai hampir terjadi Upset, kerana Faktor Tok Pa.

Melihat keadaan ini Najib bgitu bimbang, kerana itu apabila ada kekosongan di kawasan yang dimenangi UBN semasa Pru-12, kali ini di DUN Bagan Pinang, maka Najib tidak mahu memperjudi kepada agenda perubahan yang diucapkan melalui perhimpunan Agung Umno awal tahun ini, akan tetapi kembali kepada FAKTOR PENENTU KEMENANGAN. Atas sebab pertimbangan itu, maka ISA SAMAD dipilih sebagai calon DUN Bagan Pinang, walaupun Isa mendapat tentangan dari berbagai pihak terumata Tun Mahathir.

Isa Samad di mata pengundi Bagan Pinang digambarkan sebagai LOCAL Hero, walaupun pencalonnya agak negatif diperingkat kebangsaan. Najib menaruh harap yang sangat tinggi kepada Isa Samad untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang, demi menaikan semangat dan menghapus kebimbangannya untuk sementara waktu.

Read more...

Tuesday, September 29, 2009

Zulkifili Omar (Pas) Lawan Isa Samad (UMNO) di Bagan Pinang

Zulkifli Omar-Persuruhjaya Pas Negeri Sembilan (gambar) dipilih bertembung dengan Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang Isa Samad yang juga mantan menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Pertembungan kali ini melihat sejauh mana penerimaa rakyat terhadap calon Pas-Pakatan yang tidak mempunyai rekod mentadbir negeri bertembung dengan mantan MB yang sudah tentunya mempunyai pengalaman yang luas.

Bagan Pinang bukan sahaja menjadi kayu pengukur tentang keupayaan dan penerimaan rakyat terhadap Pakatan yang mempunyai rekod 7-0 sepanjang PRK yang diadakan selepas PRU-12, tetapi juga TITIK TOLAK Umno apa kah masih releven dan mendapat sokongan rakyat.

Sekiranya Umno menerusi Isa Samad boleh meningkatkan majoriti Azman Noor yang berjumlah 2,333, boleh lah ditafsirkan bahawa Umno masih mendapat sokongan rakyat, jika sebaliknya apa tak lagi kalah, maka Umno terpaksa berfikir jauh agar supaya tidak dilabuhkan.

Bagan Pinang memang Umno sebagai juara bertahan.. Pas cuba merebutnya.. akan terjadi kah Up set? sama-sama kita tunggu

Read more...

Umno-Isa Samad-Bagan Pinang: Biar Kampung Tergadai Asal menang Sorak!!

Pendirian Pemuda dan wanita Umno Bahagian Telok Kemang tidak dapat menerima sesiapa calon selain Isa Samad bagi mewakili UBN PRK Bagan Pinang yang akan diadakan pada 3-11 Oktober ini ibarat kata pepatah: Biar kampung tergadai asalkan menang Sorak.

Umno Bahgian Telok Kemang tidak memikirkan langsung pandangan Tun Mahathir bahawa, jika sekalipun Bagan Pinang UBN menang melalui Isa Samad, kawasan-kawasan lain akan dihukum oleh para penggundi, kerana UMNO tidak serius mengenai pemimpin yang berpekong khasnya mereka yang didapati pemimpin pengamal politik wang.

Pendirian Umno Bahagian Telok Kemang terutama pemuda dan wanita tidak mengambil kira langsung soal survival UBN secara keseluruhan. Mereka hanya mementingkan soal surival seorang pemimpin yang berjasa bagi tempat mereka.

Tidak terfikirkah oleh mereka, survival UBN secara keseluruhan. Dapat kah mereka memastikan 100% bahawa Isa Samad akan menang dengan MUTLAK? Sudah kah mereka mendalam penggundi yang berjumlah 14 ribu. Dapat bersandar kah mereka kepada undi pos yang berjumlah 4,600 akan berfihak kepada UBN. Tidak kah mereka belajar dari beberapa PRK yang lalu, bahawa undi Pos tidak selamanya berfihak kepada UBN.

Sekiranya berfikir secara terbuka dan memikirkan survival UBN secara keseluruhan, maka perbuatan berikut tidak berlaku:- Ikuti kisahnya seperti dibawah ini:-

“Kami mahu Isa. kalau tak kami BOIKOT” Demikian kain rentang yang masih dapat dilihat di beberapa kawasan Bt. 6 Teluk Kemang, di sini. Dipercayai kain rentang itu dibuat sendiri oleh penyokong tegar bekas Menteri Besar Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad. Kain rentang itu juga dikatakan sebagai isyarat awal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak; bahawa akar umbi bertegas mahukan Isa. Ini kerana Najib dijadualkan mengumumkan calon pilihan Umno BN petang ini. Dalam perkembangan berkaitan, kain rentang protes yang sama mula diturunkan di sekitar kampung halaman Isa, Kampung Baru Si Rusa; sejak pagi tadi. Bersebelahan rumah kampung Isa – Balai Raya Si Rusa yang dijadikan bilik gerakan Umno kelihatan tidak dihiasi sebarang bendera dan kain rentang. Suasana hambar di situ, seolah-olah menggambarkan Umno tempatan boikot pilihan raya jika Isa tidak terpilih sebagai calon. Beberapa perkembangan terkini menjangkakan Umno masih berdepan pergelutan kuasa dalaman dalam Umno, walaupun Umno berjaya menampilkan seorang calon yang bersih.

Read more...

Khalid Ibrahim pening lembu pula jadi urusan setelah KEPALA LEMBU

Kira-kira 100 penternak lembu di Selangor berhimpun secara aman sambil membawa 40 ekor lembu dan kambing di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam. Mereka bertindak sedemikian bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak mengendahkan rintihan dua penternak yang mengalami kerugian akibat kejadian empangan pecah di kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam, Selayang, 24 September lalu

Read more...

Nizar: Ganesan Speaker Haram

PAS Perak tetap berpendirian, tindakan Adun Pakatan Rakyat untuk tidak menghadiri sidang DUN yang dipanggil Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN) Ganesan adalah langkah yang tepat.

Ini kerana, bagi mereka V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Demikian kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya.

Beliau menegaskan bahawa ?Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. "Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan.

Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.? Abu Bakar mengulas tindakan 28 Adun Pakatan yang tidak akan menyertai sidang Dun Perak akan datang yang dipanggil oleh Speaker Ganesan.

"Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja.

DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar," katanya. (Gambar:Speaker DUN Perak, V Sivakumar diseret dari DUN) Tambah beliau lagi, seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei.

Ia adalah cubaan rampasan kuasa Umno-BN, katanya. "Sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas Umno/BN yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mengesahkan semua Adun Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan.

Alasan beliau adalah:- Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas.

Ganesan, kata Khalil, dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

Bagi beliau, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed. Azhar memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Beliau memetik Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri. Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar, katanya, cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker. "Saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah," kata Khalil dalam kenyataannya.

Oleh itu, Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

"Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka," katanya

Read more...

Monday, September 28, 2009

Nizar: Esok Saman Sivakumar didengar Di Mahkamah: Peluang MB masih ada

Kes-kes yang menarik untuk diikuti. 29 September mahakamah akan mendengar apakah Sivakumar betul dalam mengistiharkan 3 DUN Katak di Perak adalah kosong.

jika mahakamah mengisthiarkan bahawa Sivakumar betul, maka Nizar ada peluang lagi jadi MB kerana kedudukan DUN adalah seimbang. Terserah kepada Sultan Perak memberi perkenaan, yang manakah patut memerintah Perak. Ada kemungkinankah Tuanku memberi perkenaan pembubaran DUN untuk membolehkan pilihanraya?.

Dalam kedudukan Negri Perak sekarang, difikirkan perlu bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mana pilihan mereka. Membiarkan keadaan sekarang yang menurut Nizar dan penyokongnya adalah kerajaan yang ditubuhkan bukan melalui pilihanan rakyat, melainkan melalui cara kudeta.

Read more...

Nizar: Speaker DUN Selangor Tak Patut Pertikai Hassan Ali

Nizar Jamaluddin dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan Speaker DUN Selangor suatu peghinaan kepada Pas, kerana mempertikai kewibawaan Persuruhjaya Pas Negeri Dr Hassan Ali.

Nizar berkata, sepatutnya Speaker DUN Tersebut memberi sokongan kepada Hassan Ali bukan membidasnya. Nizar tetap mengulangi sokongan kepada Hassan Ali dan Pas dan mempertahanankan bidasannya terhadap Tony Pua.

Sementera itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak".

Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.

Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng.

Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah 'memalukan' pegawai kerajaan.

Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.

Read more...

Nizar: Rakyat Perak Sukar Maafkan Zambry

Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak.

Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.

Kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu. Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.

Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka. Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa. Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.

Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.

Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut. Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.

Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.

Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal. Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat Bulan Ramadhan dan Aidilfiri Tidak Mampu reda Kemarahan Rakyat Perak #fullpost{display:none;} Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak.

Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.

Kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu. Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.

Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka. Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa. Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.

Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.

Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut. Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.

Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.

Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal. Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat.

Read more...

Sunday, September 27, 2009

Nizar Tak Setuju Tindakan Dispilin Kepada Hassan Ali

PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini. Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata: "Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."

Ahad lalu, Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah." Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri.

Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hasan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hasan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat.

"Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat... PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hasan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras.

"Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hasan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau."

"Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hasan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan , mantan MB Perak Nizar Jamlaludin sangat bersetuju dan akur dengan tindakan Hassan Ali. Nizar berkata beliau sehaluan dengan tindakan Hassan sepertimana tanggapan Presiden parti. Tegas nizar.

Read more...

Nizar: Rakyat Perak Masih Sokong Saya: Zambry masih dicemoh

Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak.

Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.

Kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu. Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.

Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka. Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa. Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.

Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.

Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut. Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.

Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.

Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal. Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat. Read more... checkFull("post-" + "1968472855221155621"); Posted by dayangwulan at 17:42 , Links to this post , 0 comments Perak: Bulan Ramadhan dan Aidilfiri Tidak Mampu reda Kemarahan Rakyat Perak #fullpost{display:none;} Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak.

Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.

Kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu. Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.

Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka. Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa. Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.

Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.

Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut. Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.

Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.

Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal. Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat.

Read more...

Saturday, September 26, 2009

Mahathir: Kenapa Pilih Calon Ada Pekong? Isa Samad Ada Pekong

Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya. "Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku). "Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman. BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu. Manakala Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP.

Read more...

Friday, September 25, 2009

Musa Hassan Kata Tak pernah Sebut Siasat Menteri

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan malam tadi menafikan laporan berita yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
.
Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Musa menafikan pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya pagi semalam.
.
"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.
.
Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.
.
Penyiaran kertas kabinet itu di laman web Malaysia Today, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
.
Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ. BERNAMA

Read more...

Thursday, September 24, 2009

Nizar: Rakyat Perak Masih Sokong Saya

Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak.

Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.

Kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu. Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.

Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti asal. Ada sahaja tanda kebencian dilemparkan ke gambar mereka. Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa. Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.

Menurut penduduk berhampiran, kain rentang berkenaan digantung dua minggu lalu dan kesan conteng berkenaan disedari seminggu kemudian.

Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut. Namun yang lebih menghairankan, biarpun sudah seminggu diconteng, tiada seorang penduduk pun mengambil inisiatif membersihkan mahupun menanggalkannya, seolah-olah sengaja ditayang untuk tontonan umum.

Ketidakpedulian rakyat terhadap perkara tersebut menyerlahkan lagi betapa marahnya mereka terhadap kepimpinan BN negeri ini.

Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal. Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui stesen radio Perak namun ia juga dilihat gagal menarik simpati rakyat.

Read more...

Bagan Pinang: Isa Samad: Pemuda Telok Kemang Tetap Sokong

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang, Mohd. Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Walaupun ada ura-ura yang menyatakan Mohd. Isa tidak cukup kredibel kerana pernah diambil tindakan disiplin parti atas tuduhan politik wang, perwakilan melihat hanya Isa yang boleh menyatu-padukan masyarakat Port Dickson, katanya.

"Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa. "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada UMNO dan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang ini," katanya.

Beliau memberi contoh mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah diambil tindakan disiplin oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman kerana menulis buku Malay Dilemma. "Akibat desakan yang kuat dari akar umbi, Perdana Menteri kemudian Allahyarham Tun Abdul Razak membawa masuk Dr. Mahathir kembali dan beliau akhirnya muncul sebagai pemimpin yang hebat," katanya.

Katanya, pemilihan Isa sangat tepat kerana tokoh itu telah membuktikan kesetiaannya kepada parti walaupun telah diambil tindakan disiplin dan ini merupakan contoh yang baik kepada ahli lain.

Ini membuktikan kesetiaan itu merupakan satu perkara yang perlu kita utamakan, jadi bagi saya selaku Ketua Pemuda malah mungkin mewakili sebahagian Pemuda inilah yang patut menjadi idola kerana kita hendak mencari orang yang benar-benar setia pada parti," katanya.

Jika parti menolak suara perwakilan, beliau khuatir UMNO akan melakukan kesilapan yang sama seperti parti LDP yang telah memerintah Jepun selama lebih dari 50 tahun tetapi akhirnya tewas. - Bernama

Read more...

Nizar: Jika Isa Samad Calon Umno Permatang Pasir ke-2 berulang

Nizar cukup yakin Pas boleh menang di Bagan Pinang. Keyakinan ini berasaskan kepada keadaan umno yang mengalami pergolakan terutama dalam menentukan calon.

Umno bercakaran sesama sendiri kerana bahagian umno Telok Kemang mahukan agar ketuanya Isa Samad menjadi calon.

Pencalonan Isa Samad mendapat tentangan dan bantahan daripada Tun Dr Mahathir kerana Isa mempunyai pekong dan nama yang tercalar. Mahathir khuatir jika Isa Samad dicalonkan, walaupun boleh menang, rakyat kawasan lain akan menghukum Umno.

Umno sejak tahun 1993 telah diselimuti dengan isu politik wang. Ekoran isu tersebut maka Jawatan kuasa disiplin Umno ditubuhkan demi membendung dan memantau penggunaan wang terutama dalam pemilihan pimpinan parti.

Di Sabah mantan ketua pemuda Umno Japlin Akim walaupun didapati mengamalkan politik wang semasa kempen untuk Khairy Jamaludin dan digantung selama 3 tahun sebagai ahli Umno, hingga kini masih memegang jawatan pembantu menteri dalam kabinet Musa Aman-Ketua Menteri Sabah.

Dilemma dalam umno terus berpanjangan khasnya dalam menangani politik wang, kerana ramai pemimpin yang ada sekarang juga sebagai pengamal poltik wang semasa TEAM WAWASAN DAHULU.

Nizar berkeyakinan Bagan Pinang mudah ditawan Pas jika Isa Samad tetap mewakili Umno, kerana terlalu banyak isu yang boleh digunakan untuk menyerang mantan MB Negeri Sembilan tersebut.

Read more...

Wednesday, September 23, 2009

Nizar: Bagan Pinang BN bayar HUTANG

17 September PAS dah mula gempur Bagan Pinang. Selama bulan puasa para peraih undi maupun pemimpin PAS berkunjung rumah ke rumah. Salahudin Ayub sebagai pengarah jentera PAS telah mula bergerak sejak tarikh tersebut.

Persuruhjaya PAS Zulkefli Omar juga tidak kurang aktifnya berusaha berjumpa seberapa banyak pengundi Bagan Pinang. Musim Hariraya para pemimpin PAS memanfaatkan hari kemenangan tersebut bersilaturahim sambil merayu para pengundi.

Sementara itu para pemimpin BN sibuk dengan rumah terbuka masing-masing, yang datang seperti TOUCH N GO kerana sibuk membuat kunjungan rumah terbuka.

Demikianlah senerio di Bagan Pinang yang bakal membuka tirainya pada 3 Oktober depan.

Nizar Jamaludin dalam perutusan Harirayanya membayangkan bahawa BN akan bayar HUTANG di Bagan Pinang kerana berjaya merampas tahta MBnya di Perak.

Nizar akan turun habis-habisan di Bagan Pinang membawa pengundi Bagan Pinang melakukan perubahan besar-besaran demi menguji keampuhan 1 Malaysia Najib dan signifikan kemenangan 7-0 bagi semua PRK selepas PRU-12 yang diadakan di Semenanjung.

BN masih kini terkial-kial mencari calon yang boleh dihandalkan selain Isa Samad yang dicalonkan oleh Bahagian UMNO Telok kemang dan disokong secara padu oleh Pemuda Bahagian walaupun mendapat tantangan daripada mantan perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Jika kesepekatan tidak dapat dirungkai antara para pemimpin Umno ada kemungkinan berlaku sabotej dan Umno akan kecundang, kerana itu tertunailah IMPIAN Nizar, bahawa UMNO akan bayar HUTANG di Bagan Pinang.

Read more...

Nizar: 5 Februari Nizar jadi budak DAP, manakala BN Hilang Punca

5 Februari, 2009 adalah tarikh yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Perak. Nijar bersama kerajaan yang dimonopoli oleh DAP telah tersungkur. Nijar sedar bahawa kenikmatan yang diperolehinya semata-mata atas bantuan DAP, tanpa DAP kenikmatan yang pernah dikecapinya jauh ikan dari panggang, hanya tinggal angan-angan mat jenin.

Nijar dalam mempertahankan kenikmatannya terpaksa ikut rentak dan skrip Datuk Nga- pengerusi DAP Perak, kalau Nga kata lompat, maka Nijar Lompat, kalau Nga kata derhaka,maka Nijar Derhaka. Adalah lumrah bagi seseorang seperti Nijar yang dapat kuasa kerana menumpang “toi”, kelakuan perlu dibuat-buat, kalau biasanya tidak kurang ajar- tetapi kerana dalam skrip mesti berkelakuan kurang ajar- maka terpaksa kurang ajar.

Peristiwa Perak menyaksikan bagaimana seorang manusia melayu seperti Nijar menjadi budak suruhan dalam usaha menegakkan benang basah. Nijar dijadikan alat untuk mencabar kedaulatan Sultan Perak. Nijar digunakan untuk mencabar undang-undang. Nijar digunakan untuk memporak perandahkan keamanan negeri Perak. Nijar digunakan agar kesangsian atau curiga mencuriagai, geram dan dendam antara kaum diperlebar.

Umum telah tahu, bahawa komposisi wakil rakyat yang diwakili Pakatan adalah terdiri daripada 22 orang bukan melayu, manakala melayu hanya 6 ADUN- disandang oleh parti PAS.

Tidak salah mana-mana kaum pun boleh memerintah dalam negara; asalkan lunas-lunas demokarsi perlembagaan berparlimen dipatuhi. Semangat tolak ansur mesti dipatuhi sepertimana dipersetujui semasa pembentukan negara merdeka. Dalam sistem demokrasi, sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan lebih hendaklah diberi peluang untuk menikmati kemenagan.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu ``formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli. Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa ``hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Semangat tolak ansur ini, telah tidak digunapakai lagi oleh Pakatan, bagi mereka selagi kenikmatan dinikmati mesti terus dinikmati- melalui cara apapun. Mereka tidak kesah, apakah mereka mempunyai majoriti seperti mana dalam sistem demokrasi, yang penting mempergunakan situasi dan kondisi untuk menaikan imej dan memontem dalam usaha menarik sokongan.

Malangnya, bagi pihak BN, telah terpancing dan terperangkap dalam skrip permainan pihak Pakatan. Pihak BN seolah-olah menjadi pelakon dalam skrip yang dicipta oleh pihak Pakatan. Pihak BN yang menerajui kerajaan seolah-olah tidak mempunyai idea untuk menangkis karenah Pakatan, yang ada hanya memberi ulasan kepada kejadian-kejadian yang dicorakan oleh Pakatan berasaskan kepada skrip lama: misalnya Pakatan tidak menghormati institusi raja, pakatan tidak ikut prinsip demokarsi, pakatan cuma berbohong, pakatan cuma pandai membuat janji dan semacamnya. BN seolah-olah kehilangan punca- selama setahun setelah PRU-12, BN masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi taktik Pakatan.

Read more...

Undi Pos: Betul Ke berpihak?? Bagan Pinang Bagaimana?

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos,"

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.

Bagan Pinang mempunyai pengundi 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.

"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita.

Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.

Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof akan membawa SPR ke mahkamah, jika cadangan PKR bahawa pengundi pos tidak dibenarkan membuat pilihan, yakni mengundi secara biasa atau mengundi secara pos.

Menurut Yusmadi keadaan sekarang memungkinkan pengundi yang terdaftar sebagai pengundi pos boleh mengundi secara biasa.

Read more...

Tuesday, September 22, 2009

Naib Presiden PKR Dari Sabah Dr Jeffry Kitingan ambil alih Presiden PBS

Di Sabah akhir-akhir ini telah menjadi bahan percakapan bahawa Dr Jeffery Kitingan akan mengambil alih kemimpinan PBS daripada Datuk Seri Pairin Kitingan. Dr Jeffery adalah naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga merupakan adik kepada Datuk Pairin.

Khabar angin yang kencang bertiup di Sabah, Datuk Pairin tidak mahu jika Dr Maximus Ongkili yang sekarang adalah Timbalan Presiden PBS mengambil alih jawatan Presdien PBS.

Datuk Pairin di khabarkan akan meletak jawatan sebagai presdien PBS kerana tidak sihat meneruskan kepimpinan PBS.

Penolakan Dr Jeffery melalui media dikatakan ada sandiwara kerana ada beberapa pemimpin PBS yang belum sebulat suara menerima Dr Jeffery kembali menerajui PBS.

Perbincangan hangat sedang rancak dijalankan agar beberapa pemimpin yang pro Maximus agar dapat menerima cadangan agar Dr Jeffery boleh menggantikan Datuk Pairin.

Dr Jeffry dikhbarkan akan membuat pengumuman mengenai penyertaannnya semua ke dalam PBS dalam masa terdekat.

Read more...

Sunday, September 20, 2009

Kes Liwat Anwar: Siapa yang Menangguh ???

Adakah Anwar takut kebenaran terbongkar? kerana itu penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.

Penangguhan kes ini suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah inilah gambaran yang dapat dilihat.

Kenapa rasa takut kalau merasa tidak salah. Kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu moral.

Sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.

Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah.Yang buat demonstrasi jalanan apa hal? ‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes.Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”. Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu. Namun usaha tersebut dibatalkan oleh mahkamah.

‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang.Boleh saya kata begitu? ‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul.Ini tak logik, mengarut,” katanya. Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar? ‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.

Read more...

Saturday, September 19, 2009

PKFZ: Najib Siasat laman Web Siarkan kertas kabinet

- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis akan menyiasat sebuah laman web yang menyiarkan dokumen didakwa Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perdana Menteri menegaskan, jika benar dokumen yang disiarkan itu Kertas Kabinet, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan siasat dan tengok hasilnya nanti. Apa-apa tindakan ke atas pesalah boleh diambil di bawah OSA," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Permata Negara di sini, hari ini.

Semalam, sebuah laman web menyiarkan dokumen 18 muka yang didakwa sebagai memorandum daripada Menteri Kewangan bertarikh 22 Jun 2007 berhubung PKFZ.

Menurut Najib, OSA diwujudkan bukan bertujuan menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya diterima oleh mereka.

Katanya, kerajaan akan mengumumkan kepada orang ramai mengenai hasil siasatan isu PKFZ apabila siap kelak.

Read more...

Khir Toyo Nak Rampas Kuasa kena ancam BUNUH

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat yang sampai pagi tadi ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang.

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Sekeping surat itu yang bertulisan tangan di kedua-dua halamannya dikirim dari Bukti Raja, Kelang pada 15 Sept berdasarkan cop pada setemnya.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Mohamad Khir berkata beliau membuat aduan polis pada 12.30 tengah hari tadi.

Tambahnya, ugutan sedemikian bukan pertama kali terhadapnya.

"Sebelum ini, melalui SMS itu biasa. Tapi surat, ini kali pertama," katanya, sambil menambah, aduan itu dibuat kerana berasa keselamatan dirinya terancam.

"Dulu lainlah, (semasa menjadi menteri besar) saya ada pengawal peribadi," katanya.

Dalam laporan Bernama, beliau berkata surat itu dibawa oleh pembantunya bersama-sama surat lain dan kad ucapan Selamat Hari Raya ke pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam pagi ini dan beliau membaca surat ugutan kira-kira 10 pagi.

"Dia tulis di sana (salam surat ugutan) saya bebas mencari Datuk Seri sama ada di Selangor, di Sungai Panjang, di Sungai Besar, di Sungai Dorani, di Shah Alam... saya boleh tembak Yang Berhormat pada bila-bila masa," beliau dipetik berkata selepas membuat aduan polis.

Ditanya sama ada beliau mengetahui siapa yang menghantar surat ugutan itu, Dr Mohamad Khir berkata biarlah pihak polis yang menyiasat.

"Sebagai ketua pembangkang saya menegur apa yang perlu, apa yang perlu diambil tindakan untuk kebaikan.

"Saya kesal tindakan saya itu dikatakan saya cuba untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau dilaporkan berkata ugutan itu ditujukan hanya kepadanya seorang sahaja.

Ulasan

Usaha Khir Toyo mengalih pandangan umum tentang isu rumah mewahnya. Khir setelah menghabiskan masa beberapa jam untuk memberi keterangan mengenai rumah mewahnya di seksyen 7 Shah Alam yang menimbulkan kotraversi kerana mewahnya rumah tersebut.

Kenyataan Khir Toyo sebelum ini bahawa rumah tersebut dibeli melalui pinjaman bank yang tidak sampaipun 1 juta ringgit, kini menurut khabarnya mempunyai nilai melebihi 7 juta.

Persoalannya, di mana Khir Toyo mendapat wang sebanyak itu? Gaji sebagai MB tanpa digunakan 1 sen pun belum tentu cukup membiayai pembinaan rumah tersebut.

Kerana isu rumah ini mendapat perhatian umum dan menyebabkan kredibiliti Khir menurun, maka surat layang yang dikatakan ingin membunuhnya merupakan taktik alih pandang daripada isu rumah mewah.

Apa kah melalui laporan Khir Toyo ini memang keselamatannya akan terjaga, kerana penulis surat tersebut merupa orang yang tidak dikenal. Mampu kah pihak polis mencegahnya. Memandangkan ramai juga pemimpin politik yang mati dibunuh di negara ini, hingga kini belum terungkai.

Read more...

Friday, September 18, 2009

Khalid Ibrahim akan ikut Jejak Nizar: Jawatan MB hilang

Umno Barisan Nasional mulakan taktik merampas semula Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat dengan cara propagnda media dan isu yang mengatakan dan menyebarkan khabar angin kononnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat hilang sejak beberapa hari lalu.

Terbaru, penyebaran khabar angin menerusi email ini mengatakan ketiga-tiga ADUN yang hilang iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari; ADUN Bukit Melawati, M. Muthiah dan ADUN Kajang, Lee Kim Sin akan lompat parti.

ADUN Batu Caves Amirudin Shari menafikan khabar angin ini dan melihat ia direka semata-mata untuk mengelirukan penyokong PKR .

Katanya propaganda berkenaan juga seolah-olah mahu menunjukkan kononnya kerajaan negeri semakin lemah.

“Ini semua kenyataan orang sakit otak dan kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengelirukan penyokong dan menimbulkan rasa syak kepada kalangan sahabat-sahabat dalam Pakatan. Sepanjang beberapa hari yang lepas SMS mengatakan saya hilang, saya katakan saya sibuk dengan program-program di Batu Caves.

“Saya nafikan benda-benda seperti itu kerana tiada sebab saya hendak hilang dan tiada sebab saya hendak lari,” katanya ketika di hubungi TV Antara.

Beliau turut menafikan M. Muthiah dan Lee Kim Sin hilang kerana kedua-duanya hadir bersama semua ADUN dalam pertemuan bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai taklimat peruntukan DUN dan pembinan kuil Seksyen 23.

Amirudin turut menyatakan keyakinan kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih tetap dengan perjuangan mereka dan tidak akan lompat parti melainkan pihak lawan menggunakan taktik jahat.

“Ini semua propaganda-propaganda yang dibuat untuk menunjukkan kerajaan Negeri Selangor lemah, tidak berupaya dan menimbulkan pergaduhan antara satu sama lain.

“Tapi bukan bererti kita tidak berjaga-jaga, kita tetap berjaga-jaga serangan musuh dan sebagainya dan kita tak mahu apa yang terjadi di Perak berulang kembali dengan taktik jahat dan sebagainya. Tapi kita yakin semua ADUN tetap dengan keputusan kecuali mereka main taktik jahat dan kotor,” katanya.

Sementara itu ADUN Bukit Melawati M. Muthiah menyifatkan khabar angin mengatakan beliau akan lompat parti adalah satu kenyataan bodoh dan beliau tetap dengan pendirian bersama PKR.

Menurutnya beliau yakin hasrat Umno Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat tidak akan berjaya kerana parti berkenaan gemar memainkan isu perkauman.

“Bukan saya itu perkara bodoh, mereka kata sahaja dan membuat huru hara. Mereka kata akan ambil alih Selangor tapi saya rasa mereka langsung tidak boleh ambil. Yang mereka kacau dan timbulkan beberapa isu antaranya isu perkauman yang hendak dimulakan ini semua taktik politik kotor Umno.

“Saya bukannya hendak keluar dari parti ini saya dari MIC masuk ke dalam parti ini saya telah hapuskan semua dari memori saya. Saya tidak mahu sampai saya mati pun saya tidak mahu masuk campur dengan mereka,” katanya.

ADUN Kajang Lee Kim Sin yang menafikan khabar angin berkenaan meminta rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya dengan taktik kotor Umno Barisan Nasional kerana Kerajaan Negeri Selangor masih utuh.

“Tidak pernah ada orang berjumpa dengan saya semua ini khabar angin. Semalam kami ada mesyuarat negeri semua ada.

“Percaya kepada kerajaan negeri Selangor bahawa memang stabil memang tak ada seperti yang diwar-warkan oleh pihak BN dan semua ADUN berdiri teguh bersama Tan Sri (Abdul Khalid Ibrahim),”katanya.

Kim Sin turut menafikan dakwaan khabar angin berkenaan kononnya beliau akan lompat parti kerana beliau tidak lagi percaya dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak pernah, saya 100 peratus. Sejak reformasi lagi kita telah bersama dan kita akan teruskan reformasi sampai seluruh di reformkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan serangan balas terhadap tindakan rakus Umno Barisan Nasional yang secara terang terangan menyatakan hasrat untuk merampas kembali negeri Selangor dari jajahan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata Pakatan akan mematahkan setiap serangan terdesak Umno Barisan Nasional yang ghairah memanipulasikan agensi kerajaan dalam usaha menjarah keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

“Pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi mengulangi pendirian kita akan mempertahankan dan akan menyerang balas sekuat mungkin terhadap apa percubaan ganas untuk merampok dan merampas Selangor.

“Kita bermesyuarat panjang bersama Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tentang cara meneruskan usaha baik mereka, cara kita menghadapi serangan ganas Umno Barisan Nasional mempergunakan jentera kerajaan untuk mempersulitkan kerja Selangor,” katanya pada sidang medianya.

Mahasiswa: Target Baru AH LONG

Kegiatan ah long dikesan semakin berleluasa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dengan menjadikan pelajar luar negara sebagai sasaran.

Terbaru, Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima aduan daripada pengurusan IPT swasta di Cyberjaya membabitkan pelajarnya yang mencagarkan pasport antarabangsa kepada 'lintah darat' itu untuk membuat pinjaman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, golongan itu dikesan aktif menjalankan kegiatan menjerat pelajar luar negara untuk membuat pinjaman dengan mereka di luar kawasan kampus.

''Pihak universiti merayu kepada kerajaan supaya menghalang sindiket ini daripada mendekati pelajar kerana perbuatan tersebut ternyata menyusahkan pelajar.

''Kebanyakan pelajar ini masih muda dan seronok dapat pegang banyak duit, jadi kita perlu lakukan sesuatu untuk membanteras gejala ini kerana tujuan mereka ke sini adalah untuk belajar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Murugiah menambah, terdapat kes pelajar yang gagal membayar balik pinjaman telah ditahan oleh ah long termasuk dikurung sehingga gagal dikesan oleh pihak pengurusan universiti.

Pelajar itu juga katanya, tidak dapat pulang ke negara asal selepas tamat pengajian ekoran pasport antarabangsa mereka telah dirampas.

Dalam perkembangan berkaitan, BPA akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama Jabatan Imigresen, polis, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti terbabit esok untuk membincangkan beberapa isu berbangkit membabitkan pelajar asing.

Read more...

Khir Toyo Cipta Sensasi: Alih Pandangan Rumah Mewah

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat yang sampai pagi tadi ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang.

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Sekeping surat itu yang bertulisan tangan di kedua-dua halamannya dikirim dari Bukti Raja, Kelang pada 15 Sept berdasarkan cop pada setemnya.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Mohamad Khir berkata beliau membuat aduan polis pada 12.30 tengah hari tadi.

Tambahnya, ugutan sedemikian bukan pertama kali terhadapnya.

"Sebelum ini, melalui SMS itu biasa. Tapi surat, ini kali pertama," katanya, sambil menambah, aduan itu dibuat kerana berasa keselamatan dirinya terancam.

"Dulu lainlah, (semasa menjadi menteri besar) saya ada pengawal peribadi," katanya.

Dalam laporan Bernama, beliau berkata surat itu dibawa oleh pembantunya bersama-sama surat lain dan kad ucapan Selamat Hari Raya ke pejabatnya di Glenmarie, Shah Alam pagi ini dan beliau membaca surat ugutan kira-kira 10 pagi.

"Dia tulis di sana (salam surat ugutan) saya bebas mencari Datuk Seri sama ada di Selangor, di Sungai Panjang, di Sungai Besar, di Sungai Dorani, di Shah Alam... saya boleh tembak Yang Berhormat pada bila-bila masa," beliau dipetik berkata selepas membuat aduan polis.

Ditanya sama ada beliau mengetahui siapa yang menghantar surat ugutan itu, Dr Mohamad Khir berkata biarlah pihak polis yang menyiasat.

"Sebagai ketua pembangkang saya menegur apa yang perlu, apa yang perlu diambil tindakan untuk kebaikan.

"Saya kesal tindakan saya itu dikatakan saya cuba untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau dilaporkan berkata ugutan itu ditujukan hanya kepadanya seorang sahaja.

Ulasan

Usaha Khir Toyo mengalih pandangan umum tentang isu rumah mewahnya. Khir setelah menghabiskan masa beberapa jam untuk memberi keterangan mengenai rumah mewahnya di seksyen 7 Shah Alam yang menimbulkan kotraversi kerana mewahnya rumah tersebut.

Kenyataan Khir Toyo sebelum ini bahawa rumah tersebut dibeli melalui pinjaman bank yang tidak sampaipun 1 juta ringgit, kini menurut khabarnya mempunyai nilai melebihi 7 juta.

Persoalannya, di mana Khir Toyo mendapat wang sebanyak itu? Gaji sebagai MB tanpa digunakan 1 sen pun belum tentu cukup membiayai pembinaan rumah tersebut.

Kerana isu rumah ini mendapat perhatian umum dan menyebabkan kredibiliti Khir menurun, maka surat layang yang dikatakan ingin membunuhnya merupakan taktik alih pandang daripada isu rumah mewah.

Apa kah melalui laporan Khir Toyo ini memang keselamatannya akan terjaga, kerana penulis surat tersebut merupa orang yang tidak dikenal. Mampu kah pihak polis mencegahnya. Memandangkan ramai juga pemimpin politik yang mati dibunuh di negara ini, hingga kini belum terungkai.

Read more...

Thursday, September 17, 2009

Wayang Nizar Sidang Dun Perak seperti Filem Hindustan

2 September lalu, bandar raya Ipoh seawal pagi dipenuhi pasukan keselamatan yakni polis dan FRU. Bandar Ipoh yang tadinya tenang kecoh kerana kehadiran pasukan keselamatan berbaur dengan penyokong Nizar yang dlaporkan sekitar 50 orang.

Kekecohan bertambah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang enggan bersurai meskipun mendapat arahan bersurai.

Puncanya hanya kerana mereka mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka sendiri. Pada hal mahkamah telah memutuskan bahawa Barisan Nasional (BN) yang berhak memerintah negeri itu.

Maka untuk mendapat perhatian dan publisiti, ADUN pembangkang di negeri itu terpaksa "main wayang" dengan memanggil satu 'sidang DUN'. Tetapi daripada apa yang berlaku pada hari itu, termasuk insiden ADUN pembangkang terbabit bertengkar dengan polis semuanya seperti telah dirancang.

Skripnya seolah-olah telah diatur sejak awal lagi. Skrip wayang itu bermula dengan bekas speaker, S. Sivakumar memanggil sidang DUN haram itu. Kemudian para ADUN terbabit hadir pada hari yang ditetapkan dan berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Di situ mereka dihalang oleh polis maka tercetuslah ketegangan antara pemimpin dan penyokong mereka dengan pihak polis. Setelah puas berdrama di jalan raya mereka menuju ke hotel di mana segala-galanya sudah disusun dan disediakan untuk mereka bermesyuarat.

Skripnya jelas. Hotel sudah tentu ditempah dari awal. Susun aturnya ala sidang DUN itu juga tentunya telah diarahkan dari awal. Tetapi untuk menunjukkan bahawa hasrat mereka itu dihalang, ADUN-ADUN pembangkang itu perlu juga berarak di jalan.

Apabila berarak sudah tentu polis akan bertindak. Dengan itu mereka akan mendapat publisiti yang diinginkan. Setelah sekian lama agak tenggelam, hari Rabu lalu mereka kembali mendapat publisiti di media. Dengan cara itu juga mereka dapat menunjukkan kononnya polis bertindak kasar. Malah polis didakwa telah menghalang mereka melaksanakan 'proses demokrasi'. Sedangkan mahkamah jelas memutuskan bahawa BN lebih berhak mentadbir Perak.

Nampaknya, undang-undang dan apa yang diputuskan oleh mahkamah tidak penting pada kumpulan ini. Pada mereka, yang paling penting ialah mencapai cita-cita peribadi dan mendapatkan publisiti murahan walau dengan apa cara sekalipun.

Tindakan ADUN Setiawan, Ngeh Koo Ham yang bertegang leher dengan polis juga seolah-olah telah dirancang. Kenapa perlu bertekak dengan polis kalau tempat bermesyuarat di hotel yang berhawa dingin telah siap ditempah? Untuk apa semua itu kalau bukan untuk publisiti murahan?

Untuk membolehkan mereka bermesyuarat di hotel itu sudah tentu ia perlu ditempah dari awal. Kalau sudah tempah dewan di hotel kenapa perlu lagi untuk berarak di jalan raya hingga mencetuskan ketegangan dengan pihak polis?

Tidakkah itu disengajakan? Tidakkah itu kekecohan yang dirancang dan disengajakan supaya mereka boleh mendakwa pihak polis kejam?

Inilah demokrasi yang didokong oleh kumpulan terbabit. Sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya yang sah, mereka sepatutnya menumpukan kepada usaha-usaha untuk membantu dan memajukan rakyat.

Inilah masanya untuk mereka membuktikan kepada penduduk yang diwakili bahawa mereka jauh lebih baik daripada wakil rakyat BN sebelum ini. Inilah juga masa untuk mereka membuktikan segala kata dan janji ketika kempen bahawa rakyat akan mendapat "pemimpin yang lebih baik".

Tetapi dengan wayang demi wayang dan lakonan demi lakonan, bilakah masanya mereka akan berbakti kepada rakyat? Kedudukan kumpulan yang berhak memerintah negeri sudah jelas.

Kini BN yang lebih berhak. Selain pakatan pembangkang kehilangan majoriti ekoran dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti itu, mahkamah juga membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Sebagai pemimpin-pemimpin dan kumpulan yang selalu melaung-laungkan konsep demokrasi, sepatutnya hormatilah keputusan itu.

Apa yang mereka dapat daripada mesyuarat yang diadakan hari itu? Bolehkan keputusan atau usul yang kononnya dibangkit dan dibentangkan pada mesyuarat itu dilaksanakan? Jika tidak boleh, tidakkah itu namanya buang masa? Atau boleh dikatakan lakonan untuk mendapat perhatian dan tumpuan?

Sebelum ini mesyuarat yang diadakan di bawah pokok juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat. Hanya ADUN terbabit sahaja yang mendapat liputan meluas pihak media termasuk media antarabangsa.

Rakyat pula hanya mampu melihat dari jauh. Terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Nasib mereka tidak juga berubah. Wakil rakyat telah berubah daripada BN kepada pembangkang dengan harapan akan ada perubahan. Tetapi nasib mereka tetap sama. Sudahlah hasil mesyuarat sekadar masuk angin keluar asap.

Masalah yang berkaitan dengan rakyat tidak satu pun dibangkitkan. Sama ada ketika mesyuarat di bawah pokok mahupun yang di hotel itu. Isu yang dibangkitkan semuanya hanya berkenaan dengan hal untuk mengekalkan status quo ADUN-ADUN terbabit. Dalam lain perkataan, semuanya untuk kepentingan peribadi dan untuk mengisi tembolok sendiri.

Sampai ke tahap sanggup berlakon dan bersandiwara. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin: "Mahkamah sudah buat keputusan, desak macam mana pun tak jalan... ikut prinsip Perlembagaan, mahkamah dah tetapkan Menteri Besar dan kerajaan sah jadi apa lagi nak desak?"

Tentu ADUN pembangkang yang semuanya bijak-bijak itu faham akan keputusan mahkamah tersebut. Tetapi mungkin ada kumpulan rakyat yang tidak faham. Mereka seperti mahu menggunakan wayang ini untuk mengabui dan mempengaruhi rakyat supaya membenci BN.

Mungkin ada juga yang terhibur apabila melihat gelagat ADUN-ADUN terbabit. Setelah berpeluh-peluh dan kering air liur bertegang leher dengan pihak polis mereka dengan mudah bergerak ke hotel tersebut.

Jelas dan nyata tempat telah tersedia untuk mereka. Semuanya sudah disusun cantik termasuk gelas berisi air tersedia di atas meja. Setelah menyaksikan gelagat dan lakonan itu, terpulang kepada rakyat untuk menilai wakil rakyat mereka.

Dari situ boleh dinilai bentuk pemimpin yang macam mana yang dimahukan. Tepuk dada tanya selesa. Dulu orang selalu berkata, terlajak perahu boleh diundur. Tetapi orang zaman ini yang tersalah memangkah terpaksa tunggu lima tahun lagi untuk merubah.

Read more...

Tuesday, September 15, 2009

Manek Urai: Kelantan Dapat 1 Bilion Royalti Minyak

Kerajaan pusat telah menerima permohonan dari kerajaan negeri Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak sebanyak RM1 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata permohonan tersebut setakat ini masih dalam peringkat kajian sebelum apa-apa keputusan mengenainya dibuat kerana kawasan tempat minyak yang dijumpai itu berada di zon antarabangsa.

"Kedua-dua kawasan tersebut terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Jadi pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada Kelantan."

Salah satu kawasan tersebut adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Awang Adek berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan kewangan Yayasan Tun Hamdan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sini.

Terdahulu, beliau yang juga pengerusi Yayasan Tun Hamdan menyampaikan bantuan kewangan kepada 32 penerima yang dipilih dari tiga buah sekolah di negeri ini.

Kesemua penerima telah dinilai prestasi pelajaran masing-masing sepanjang tahun ini dan dari keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Read more...

Monday, September 14, 2009

Dun Bagan Pinang: Sebelum pengundian BN dah dapat 30% undi

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).

"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.

Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.

"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.

"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.

Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan.

Read more...

Isa Samad: Hampir Pasti Calon Umno Bagan Pinang 3-11 Oktober

Spr telah mengumumkan bahawa penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang adalah 3 Oktober, dan jika ada pertandingan maka pembuangan undi akan berlangsung pada 11 oktober.

Namun bagi Umno pemilihan calon tidak begitu sukar, kerana Isa Samad mantan MB selama 22 tahun merupakan calon yang boleh mempertahankan DUN tersebut tetap dalam gengaman BN.

Penerimaan pengundi setempat wajib dijadikan kelayakan utama sewaktu memilih calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kriteria lain seperti jawatan dalam UMNO bahagian mahupun umur calon tidak wajar digunakan sama sekali.

Katanya, pandangan itu adalah berasaskan pengalaman dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan kekalahan BN.

"Kita telah banyak belajar dalam pilihan raya kecil sebelum ini, memegang jawatan ketua bahagian tidak menjamin kemenangan seperti yang berlaku di Kuala Terengganu atau kerana calon itu muda (di Permatang Pasir), ia tidak bermakna pembangkang tiada isu untuk dipermainkan.

"Pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan yang penting ialah calon yang diterima rakyat tanpa mengira jawatan, umur, jantina, pangkat dan darjat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) dan menyempurnakan majlis pelancaran Pakaian Seragam Baru Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Beliau mengulas isu calon yang sesuai untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohd. Nor akibat jangkitan darah awal bulan ini.

Berikutan kekosongan itu, UMNO Bahagian Teluk Kemang telah mencadangkan nama ketuanya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga merupakan bekas Menteri Besar selama 22 tahun.

Beliau dicadangkan kerana mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan berkenaan selain telah banyak berbakti kepada penduduk setempat.

Sementara itu, ditanya adakah kenyataan beliau memberi gambaran bahawa Mohd. Isa adalah calon yang paling sesuai, Hishammuddin berkata: "Tidak, saya tidak kata begitu, yang penting kalau seseorang calon itu tidak sesuai pada kita tetapi sesuai kepada pengundi di sana, maka bukan hak kita untuk menentukannya kerana ia adalah bidang kuasa pengundi di kawasan tersebut. "Kalau Mohd. Isa sesuai untuk kawasan itu, maka sesuailah dan kalau tidak sesuai maka tidak sesuailah."

Read more...

PKFZ: Sepatutnya Suruhanjaya Diraja bukan HANYA PASUKAN PETUGAS KHAS

Kabinet hanya menubuhkan pasukan petugas bagi menyediakan laporan berkaitan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan.

Semnetara itu PAS, menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut. "PAS berpandangan bahawa pasukan ini tidak mempunyai kredibiliti yang kuat, malah tidak mempunyai kuasa yang luas bagi membuat siasatan.

"Di akhir tugas mereka pasukan ini hanya melapor pada kabinet dan terpulang kepada kabinet untuk memutuskannya," Pas menyifatkan pasukan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu tidak bebas kerana mereka terikat sebagai penjawat awam biasa yang bertugas dibawah arahan menteri.

Apa yang lebih membimbangkan menurut parti Pas, hasil siasatan ke atas skandal tersebut sebelum ini mengaitkan tokoh-tokoh politik dari Barisan Nasional (BN).

Antara yang dikaitkan ialah bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy; Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing; bekas Bendahari Umno yang juga pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd iaitu anak syarikat KDSB, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi; bekas Exco kerajaan negeri Selangor dari Umno yang menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan Ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) ketika transaksi dibuat, Datuk Abdul Rahman Palil dan Bendahari Umno Selangor yang juga Timbalan CEO KDSB, Datuk Faizal Abdullah.

Menurut parti Pas mereka tidak menolak akan berlaku penyalahgunaan kuasa atau campurtangan anggota kabinet terhadap tugas penyiasatan yang dibuat oleh pasukan tersebut nanti bagi melindungi orang-orang tertentu.

"Oleh itu, PAS bertegas menuntut satu suruhanjaya di raja yang bebas dengan dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen bukan dari komponen parti yang terlibat, wakil badan kehakiman, wakil dari peguam negara, wakil dari Majlis Peguam, wakil Bank Negara, wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan wakil NGO yang berkaitan.

"Sewajarnya kes ini disiasat secara terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah hangus dalam projek PKFZ ini,". Rakyat, , pasti ingin tahu ke manakah duit mereka pergi dalam projek tersebut dan siapakah dalang utama hingga menyebabkan negara terpaksa mengalami:

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion. Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Selain itu tuduhan kepada Ong Tee kiat yang dikatakan menerima 10 juta daripada Datuk Tiong yang ada kaitan secara langsung dengan pembinaan projek berbilion ringgit ini.

Sisatan terhadap Ong Tee Kiat masih berjalan, dan rakaman percakapannya telahpun dirakam oleh pihak sprm.

Read more...

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP