Apa Pentingnya menjaga Hati Indonesia? Negara Kita Juga Berdaulat
TERBUKTI setelah kerajaan kita menyatakan protes terhadap tindakan ekstrem dan provokasi pelbagai pihak terhadap Malaysia, media massa Indonesia kini lebih berhati-hati. Setakat ini tiada lagi laporan berat sebelah disiarkan mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara.
Tindakan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman memanggil Duta Besar Indonesia di Malaysia Da‘i Bachtiar bagi menyatakan rasa tidak puas hati Malaysia merupakan tindakan paling tepat untuk menghentikan tindakan memperlekehkan Malaysia.
Selama ini apabila Malaysia mendiamkan diri, ia seolah-olah membangkitkan keberanian banyak pihak di Indonesia untuk terus menghina Malaysia. Kerajaan Indonesia pula seolah-olah ‘menghalalkan’ apa juga bentuk tindakan anti-Malaysia termasuk membiarkan usaha “mengumpulkan senjata tajam untuk menyerang Malaysia” walaupun ia nyata mengancam keselamatan.
Rakyat Malaysia yang pertama menjadi sasaran ialah pelajar perubatan di Universiti Gajah Mada di Jogyakarta di mana rumah sewa mereka dilempar dengan batu. Selepas itu sekumpulan 30 pelajar universiti berkenaan mengambil tindakan berkonfrantasi dengan pelajar Malaysia dan mendesak pihak universiti terbabit tidak lagi mengambil pelajar Malaysia.
Kemuncaknya apabila kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) bertindak menyekat lalu lintas di Jalan Deponegoro, Menteng Jakarta Pusat bagi mencari rakyat Malaysia untuk diusir atau dipanggil sweeping.
Kumpulan itu didakwa didalangi oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) pimpinan Megawati Soekarnoputri. Bapanya, Presiden Soekarno merupakan pemimpin yang mempelopori slogan “Ganyang Malaysia”. Jadi tidak hairan apabila kumpulan berkenaan menjadi penerus kepada fahaman anti-Malaysia.
Kelompok Megawati sebenarnya kelompok yang kecewa selepas kalah pada pilihan raya lalu dan Megawati juga gagal kembali ke tampuk pimpinan Indonesia selepas tewas kepada Susilo Bambang Yudhoyono pada Pilihan Raya Presiden 2004.
Kelompok kecewa ini sanggup melakukan apa saja termasuk mengganggu ketenteraman negara sendiri demi meluahkan perasaan marah. Apatah lagi ketika ini Susilo yang kekal sebagai Presiden sedang sibuk menyusun Kabinet baru.
Menteri Pelancongan, Jero Wacik sendiri telah meletak jawatan selepas mengetahui namanya tidak terdapat di dalam senarai Kabinet tersebut. Jero jugalah yang menjadi punca kepada kekecohan dan kekeruhan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Dia yang mahu menjadi ‘hero” telah menggunakan isu tarian Pendet dari Bali yang kononnya digunakan oleh Malaysia bagi mempromosikan pelancongan sendiri.
Bagaimanapun ia terbukti bukan angkara kerajaan Malaysia tetapi dilakukan oleh syarikat swasta di Singapura. Discovery Channel sendiri telah mengutuskan surat permohonan maaf kepada Indonesia di atas kesilapan tersebut. Bagaimanapun isu itu masih diperbesarkan sehingga Susilo sendiri memberi peringatan kepada Malaysia berhubung perkara tersebut.
Inilah yang dikatakan “matlamat menghalalkan cara”. Semua dilakukan Jero semata-mata untuk perjuangan karier politiknya iaitu berharap akan dikekalkan di dalam Kabinet. Tetapi akhirnya yang sebaliknya berlaku.
Selain itu Malaysia juga dituduh mencuri budaya Indonesia apabila turut mempromosikan batik, masakan rendang dan keris sebagai milik Malaysia selain menggunakan lagu Rasa Sayang dalam promosi pelancongan.
Provokasi itu tetap berlaku walaupun mereka sedar Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Kita bukan sahaja mempunyai hubungan kekeluargaan malah budaya serta tradisi juga sama.
Memang agak pelik apabila Indonesia mahu mempatenkan batik, keris, rendang dan sebagainya sebagai hak mereka dan mana-mana pihak yang mahu menggunakannya perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Sedang Jepun negara yang lebih maju contohnya tidak pernah mempatenkan pedang samurai serta kimono. Bahkan menjadi satu kebanggaan apabila tradisi mereka terkenal serta diikuti di seluruh dunia.
Begitu juga India tidak pernah mempatenkan pakaian sari dan China tidak pernah mempatenkan tarian singa dan tarian naga.
Jika India mula mempatenkan kebudayaan mereka, Indonesia sendiri tidak dapat mempromosikan kebudayaan mereka yang banyak dipengaruhi agama Hindu terutama di Bali.
Oleh itu Susilo dan Kabinet barunya perlu memikirkan kaedah yang sesuai bagi mengelakkan media massanya daripada terus bertindak sebagai “polis, mahkamah bahkan menjadi presiden”.
Jika ia berterusan tidak akan ada lagi negara yang menghormati kepimpinan beliau khususnya dan Indonesia amnya.

0 comments:
Post a Comment