Sunday, September 6, 2009

Di mana SILAP NAJIB (Musli oli) sesuatu fakta yang perlu ULASAN

Tulisan berikut berasal dari muslioli.blogspot.com. Seorang bloger yang memang saya kenal dan seorang sahabat. Tulisan bloger ini terlalu sukar untuk diedit atau disunting, kerana itu saya meminjam keseluruhannya untuk disiarkan dalam blog saya ini.

Fakta-fakta yang disajikan cukup menarik untuk direcycle, untuk perhatian para pembesar Umno.

Moral daripada tulisan saudara Musli ini adalah, sejak DS Najib naik tampuk pemerintahan, tiada sebenarnya yang telah berubah, yang berubah adalah kepimpinan dan cara mentadbir kerajaan, bukan parti yang mendokong pemerintahan.

Saya teringat satu artikel saya suatu ketika dahulu, kerajaan serta kepimpinan kerajaan yang ada sekarang yang berubah hanya kopiahnya, kopiah hanya berubah warna dengan tambahan aksesori agar kelihatan cantik, namun kopiah yang sama masih bertompok atas kepala.

Semasa pemerintahan DS Najib, yang berubah adalah luaran, bukan dalaman. Ibarat seorang wanita yang telah tua, tetapi kerana operasi sana, operasi sini, make up sana, make up sini, nampak kelihatan muda, namun pada zahirnya wanita itu telah monupose.

Ini lah yang terjadi pada Umno, merubah luaran, akan tetapi lupa merubah dalaman. Betul kata Musli Oli, bahawa sejak DS Najib mengambil alih kerajaan, tindakan hanya untuk menarik orang cina dan india berpatah balik kepada UBN, namun melalui beberapa PRK, perubahan itu tidak kunjung tiba.

Kalau lah benar kata Musli, bahawa undi cina di Permatang Pasir menjangkau 2,000 dan mengundi UBN hanya 300 orang, maka usaha DS Najib mempenagruhi kaum ini, hingga kini tidak berjaya. Gula-gula yang ditaburkan tidak berbaloi, malah membuatkan rakyat yang tadinya penyokong berubah arah kepada penentang kerana cemburu dan irihati.

Lagu lama yang masih didendangkan oleh Umno telah lapuk dan kuno, rasanya mencipta lagu baru dan cara baru belum diketemukan. Slogan belum memadai dalam dunia cyber ini, dunia sekarang adalah TO WIN MIND AND HEART.

Para pemimpin UBN perlu mengambil iktibar dari tulisan sdr Musli ini.


Tertarik membaca posting seorang rakan Facebook “berbuka puasa di hotel 5 bintang, ramainya orang Melayu namun tidak seorangpun orang Melayu kenal aku”. Rakan FB ini seorang yang begitu dikenali dikalangan circle UMNO. Apa yang tersirat dari posting itu, ramai orang Melayu yang kaya dan berjaya tapi mereka bukan dari kalangan orang UMNO.

Kerap dihujahkan kemerosotan undi UMNO/BN pada PRU12 berpunca daripada kelemahan pentadbiran dan kepimpinan Tun Abdullah Badawi. Tetapi selepas hampir 6 bulan Dato Seri Mohd Najib mengambilalih kepimpinan parti dan negara, kenapakah kerajaan dan UMNO masih gagal memenangi hati rakyat?

Jika barangkali ada yang mempertikai keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai dan Permatang Pasir selepas Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO bukan cerminan sebenar sokongan rakyat, apakah lagi cerminan terbaik sebagai merujuk kepada populariti dan sokongan kepada kepimpinan Najib?

Sebaik sahaja Tun Razak mengambilalih kepimpinan dari Tunku pada 1970, impaknya ketara dan mood rakyat jelas kembali menyokong kerajaan. Begitu juga setelah Tun Mahathir mengambilalih kepimpinan dari Tun Hussien pada 1981. Dasar-dasar mereka begitu berkesan dan rakyat memberi sokongan padu kepada parti dan kerajaan.

Tun Razak dan Tun Mahathir tampilkan idea baru yang sifatnya menyangkuti keperluan rakyat diperingkat paling asas. Mereka tidak sekadar recycle atau menjenamakan semula idea lapuk seperti 1Malaysia. Mereka tekan isu-isu kecil seperti name tag, pada masa yang sama fokus kepada agenda besar seperti Dasar Penswastaan atau pensyarikatan. Najib penuh dengan idea besar seperti liberalisasi kewangan tetapi yang kecil-kecilnya agak bercelaru.
Najib umum pembebasan 13 tahanan ISA termasuk dua pemimpin Hindraff. Larangan keatas dua akhbar parti pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah ditarik semula. Semua menjurus kepada sesuatu yang menarik akan berlaku kepada BN dan kerajaan setelah menjadi Perdana Menteri.

Namun harapan itu menjadi impian kosong dan bolong. Pembangkang terus mendapat kemenangan dikerusi berbilang kaum Bukit Gantang dan Selambau. Dan seterusnya Manek Urai dan Permatang Pasir. Kenapa UMNO masih gagal menarik sokongan golongan majority rakyat. Kenapa silent majority masih menolak calon BN terutama UMNO? Dimanakah silap Najib?

Dengan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Dengan pemansuhan syarat 30% FIC, liberalisasi kewangan serta berbagai lagi perubahan dasar penting untuk menarik pengundi Cina. Hasilnya dalam satu daerah mengundi Permatang Pasir, daripada 2000 pengundi Cina hanya 300 sahaja yang mengundi BN. Tidak sampai 15% pengundi Cina menyokong kerajaan BN walau mereka dijanjikan bulan dan bintang? Dimana silap Najib?

Pemerhati politik berhujah, pembangkang terutama PKR memberi tumpuan kepada golongan cerdik pandai. UMNO masih menyanyi lagu lama, meniup seruling bamboo dengan rakyat desa yang miskin yang bergantung hidup dengan subsidi.

Kekuatan UMNO di desa itu tidak lagi seperti dulu. Nampaknya PAS lebih intim dengan rakyat desa. Pemimpinnya sanggup menunggang kapcai atau memandu Kancil untuk bertemu rakyat. Menghadiri kenduri di surau dan masjid. Dimana lagi kekuatan UMNO?

Kepada penyokong PAS dan DAP, peralihan Perdana Menteri, konsep 1 Malaysia, kabinet baru atau apa sahaja perubahan paradigma yang diharapkan tidak ada impak kepada mereka. Golongan ini memang sukar diubah paradigm walau apa juga perubahan yang dilakukan parti pemerintah. Mereka sudah kebal kerana telah diindoktrinasikan sejak usia muda untuk menentang kerajaan terutama UMNO dan BN.

Paradigm harusnya bermula dalam UMNO dan komponennya bukan hanya kerajaan yang berubah. Menjadikan UMNO lebih menarik sehingga mampu menarik golongan atas pagar dan golongan silent majority termasuk sejumlah besarnya golongan muda yang nampaknya begitu kritikal terhadap BN dan kerajaan.

Dapat diperhatikan apabila pembangkang menyerang mereka focus terhadap UMNO sahaja bukan menyerang MCA atau MIC atau Gerakan. Tetapi UMNO sebaliknya melilau dan tidak focus menyerang PKR. Jika ada serangan terhadap PKR ianya lebih menjurus kepada isu peribadi Anwar Ibrahim bukan dasar parti itu.

UMNO sepatutnya fokus kepada golongan intelek yang menyisih diri dari UMNO. Kenapa? Apa punca sebenar? Bukankah golongan ini seharusnya terhutang budi kepada kerajaan yang telah memberi biasiswa dan pinjaman? Bukankah mereka sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana menggubal dasar membantu anak-anak Melayu? Tapi TIDAK begitu! Kenapa?

Satu ketika dulu bila pertubuhan Arqam begitu berpengaruh kerana membantu bangsa Melayu berniaga sehingga ke peringkat global. Kerajaan panik dan Arqam diharamkan dengan alasan aqidah menyeleweng. Jika pertubuhan NGO seperti Arqam boleh menyaingi pengaruh UMNO, apatah lagi PKR yang dipimpin Anwar dan parti PAS yang begitu lama bertapak di negara ini?

Dimana silap Najib? Apakah kerana beliau terlalu memberi prioriti kepada kerajaan dan tidak memberi tumpuan kepada parti? Apakah dasar-dasar Najib diterima baik orang Melayu yang mendokong perjuangan UMNO? Fikir-fikirkanlah….

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP