Kemelut Terengganu: Hishamudin Gagal atasi: Muhyiddin terpaksa campur tangan
Kemelut Umno Terengganu yang berpunca daripada MB sekarang Ahmad Said selepas PRU-12 masih berlarutan. Pengerusi Umno negeri yang dilantik menggantikan Idris Jusoh, Datuk Hishamudin gagal dalam usahanya menyatukan kelompok yang berbalah.
Malah desas desus kedengaran kelompok yang anti Ahmad Said akan keluar Umno dan bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu. Walaupun khabar angin dinafikan oleh jurucakap kelompok tersebut Rosol Wahid yang juga ADUN Ajil. Namun kenyataan Rosol ini dibantah oleh ADUN Hulu Besut; Nawi Muhamad.
Muhyidin semasa lawatannya ke Terengganu semalam sanggup menjadi orang tengah bagi kedua-dua kelompok tersebut. Dengan kesanggupan TPM ini, sekaligus mencerminkan bahawa usaha Hishamudin telah gagal.
Mampu kah TPM ini melangsaikan kemelut ini sebelum berlarutan. Jika Muhyidin tidak berjaya, apa kah petanda Terengganu hilang digenggaman BN?
0 comments:
Post a Comment