Wednesday, September 23, 2009

Nizar: 5 Februari Nizar jadi budak DAP, manakala BN Hilang Punca

5 Februari, 2009 adalah tarikh yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Perak. Nijar bersama kerajaan yang dimonopoli oleh DAP telah tersungkur. Nijar sedar bahawa kenikmatan yang diperolehinya semata-mata atas bantuan DAP, tanpa DAP kenikmatan yang pernah dikecapinya jauh ikan dari panggang, hanya tinggal angan-angan mat jenin.

Nijar dalam mempertahankan kenikmatannya terpaksa ikut rentak dan skrip Datuk Nga- pengerusi DAP Perak, kalau Nga kata lompat, maka Nijar Lompat, kalau Nga kata derhaka,maka Nijar Derhaka. Adalah lumrah bagi seseorang seperti Nijar yang dapat kuasa kerana menumpang “toi”, kelakuan perlu dibuat-buat, kalau biasanya tidak kurang ajar- tetapi kerana dalam skrip mesti berkelakuan kurang ajar- maka terpaksa kurang ajar.

Peristiwa Perak menyaksikan bagaimana seorang manusia melayu seperti Nijar menjadi budak suruhan dalam usaha menegakkan benang basah. Nijar dijadikan alat untuk mencabar kedaulatan Sultan Perak. Nijar digunakan untuk mencabar undang-undang. Nijar digunakan untuk memporak perandahkan keamanan negeri Perak. Nijar digunakan agar kesangsian atau curiga mencuriagai, geram dan dendam antara kaum diperlebar.

Umum telah tahu, bahawa komposisi wakil rakyat yang diwakili Pakatan adalah terdiri daripada 22 orang bukan melayu, manakala melayu hanya 6 ADUN- disandang oleh parti PAS.

Tidak salah mana-mana kaum pun boleh memerintah dalam negara; asalkan lunas-lunas demokarsi perlembagaan berparlimen dipatuhi. Semangat tolak ansur mesti dipatuhi sepertimana dipersetujui semasa pembentukan negara merdeka. Dalam sistem demokrasi, sesiapa sahaja yang mempunyai sokongan lebih hendaklah diberi peluang untuk menikmati kemenagan.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu ``formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli. Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa ``hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Semangat tolak ansur ini, telah tidak digunapakai lagi oleh Pakatan, bagi mereka selagi kenikmatan dinikmati mesti terus dinikmati- melalui cara apapun. Mereka tidak kesah, apakah mereka mempunyai majoriti seperti mana dalam sistem demokrasi, yang penting mempergunakan situasi dan kondisi untuk menaikan imej dan memontem dalam usaha menarik sokongan.

Malangnya, bagi pihak BN, telah terpancing dan terperangkap dalam skrip permainan pihak Pakatan. Pihak BN seolah-olah menjadi pelakon dalam skrip yang dicipta oleh pihak Pakatan. Pihak BN yang menerajui kerajaan seolah-olah tidak mempunyai idea untuk menangkis karenah Pakatan, yang ada hanya memberi ulasan kepada kejadian-kejadian yang dicorakan oleh Pakatan berasaskan kepada skrip lama: misalnya Pakatan tidak menghormati institusi raja, pakatan tidak ikut prinsip demokarsi, pakatan cuma berbohong, pakatan cuma pandai membuat janji dan semacamnya. BN seolah-olah kehilangan punca- selama setahun setelah PRU-12, BN masih tercari-cari formula bagaimana menghadapi taktik Pakatan.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP