Wednesday, September 2, 2009

Khairy Jamaludin SILAP: Rakyat Perak belum pasti menerima kerajaan BN

Khairy Jamaludin Silap. Meskipun kerajaan Perak bertukar kerana ADUN yang dipilih rakyat melompat, sehingga jumlah majoriti yang dimiliki Pakatan terhapus, tidak bermakna rakyat Perak menerima melompatnya ADUN tersebut.

Kerajaan BN boleh memaksa untuk sementara bahawa BN memerintah di Perak, akan benar kah kalau diadakan pilihanraya di Perak, BN boleh mendapat kuasa yang mencukupi untuk memerintah.

Kalau benar andaian BN tersebut, perbolehkan pilihanraya khas di Perak, kerana itu boleh menjernihkan status quo yang ada sekarang. Menunggu PRU-13 tidak mempunyai impak terhadap kebolehan BN merampas Perak, kerana keadaan serupa pernah terjadi di Kelantan, di mana sebelum PRU-12, kerajaan Kelantan hanya mempuyai hanya 1 kerusi majoriti, namun semua kita tahu, keputusan PRU-12, Kelantan diperintah 2/3 majoriti oleh kerajaan Pakatan.

Persidangan DUN Perak hari ini pasti berjalan dengan baik jika tanpa sekatan oleh SUK Kerajaan Perak, maka kekecohan mencari tempat bersidang tidak akan terjadi. Kehadiran bala pasukan FRU dan polis seharusnya tidak terjadi jika semua wakil rakyat datang dan bersidang. Tunjukan kepada rakyat mana yang majoriti, itu yang diikuti.

Bersidanglah seperti yang berhormat, jangan seperti kanak-kanan hingusan. Sekiranya tidak ditemukan kesepakatan kembalikan kepada rakyat untuk menentukannya.

Jika keadaan ini berterusan, ekonomi negeri Perak akan lumpuh, kerana para wakil rakyat sepatutnya memikirkan kemajuan rakyat, tetapi tidak terlaksana kerana masing-masing menunjukkan ego masing-masing.

0 comments:

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP