Tuesday, September 8, 2009

Kes Liwat Anwar: Ada TANDA TANYA BESAR

Adakah Anwar takut kebenaran terbongkar? kerana itu penangguhan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim seolah-olah pemimpin pakatan pembangkang itu takut kepada kebenaran.

Penangguhan kes ini suatu pembaziran kos, waktu dan tenaga manusia di mahkamah inilah gambaran yang dapat dilihat.

Kenapa rasa takut kalau merasa tidak salah. Kes berkenaan sangat penting kepada masyarakat apatah lagi ia melibatkan isu mor
al.

Sebagai seorang pejuang rakyat dan pejuang keadilan kononnya, Anwar perlu memastikan perbicaraan beliau selesai secepat mungkin.

Anwar perlu bersikap adil kepada mahkamah, rakyat dan yang paling penting mangsa atau pengadu dalam kes berkenaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, sikap pemimpin pembangkang itu yang sering mencari alasan bagi menangguhkan perbicaraan di mahkamah hanya mengundang tanda tanya masyarakat.

‘‘Kesimpulan kita, dia (Anwar) takut kes dia berjalan. Kalau dia tak bersalah, hadapi di mahkamah.

Yang buat demonstrasi jalanan apa hal? ‘‘Orang ramai juga akhirnya akan sampai pada kesimpulan, yang berlaku semua ini ialah kerana dia takut dengan kes dia,” katanya di sini semalam.

Bekas pembantu peribadi Anwar iaitu Saiful Bukhari Azlan dalam blognya baru-baru ini menyatakan rasa kesal terhadap penangguhan kes liwat yang dihadapi oleh bekas majikannya itu ekoran tindakan Anwar mengemukakan beberapa permohonan berkaitan dengan kes tersebut.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata ‘‘Jika Anwar tidak bimbang, tak bersalah, hadapi sahaja kes.

Apa juga pembelaan, buat di dalam mahkamah. Bukan buat huru-hara di jalan”. Beliau yakin apa yang berlaku hari ini terutama di Perak adalah antara strategi Anwar mengelak berdepan dengan proses keadilan.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan usaha Anwar yang mahu membatalkan kumpulan pendakwaan terhadap kes itu atas sebab-sebab tertentu.

‘‘Bagaimana kalau saya pula kata, R. Sivarasa tidak dibenarkan menjadi peguam bela Anwar kerana Sivarasa adalah seorang yang berkepentingan kepada Anwar selain dia juga ialah ahli Parlimen pembangkang.

Boleh saya kata begitu? ‘‘Kalau saya tak boleh buat begitu, bagaimana dia boleh lakukan kepada unit pendakwaan kita dengan mengatakan pendakwa ini satu masa dulu kononnya pernah buat laporan tidak betul.

Ini tak logik, mengarut,” katanya. Beliau berkata, Anwar sepatutnya mempertikaikan tanggungjawab seseorang hakim sama ada berlaku adil atau tidak bukan terhadap kumpulan pendakwa raya.

‘‘Yang patut dia bimbang ialah hakim bukan pendakwa itu. Pendakwa, dia mendakwa sahaja. Kalau dia marah pada Anwar, apa benda pun yang dia boleh buat pada Anwar? ‘‘Tetapi kalau hakim itu merupakan orang yang mungkin keadilannya berat sebelah, kita boleh minta supaya dia tidak dibenarkan mengadili kes,” katanya.

1 comments:

Anonymous,  September 8, 2009 at 10:50 AM  

anwar kelamin gatal ni nak hadapi kes? kalau dia hadapi kes.. dah tentu kena masuk penjara lagi.. dalam penjara dia tak dapat nak sontot bontot lelaki.. perempuan dia tak minat. gay la katakan. tu pasal dia bermati matian tak nak hadapi kes sebab takut kepuasan dia dengan liwat bontot lelaki ni hilang camtu je.

Popular Posts

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP