Kemelut BN Terengganu semakin Serius
Bokit TPM semalam menggambarkan betepa seriusnya kemelut kerajaan BN Terengganu. Boikot berjumpa dengan TPM dimana Ahmad Said , Hishamudin turut hadir belum pernah berlaku sebelum ini.
Dikatakan 15 ADUN tidak hadir berjumpa TPM, kerana alasan mereka perjumpaan tersebut tidak akan dapat merungkai masalah di Terengganu.
Ahmad Said yang dikatakan terlalu memandang remeh ADUN yang tidak pro kepadanya menambah lagi seriusnya kemelut Umno Terengganu.
Jika kemelut ini berpanjangan, ada kemungkinan Terengganu akan bertukar kerajaan, kerana kepimpinan Ahmad Said yang tidak popular khasnya kepada beberapa ADUN yang ada kaitan dengan mantan menteri besar Idris Jusoh.
Adalah dirasakan kemelut di Terengganu tidak akan terselesaikan selagi Ahmad Said masih Menteri Besar.
Keadaan hampir serupa berlaku pada tahun 1999, di mana masa itu Tan Sri Amar Diraja Wan Mokhtar tidak tunduk kepada desakan para pemimpin Umno, akhirnya, Terengganu ditawan oleh Pas.
Akan berulangkah peristiwa tahun 1999? Kalau BN tidak mahu berulang, Ahmad Said mesti letak jawatan.
0 comments:
Post a Comment