Sidang DUN Perak: Betul-betul kecoh !!!
Wakil rakyat Pakatan berusaha masuk ke bangunan SUK Perak seawal pagi, namun kehadiran polis yang mendapat perintah mahkamah bahawa bangunan SUK adalah kawasan larangan untuk berhimpun.
Larangan ini dikuatkuasa oleh polis setelah Sivakumar speaker Pakatan gagal mendapat injunksi terhadap keputusan SUK Kerajaan Perak, bahawa tiada persidangan DUN di bangunan SUK, dan seterusnya tidak boleh digunakan untuk tujuan persidangan sepertimana arahan Sivakumar.
Disebabkan gagal mengadakan persidangan di bangunan SUK Perak, Sivakumar mengadakan sidang DUN Perak bagi wakil rakyat Pakatan di Ballroom Hotel Heritage Ipoh, menangkis sangkaan awal bahawa sidang DUN Bawah Pokok ke-2 akan melakar sejarah.
Difahamkan ada 4 wakil rakyat pakatan tidak hadir di ballroom hotel Hertitage, kerana yang 3 ditangkap pagi ini, sementara yang seorang sedang mengerjakan umrah.
0 comments:
Post a Comment